Monday 24 December 2018


 INSURANS CERMIN KERETA – APA YANG PERLU ANDA KETAHUI


Cermin kereta retak seribu dan terpaksa berhenti di bahu jalan adalah satu perkara yang sudah biasa kita lihat di negara ini. Selalunya ia akibat terkena sebutir batu kecil yang melantun dilanggar kereta laju di jalanraya atau ia terpelanting dari belakang lori yang mengangkut batu-batu atau tanah. Tidak kira betapa hati-hatinya kita sebagai pemandu, tak mungkin dapat kita mengelak situasi yang di luar kawalan kita ini.

Insurans dan takaful kereta adalah wajib untuk kita miliki sekiranya kita ingin memandu kereta kita di jalanraya. Tetapi ramai yang mingkin tidak sedar bahawa insurans kereta ini tidak dengan secara otomatik melindungi kita daripada kerugian cermin kereta. Ya, ini bererti jika cermin kereta pecah, insurans atau takaful tidak akan membayar kos mengganti cermin baru.

Apa itu insurans cermin kereta?
Insurans cermin kereta adalah perlindungan tambahan kepada polisi insurans kereta anda. Ia melindungi cermin hadapan, belakang, cermin di bahagian pintu serta sunroof kereta anda. Ia memberi pampasan terhadap kos yang diperlukan untuk membaiki dan mengganti cermin yang rosak atau retak. Dengan adanya perlindungan ini, anda tidak perlu membayar kos ini sendiri sebaliknya akan ditanggung oleh syarikat insurans anda. Ini ternyata berguna kerana bukan sahaja harga cermin kereta sangat mahal, tetapi juga risiko berlakunya insiden ke atasnya agak tinggi.
Akan tetapi, perlindungan tambahan ini tidak disediakan kepada semua jenis polisi. Tetapi hanya bagi polisi jenis komprehensif. Rujuk di bawah untuk keterangan 3 jenis polisi insurans kereta yang terdapat di Malaysia:
Polisi pihak ketiga: Polisi ini melindungi kecedaraan, kematian dan kerugian ke atas pihak ketiga, sama ada ke atas diri ataupun harga bendanya.
Polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian: Polisi ini melindungi kecedaraan, kematian dan kerosakan harta benda yang ditanggung pihak ketiga, serta kerugian ke atau kenderaan sendiri akibat kecurian dan kebakaran.
Polisi komprehensif: Polisi ini adalah polisi yang paling menyeluruh. Selain daripada melindung pihak ketiga dan kerosakan kenderaan sendiri akibat kebakaran dan kecurian, ia juga melindungi pemilik kereta ata kerugian akibat kemalangan. Hanya polisi jenis ini yang menyediakan perlindungan tambahan cermin kereta.

Cara untuk dapatkan perlindungan cermin kereta
Perlindungan ini boleh didapati ketika anda ingin memperbaharui insurans atau takaful kereta anda (tapi ingat, hanya jika anda membeli polisi komprehensif). Maklumkan kepada ejen bahawa anda ingin tambahkan perlindungan jenis ini ke dalam polisi anda. Selalunya ejen memang akan ingatkan anda jika anda lupa. Tetapi jika anda anda memperbaharui di pos ofis atau dengan sendiri di talian (online) perlulah ingatkan diri sendiri ya!
Sebenarnya perlindungan ini juga boleh didapati pada bila-bila masa bukan sekadar ketika membuat renewal. Jadi ambil peluang ini semak sama ada polisi komprehensif anda memiliki perlindungan ini atau tidak. Jika tidak, maklumkan pada ejen atau hubungi syarikat insurans anda untuk tambahkannya.
Di bawah adalah contoh perlindungan insurans cermin kereta yang diberikan oleh Syarikat Takaful Malaysia melalui myClick Motor takaful online mereka. Cara untuk dapatnya ketika membuat renewal atau pembaharuan adalah sengat ringkas. Cuma masukkan jumlah “sum covered” iaitu jumlah yang ingin anda insuranskan cermin kereta anda. Untuk membuat pembaharuan insurans kereta, boleh cuma laman  ini Takaful Malaysia.


