Wednesday 12 February 2014

TAKAFUL AM BUKAN MOTOR

IKHLAS fire Takaful


IKHLAS FIRE direka khusus untuk menyediakan perlindungan yang menyeluruh kepada harta KEDIAMAN dan PERDAGANGAN (termasuk strukturnya) terhadap pelbagai bencana. Kami pastikan anda beroleh ketenangan fikiran kerana harta anda yang berharga, terjamin dilindungi.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Fire?

IKHLAS FIRE menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan harta yang berpunca daripada kebakaran dan kilat.

Faedah Pilihan

Faedah berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-
• Petir
• Letupan
• Kerosakan akibat impak pesawat udara
• Kerosakan impak
• Kerosakan yang disebabkan air
• Hurikan, siklon, taufan, ribut
• Gempa bumi dan letusan gunung berapi
• Banjir

_________________________________________________________________

IKHLAS Houseowner/Householder


Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Houseowner/Householder?

IKHLAS Houseowner/HouseHolder direka untuk melindungi harta anda terhadap bencana berikut:-
  • Kebakaran
  • Kilat
  • Letupan
  • Kerosakan Pesawat Udara
  • Kerosakan Impak
  • tangki air pecah atau melimpah
  • Kecurian (masuk secara paksaan sahaja)
  • Hurikan, siklon, taufan, ribut
  • Gempa bumi dan letusan gunung berapi
  • Banjir
  • Hilang sewaan (tidak melebihi 10% daripada jumlah perlindungan)
  • Tanggungan Awam Peribadi

Manfaat-manfaat pilihan dengan sumbangan tambahan
  • Rusuhan, mogok dak kerosakan akibat perbuatan khianat
  • Perlindungan sewa tambahan
  • Tanggungan Awam - had-had tambahan
  • Kecurian tanpa had yang disertai dengan kemasukan secara paksaan
    dan keganasan ke dalam dan/atau keluar rumah anda (pemilikan
    rumah sahaja)
_________________________________________________________________


IKHLAS Personal Accident


Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Personal  Accident?

Kematian
Disebabkan oleh kemalangan, semata-mata dan bukan oleh sebab-sebab lain, kecuali penyakit yang disebabkan secara langsung dari rawatan atau rawatan pembedahan yang dikira perlu bagi kecederaan tubuh badan, dengan syarat kematian atau kehilangan upaya hayat yang dilindungi adalah dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh berlaku kemalangan .

Kehilangan Upaya Kekal
Kehilangan Upaya Kekal adalah bermaksud kehilangan upaya yang menghalang sama sekali peserta daripada menjalankan perniagaan atau sebarang pekerjaan dalam tempoh sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh kecederaan anggota badan dan tiada harapan untuk sembuh.

Kehilangan Upaya Menyeluruh Sementara
Kehilangan upaya yang menghalang sama-sekali peserta daripada menjalankan pekerjaan atau sebarang kerja.

Kehilangan Upaya Separa dan Sementara
Kehilangan upaya yang menghalang peserta daripada menjalankan sebahagian besar daripada urusan perniagaan atau pekerjaanya tetapi tidak menyebabkan peserta hilang upaya menyeluruh sementara.

Perbelanjaan Perubatan
Pembayaran semula perbelanjaan perubatan sebenar kerana rawatan kecederaan tubuh badan akibat kemalangan sehingga jumlah yang ditetapkan.

Perbelanjaan Pengkebumian
Bergantung kepada jumlah yang dipohon akibat daripada kematian akibat kemalangan.
Pengecualian Am
  • Peperangan, pencerobohan kuasa luar, perseteruan dan operasi peperangan seumpamanya
  • Tindakan pengganas
  • Peralatan senjata nuklear
  • Menaiki atau menuruni pesawat
  • Sukan professional Kerja-kerja perkayuan menggunakan mesin kuasa mekanikal
  • Dadah atau alkohol
  • Sebarang jenis penyakit, hamil atau melahirkan anak atau kecacatan sedia ada atau tidak sihat, tidak siuman, membunuh diri atau niat mencederakan diri sendiri
  • Provoked murder or assault
  • Hasutan membunuh atau serangan
  • AIDS atau penyakit yang berkaitan dengan AIDS.


    Takaful IKHLAS menawarkan kedua-dua Pelan Perlindungan Kemalangan Individu dan Kemalangan Diri Berkumpulan.
___________________________________________________________


IKHLAS Perdana PA



IKHLAS PERDANA PA mampu menjamin ketenteraman minda anda. Skim Takaful ini memberikan perlindungan kepada diri anda dan keluarga sekiranya berlaku kematian atau kecederaan akibat kemalangan, walau di mana juga anda berada di seluruh dunia.

Pelan IKHLAS PERDANA PA juga direkacipta bagi membantu
meminimumkan kos rawatan harian di hospital selain perbelanjaan
pengkebumian.

