Sunday 2 December 2018


Jenis-jenis Insurans yang terdapat di Malaysia



Kita sering mendengar pelbagai jenis polisi insurans yang ditawarkan tanpa benar-benar memahami ciri-ciri serta skop perlindungan tersebut. Terdapat 2 jenis insurans utama, iaitu insurans hayat dan insurans am, dua polisi yang berbeza dan melindungi aspek-aspek yang berlainan di dalam hidup anda. Di dalam artikel ini ada menerangkan perbezaan antara 2 insurans utama..
Istilah Dalam Insurans
• Insurer – Syarikat insurans yang memberi perlindungan
• Insured – Orang yang membeli polisi insurans
• Premium – Bayaran yang dijelaskan oleh insured untuk mendapatkan perlindungan
• Polisi – Perjanjian antara insurer dan insured
• Pampasan – ganti rugi yang dibayar jika berlaku risiko
Peranan Insurans

a) Kepada Peniaga
• Melindungi dari risiko
• Dapat pampasan jika risiko berlaku
• Lebih yakin untuk majukan perniagaan
b) Kepada Individu
• Melindungi individu dan keluarga dari risiko
• Jaminan masa depan
• Dapat pampasan jika berlaku risiko
• Salah satu cara untuk menabung
• Jika mati – waris yang akan mendapat pampasan
c) Kepada Negara
• Membangunkan ekonomi negara
• Wang premium dilabur untuk membangunkan ekonomi
• Memberi peluang pekerjaan
• Taraf hidup rakyat meningkat
Jenis-jenis Insurans
Insurans terbahagi kepada dua jenis iaitu Insurans Am dan Insurans Hayat.
Insurans am merangkumi:-
a) Insurans kemalangan
b) Insurans kebakaran
c) Insurans marina tau penerbangan
d) Insurans lain
Insurans hayat merangkumi :-
a) Insurans hayat seumur hidup
b) Insurans endowmen
c) Insurans hayat sementara
INSURANS AM

(A) Insurans Kemalangan

i. Insurans Kenderaan Bermotor
a. Insurans motor pihak ketiga
– Melindungi insured dari tuntutan pihak ketiga
– Pihak ketiga ialah pengguna jalanraya
– Insured tidak boleh menuntut ganti rugi
– Premium murah
– Semua kenderaan wajib sekurang-kurangnya polisi ini
b. Insurans Motor Komprehensif
– Melindungi insured dan pihak ketiga
– Premium lebih mahal
– Kenderaan yang disewa beli mesti ada polisi ini
ii. Insurans Kemalangan peribadi – Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan lain contohnya ditempat kerjaiii. Insurans Liabiliti Am
– Melindungi pemilik perniagaan dari tuntutan orang awam jika risiko berlaku di premis
– Insurans liabiliti produk – melindungi pengeluar produk
– Insurans liabiliti Profesional – melindungi golongan profesional dari tuntutan orang awam yang menjadi mangsa kecuaian semasa menjalankan tugas
iv. Insurans Liabiliti Majikan- Melindungi majikan dari tuntutan pekerja yang cedera/mati semasa kerja
– Premium dibayar oleh majikan
– Majikan mencarum dalam Perkeso
a.  Skim Pencen Ilat – perlindungan pekerja hilang upaya yang bukan disebabkan pekerjaan
b.  Skim bencana pekerjaan – kemalangan tempat kerja
(B) Insurans Kebakaran



i. Melindungi peniaga dari risiko kebakaran
ii. Premium bergantung kepada
– Jenis bangunan
– Kedudukan bangunan
– Kegunaan bangunan
– Kemudahan keselamatan disediakan
– Tempoh lindungan

(C) Insurans Marin / Penerbangan
i. Insurans Penerbangan
– Memberi perlindungan kepada anak kapal terbang/muatan/ anak kapal dari risiko
– Diambil untuk satu penerbangan atau satu tempoh tertentu
– Untuk penumpang yang mempunyai insurans berkelompok
ii. Insurans Marin
– Memberi perlindungan kepada kapal/muatan/ anak kapal dari risiko
– Diambil untuk satu pelayaran atau satu tempoh tertentu
(D) Insurans Lain
i. Insurans Kecurian – melindungi dari kecurian wang / harta
ii. Insurans Jaminan Setia – Melindungi majikan dari pekerja tidak amanah
iii. Insurans Kesihatan – Perlindungan dari kos hospital
iv. Insurans Pendidikan – membiayai belanja pendidikan anak
v. Insurans Gadaian – untuk orang yang membuat pinjaman
INSURANS HAYAT
(A) Insurans Hayat seumur hidup
– Perlu membayar premium sepanjang hayat
– Jumlah diinsuranskan beserta bonus dibayar kepada waris insured apabila meninggal dunia
– Memilih untuk membayar premium bagi satu jangka masa tertentu seperti 10, 15 atau 20 tahun.
– Insurans sangat sesuai untuk ketua keluarga
(B) Insurans Endowmen
– Memberikan perlindungan kepada insured untuk tempoh tertentu, 10, 15 atau 20 tahun.
– Apabila tiba tarikh matang polisi, insured akan dibayar balik jumlah yang diinsuranskan beserta dengan bonus.
– Sekiranya insured mati sebelum tarikh matang polisi, pampasan akan dibayar kepada waris yang dicalonkan atau waris terdekat.
– Insurans pelan pendidikan merupakan insurans endowmen yang mendapat perhatian, kerana pelan ini membolehkan ibu bapa menabung untuk pendidikan tinggi anak mereka disamping memberikan perlindungan.
(C) Insurans Hayat Sementara atau Penggal
– Memberikan perlindungan kepada insured untuk tempoh tertentu seperti 10, 15 atau 20 tahun.
– Jika insured meninggal dunia dalam tempoh perlindungan, pampasan akan dibayar kepada waris terdekat.
– Jika insured masih hidup selepas tempoh berkenaan, dia tidak akan mendapat apa-apa perlindungan lagi.
– Kadar premium bagi polisi insurans ini adalah paling rendah.
Faktor-Faktor Yang Menentukan Kadar Premium Insurans Hayat

1. Umur – Jika umur insured semakin meningkat, kadar premium yang dikenakan lebih tinggi

2. Jantina – Wanita dikenakan kadar premium yang lebih rendah daripada lelaki

3. Pekerjaan – Jenis pekerjaan yang mempunyai risiko kemalangan atau kerosakan kesihatan yang tinggi akan dikenakan premium yang tinggi.

4Kesihatan – Bergantung kepada kesihatan pemohon dan pemohon kurang sihat akan diberikan premium tambahan

5. Tempoh dan Liputan Perlindungan – Lebih lama tempoh serta liputan lindungan, lebih tinggi premiumnya

6. Jenis Insurans – Premium yang dikenakan berbeza-beza mengikut jenis polisi
Bottom of Form


No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...