Tuesday 3 September 2019

Cara Memindahkan NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta Baru.
Kali ini saya akan menerangkan cara untuk memindahkan No Claim Discount (NCD) daripada kereta lama kepada kereta baru. Sebelum tu apa itu NCD?

Maksud NCD adalah 'No Claim Discount' atau NCB (No Claim Bonus). NCD kereta anda akan meningkat setiap tahun mengikut peratusan yang telah ditetapkan jika TIADA TUNTUTAN / Claim dilakukan dalam sepanjang tempoh insurans berlangsung. Nilai NCD/NCB ini akan ditolak secara automatik dari Nilai Premium Insurans Kenderaan anda ketika anda memperbaharui insurans pada tahun berikutnya 
Biasanya pemilik kenderaan memindahkan NCD disebabkan oleh membeli kereta baru ataupun telah membuat tuntutan (dimana nilai kenderaan yang telah dibuat tuntutan itu lebih tinggi dari nilai kenderaan yang mempunyai NCD).

Contoh:-
Anda mempunyai 2 buah kereta, kereta lama (Wira) dan  sudah mempunyai NCD penuh sebanyak 55%, untuk dipindahkan kepada kereta baru (Estima). Sekiranya NCD 55% di pindahkan ke kereta estima tersebut anda dapat menjimatkan wang dalam membayar insurans kereta anda.
Kebanyakkan pemilik kenderaan banyak pemilik kereta tidak berapa tahu tentang hal ini. Apa yang ingin saya terangkan di sini bahawa anda boleh pindahkan NCB kereta lama contohnya 55% NCB ke kereta baru anda. Di mana, dalam kes seperti ini anda boleh mendapatkan penjimatan dalam membuat insurans kereta baru. Ada sesetengahnya boleh jimat sehingga ribuan ringgit, namun ianya bergantung kepada nilai premium insurans kereta anda.
Perlu diingatkan disini, sebelum anda ingin membuatkan pemindahan pastikan semua kenderaaan itu adalah milik anda dan didaftarkan atas nama dan no Kad Pengenalan anda. Pemindahanan NCD tidak boleh dibuat kepada kenderaan bukan milik anda walaupun didaftarkan atas nama syarikat anda sendiri.
Sekiranya tiada tuntutan kadar NCD anda akan naik sehingga nilai maksimum.


NCD bagi kereta persendirian & syarikat.
Tempoh Tahun Pertama = NCB 25 %
Tempoh 3 tahun = NCB 30 %
Tempoh 4 tahun = NCB 38. 3 %
Tempoh 5 tahun = NCB 45 %
Tempoh > 6 tahun = NCB 55 %

Nilai NCD motorsikal,teksi, lori A & C Permit & ‘Special Vehicle’.
Tempoh Tahun Pertama = NCB 15 %
Tempoh 3 tahun = NCB 20 %
Tempoh > 4 tahun = NCB 25. %
Check nilai NCD anda di Sini.

Langkah yang perlu anda buat!
1. Sediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan maklumat bank.
2. Pergi ke cawangan terdekat syarikat takaful/insurans ataupun ejen insurans yang melindungi kereta lama itu. Contoh Wira dilindungi oleh Allianz, urusan perlu dibuat dengan Allianz untuk memindahkan NCD tersebut. Anda perlu mengisi borang pemindahan NCD dan menandatangani borang tersebut. Biasanya anda perlu membayar gantian nilai NCD yang telah diambil berdasarkan berapa lama tempoh perlindungan insurans/takaful itu masih sah. Anda akan diberikan satu salinan surat setelah urusan selesai.
3. Sekiranya tempoh insurans kereta telah tamat tempoh. Anda tidak perlu lagi membuat urusan seperti di atas. Anda terus memperbaharui insurans kereta lama dengan NCD 0%. Simpan Salinan insurans/takaful yang sebelunya yang terdapat NCD 55%. Ini kerana semasa ingin memindahkan ke estima, no covernote insurans tersebut diperlukan.
4. Semasa memperbaharui insurans/takaful estima perlu memberikan documen yang diberikan oleh syarikat insurans semasa anda membuat urusan pemindahan NCD. Sekiranya telah insurans/takaful kereta lama telah tamat anda perlu memberikan covernote insurans kereta yang lama sahaja.

Saya harapkan artikal saya ini dapat membantu anda dalam membuat urusan memindahkan NCD. Sekiranya anda masih lagi tidak memahami proses di atas ataupun terdapat masalah dalam urusan pemindahan NCD dan ingin bantuan nasihat, saya berbesar hati sekirnya anda boleh menghubungi kami. Kami sedia membantu.

Sumber:
https://ismacemerlang.com/blog/cara-memindahkan-ncd-no-claim-discount-kepada-kereta-baru

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...