Ia menawarkan tiga pelan pilihan. Anda hanya perlu memilih pelan
yang diinginkan dan sebaik sahaja sumbangan dibayar, anda akan dilindungi dengan serta-merta.
Produk ini menawarkan 3 jenis pelan seperti berikut:
Pelan 1 - Diri Sendiri
Pelan 2 - Diri Serta Pasangan
Pelan 3 - Keluarga
Kematian Disebabkan Kemalangan (Hilang Upaya Kekal Dan Menyeluruh) :
RM 20,000.00
RM 30,000;
Isteri RM 10,000
RM 30,000.00;
Isteri RM 10,000.00
Anak: RM2,000 Setiap Seorang
Perbelanjaan Pengkebumian Akibat Kematian Mengejut:
RM 500.00
RM 500.00;
Isteri RM 500.00
RM 500.00;
Isteri RM 500.00
Anak : RM300.00 Setiap Seorang
Faedah Harian Hospital:
(Hingga 30 Hari & Tidak Termasuk Hari Pertama)
RM 30.00
RM 50.00;
Isteri RM 20.00
RM 50.00;
Isteri RM 20.00
Anak: RM10.00 Setiap Seorang
Sumbangan Setahun
RM 30.00
RM 60.00
RM 63.00

Kelayakan 
Umur kelayakan : 1 - 65 tahun pada harijadi berikutnya

Tempoh Perlindungan 
Tahunan
_________________________________________________________________


IKHLAS Kembara Takaful


Pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku ketika di dalam perjalanan, walaupun perancangan teliti dan terperinci telah dibuat sebelum memulakan langkah ke destinasi yang dituju. 

Oleh yang demikian, pakej perlindungan kewangan yang boleh memberi manfaat adalah diperlukan bagi membantu seseorang pengembara ketika berlakunya perkara yang tidak diingini.

Bagi memenuhi keperluan ini, Takaful IKHLAS menawarkan pakej perlindungan selama 24 jam di serata dunia, iaitu IKHLAS KEMBARA TAKAFUL di samping membayar gantirugi terhadap musibah yang tidak diduga.
Jadual Manfaat
Manfaat
Pelan A (RM)
Pelan B (RM)
* Kematian Atau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan
10,000.00
20,000.00
Bantuan Segera Perbelanjaan Pengkebumian
500.00
1,000.00
Pembatalan Atau Pemendekkan Perjalanan
1,000.00
2,000.00
Perlindungan Bagasi
1,000.00 With Limit Of 200.00 Per Item
2,000.00 With Limit Of 400.00 Per Item
Perbelanjaan Perubatan
1,000.00
2,000.00
Perbelanjaan Hospital
2,500.00
5,000.00
Liabiliti Persendirian
50,000.00
100,000.00

Pendaftaran yang Cepat dan Mudah

Hanya pilih pelan yang diingini dan anda akan dilindungi sebaik sahaja anda meninggalkan rumah untuk bercuti, ketika dalam perjalanan sehingga anda pulang semula ke rumah.

Jadual Sumbangan (RM)
Jangka Masa
(Hari)
Malaysia, Negara – Negara ASEAN
Dan Saudi Arabia
Negara – Negara Lain
Pelan
A
Pelan
B
Pelan
A
Pelan
B
1 To 5
3.00
5.00
4.00
6.00
6 To 10
6.00
10.00
8.00
12.00
11 To 18
10.00
16.00
13.00
17.00
19 To 31
15.00
20.00
18.00
23.00
Setiap Minggu Berikutnya Sehingga Tempoh Maksimum 180 Hari
3.00
5.00
4.00
6.00

Dengan IKHLAS KEMBARA TAKAFUL, seseorang mengembara ke mana sahaja dengan fikiran yang tenang.

_________________________________________________________________

IKHLAS Mobile Equipment



Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Mobile Equipment Takaful?

IKHLAS COMPREHENSIVE PERILS TAKAFUL (for Mobile Equipment) melindungi kerugian atau kerosakan kepada kenderaan/peralatan dan aksesori-aksesorinya dan alat gantinya disebabkan:

a) Kemalangan pertembungan atau kenderaan terbalik
b) Kebakaran
c) Pecah masuk atau kecurian.

PENGECUALIAN:-

a)
Kenderaan yang dilesenkan untuk kegunaan di jalanraya.
b)
Kerugian yang disebabkan kecacatan mekanikal, kerosakan mekanikal atau elektrikal.
c)
Kerugian atau kerosakan kepada tayar kecuali kenderaan juga mengalami kerosakan.
d)
Kehilangan aksesori-aksesorinya dan alat-alat ganti kecuali jika kenderaan dicuri pada masa yang sama.
e)
Kerugian atau kerosakan kepada pendawaian elektrikal atau mesin-mesin disebabkan oleh atau terjadi disebabkan pemanasan sendiri akibat penggunaan berlebihan atau kebocoran elektrik dari sebarang sebab.

HARTA-BENDA YANG BOLEH DILINDUNGI DI BAWAH TAKAFUL PERALATAN.

Semua kenderaan yang tidak dilesenkan untuk kegunaan di jalanraya seperti traktor, jentera penggali atau mesin pengangkat (forklift). Usia kenderaan mestilah tidak melebihi 5 (lima) tahun.

ASAS INDEMNITI

Jumlah yang dilindungi boleh diatur ke atas nilai penggantian.

SUMBANGAN MINIMUM

RM 100.00 setiap sijil


No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...