PEMILIK KENDERAAN MENINGGAL DUNIA
Pemilik Kenderaan Meninggal Kurang dari 3 Tahun
Pembaharuan roadtax
bagi kenderaan yang pemiliknya meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali
sahaja dalam tempoh 6 bulan oleh waris. Pembaharuan hanya boleh dibuat di
kaunter JPJ sahaja (Tak boleh perbaharui di pejabat pos dan MYEG)
Selepas 6 bulan tamat,
pembaharuan roadtax hanya boleh dibuat atas budi bicara JPJ, maksima selama 3
tahun. Dalam tempoh 3 tahun ini, waris perlu menyelesaikan pertukaran hakmilik
kenderaan. Selepas 3 tahun pemilik meniggal dunia, roadtax tidak lagi boleh
diperbaharui kecuali apabila hakmilik telah bertukar.
Pemilik Kenderaan Meninggal Lebih dari 3 Tahun
Jika masih ada pinjaman, waris perlu menyelesaikan pinjaman
kenderaan itu dahulu. Jika pinjaman sudah selesai atau tiada pinjaman, rujuk di
bawah untuk Panduan Tukar Nama/Hakmilik. Selepas selesai tukar
nama, boleh perbaharui insurans dan roadtax seperti biasa.
Proses Tukar Nama/Hakmilik Pemilik Meninggal Dunia
1. Selesaikan dahulu pembahagian harta
Kenderaan pemilik yang
telah meninggal dikira sebagai harta pusaka. Disebabkan itu pembahagian harta
pusaka perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pertukaran nama/hakmilik
boleh dibuat. Anda memerlukan salah satu dari dokumen berikut untuk memulakan
proses pertukaran nama/hakmilik pemilik meninggal dunia:
·
Surat Perintah Mahkamah
·
Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
·
Surat Akuan Amanahraya
·
Surat Pentadbir Pusaka
2.Ujian Puspakom
Seterusnya, anda
memerlukan geran asal untuk ujian kenderaan Puspakom. Boleh masuk ke website
Puspakom untuk semak Puspakom terdekat. Telefon atau dating sendiri ke Puspakom
untuk buat temujanji Ujian Tukar Hakmilik (B5) terlebih dahulu. Pada hari
ujian, bawa kenderaan bersama dengan geran asal. Setelah selesai ujian, anda
akan dapat surat keputusan pemeriksaan Puspakom. – lulus atau gagal. Jika
lulus, boleh teruskan dengan proses tukar nama. Jika gagal, dapatkan kepastian
apa yang menyebabkan gagal. Mungkin anda perlu hantar kenderaan ke bengkel
untuk baiki dan ulang semula ujian Puspakom.
3. Buat Insurans Kenderaan atas Nama Pemilik Baru
Sebelum ke JPJ untuk
proses tukar nama, pastikan anda beli insurans kenderaan dahulu atas nama
pemilik baru. Jangan lupa bagitahu ejen insurans kereta dalam proses tukar nama.
Boleh juga ambik insurans dengan Kak Zai disini.
4. Proses Tukar Nama
Anda perlu lengkapkan
borang berikut dan sediakan dokumen berkaitan:
·
Dua salinan borang TM3 (Borang Senarai Semak)
·
Dua salinan borang JPJK3A (Borang Pertukaran Milikan Kenderaan)
·
Geran asal
·
Surat lulus Pemeriksaan Tukar Hakmilik (B5) PUSPAKOM
·
Salah satu dokumen berikut:
·
Surat Perintah Mahkamah
·
Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
·
Surat Akuan Amanahraya
·
Surat Pentadbir Pusaka
Anda dinasihatkan
hadir sendiri di JPJ untuk urusan tukar nama. Jika menggunakan wakil, perlu isi
borang tambahan serta maklumat pengesahan identiti.
5. Buat Roadtax
Setelah dapat geran
baru, boleh terus bayar roadtax di kaunter JPJ. Selesai.
No comments:
Post a Comment