Berapakah harga insurans cermin kereta?
Untuk mendapatkan perlindungan cermin kereta, anda perlu membayar premium 15% daripada harga cermin kereta anda (tambah kos kerja). Contohnya, jika kos untuk menggantikan cermin anda ialah RM 1,000, anda perlu membayar sebanyak RM 150 (15% daripada RM 1,000) sebagai premium tambahan kepada harga insurans komprehensif kereta anda.
Untuk membantu pemahaman tentang kelebihan perlindungan ini, kita lihat contoh berikut di mana cermin depan pecah akibat kemalangan:

Tanpa insurans cermin kereta:
– Walaupun anda menjimat RM 150 (contoh sahaja), anda perlu menanggung kos mengganti cermin kereta sebanyak RM 1,000 dengan mengeluarkan duit sendiri.
– Sebagai alternatif, anda boleh menuntut ganti rugi daripada polisi komprehensif anda jika anda tiada perlindungan cermin kereta. TETAPI, anda akan menanggung kerugian jangka panjang, kerana diskaun NCDanda akan terhapus jika anda membuat tuntutan sebegini. Ini menyebabkan premium insurans komprehensif anda pada tahun berikutnya lebih tinggi. Ianya sebenarnya tidak berbaloi untuk membuat tuntutan ke atas polisi komprehensif bagi ganti rugi cermin kereta.

Dengan perlindungan cermin kereta

– Walaupun anda perlu membayar kos tambahan RM 150, tetapi jika berlaku kemalangan ke atas cermin kereta anda, anda sebenarnya jimat RM 850 (RM 1,000 – RM 150).
– Anda boleh tuntut kerugian ke atas polisi cermin kereta anda dan tidak langsung menyentuh polisi komprehensif anda dan NCD anda tidak terjejas. Ini bererti penjimatan yang lebih lagi ketika pembaharuan insurans dibuat.
Rujuk aritkel ini untuk memahami konsep NCD dan bagaimana anda boleh menjimat sehingga 55% premium insurans anda.

Beberapa perkara yang perlu anda perhatikan
1. Over dan under insurans
Apa tu? Macam ni. Over insurans bereti anda terlebih insurans. Ini akan merugikan anda kerana terpaksa membayar premium yang lebih ke atas sum insured (jumlah diinsuranskan) yang lebih tinggi daripada kos mengganti cermin kereta anda. Contohnya jika kereta MyVi anda memerlukan kos RM600 untuk menggantikan cermin depan, tetapi anda melindunginya dengan jumlah diinsuranskan sebanyak RM1,000.
Manakala under insurans pula bererti anda terkurang insurans di mana anda meletakkan jumlah diinsuranskan yang lebih rendah. Walaupun anda jimat dalam kos premium anda, tetapi sekiranya berlaku kemalangan, insurans anda hanya akan membayar setakat jumlah yang diinsuranskan sahaja. Selebihnya, anda tanggung.

2. Perlindungan tamat setelah tuntutan dibuat mencapai jumlah diinsuranskan
Tidak seperti polisi kereta anda yang tamat setelah satu tahun, polisi tambahan ini akan tamat setelah tuntutan penuh dibuat (dalam masa satu tahun).
Contohnya: pada bulan Januari anda memperbaharui polisi komprehensif anda bersama polisi cermin kereta. Anda membayar RM 150 bagi insurans cermin kereta anda dengan sum insured sebanyak RM 1,000. Pada bulan Februari, kemalangan ringan mengakibatkan retak kecil di cermin depan anda. Anda menghantar kereta ke bengkel panel untuk membaikinya. Tuntutan dibuat sebanyak RM250 kerana ia tidak perlu diganti sepenunya. Dalam kes ini, anda masih dilindungi insurans cermin kereta sebanyak RM 750 sehingga sama ada tamatnya tempoh polisi pada Januari akan datang, atau sekiranya anda membuat lagi tuntutan yang mencecah RM 750.

Cara membuat tuntutan
Ini langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk membuat tuntutan:
1. Hantar kereta anda ke bengkel yang disenaraikan sebagai panel oleh syarikat insurans anda. Jika anda tidak pasti, hubungi ejen atau syarikat insurans anda untuk dapatkan lokasi bengkel terdekat. Cara lain adalah dengan membuat Google search panel syarikat insurans anda. Sebolehnya elakkan dari menghantar ke bengkel bukan panel, ia mungkin menimbulkan masalah tuntutan. Jika tiada pilihan, pastikan anda maklumkan kepada pihak insurans dan mengambil gambar cermin sebelum dan selepas repair. Segala kos perlulah dibayar sendiri dahulu. Kemudian minta borang tuntutan daripada syarikat insurans anda dan ikut prosedur untuk membuat reimbursement (pembayaran balik).
2. Semasa di bengkel panel, maklumlan kepada pihak bengkel anda ingin membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans anda. Pihak bengkel lazimnya akan mengendalikan dokumen yang diperlukan dan berhubung terus dengan pihak insurans. Jika kurang pasti, hubungi syarikat insurans anda.
3. Cermin kereta anda akan diperbaiki oleh bengkel tanpa perlu anda mengeluarkan wang untuk membayar kos pembaikan.


No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...