KEMALANGAN JALAN RAYA & TUNTUTAN
INSURANS
Kemalangan jalan raya adalah sesuatu yang sangat ditakuti
oleh semua pengguna jalan raya. Seboleh mungkin, setiap pengguna jalan raya
mahu mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan.
Namun, ada kalanya walaupun di pihak kita telah memandu
dgn penuh cermat dan berhati-hati tapi dek kerana kecuaian pemandu yang lain kita
turut sama terlibat dengan insiden kemalangan jalan raya.
Hari ini admin ingin berkongsikan tentang kemalangan
jalan raya dan tuntutan insurans kpd pembaca-pembaca blog post ini.
Apabila berlaku kemalangan, perkara pertama yang perlu
dilakukan adalah BERTENANG. Tidak perlu keluar menyerang si pemandu yang melanggar anda atau yang telah mengakibatkan kemalangan tersebut dengan steering-lock.
Ya, bukan mudah utk meminta sesorang bertenang apabila
ditimpa musibah seperti ini tetapi ingatlah seandainya anda panik dan marah,
ianya juga tidak akan boleh menyelesaikan masalah yg terjadi.
Jadi bertenanglah, tarik nafas dan cuba untuk berfikir
dengan bijak.
Berikut, admin senaraikan perkara-perkara penting yg
perlu dilakukan apabila anda terlibat dengan kemalangan jalan raya:
1) Sila bertenang dan jangan cemas.
2) Periksa jika anda ada mengalami sebarang kecederaan
atau pun tidak. Kemudian, periksa penumpang-penumpang lain di dalam kenderaan
anda. Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
3) Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan
anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
4) Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang
terbabit.
5) Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain
yang terlibat.
6) Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
7) Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi
kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai
kemalangan, jika ada, akan membantu).
8) Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/ pengendali
takaful masing-masing.
9) Keluarkan handphone anda dan ambil gambar (bukan suruh guna
monopod selfie upload masuk FB tapi ambil gambar-gambar penting untuk rekod
anda).
Ambil gambar kerosakan kereta anda, serpihan-serpihan kemalangan
di tempat kejadian, gambar lokasi, nama jalan, keadaan di sekitar kawasan kemalangan ketika itu. Gambar-gambar ini akan memudahkan urusan anda ketika membuat
laporan polis nanti.
10) Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini
mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
11) Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa
kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat
insurans/ pengendali takaful anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat
tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.
12) Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
13) Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/ pengendali
takaful anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang
tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan
membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/ pengendali takaful anda
dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.
14) Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan
maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat
dari syarikat insurans/ pengendali takaful anda.
Bagi kes kemalangan jalan raya yg melibatkan kecederaan
atau bodily injury, baik yg melibatkan si pemandu mahupun para penumpang,
berikut admin senaraikan perkara-perkara yg perlu anda lakukan:
1) Dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Seboleh mungkin
untuk rawatan awal pergi ke hospital kerajaan bagi mendapatkan laporan perubatan
berhubung dengan kecederaan anda. Sekiranya melibatkan kecederaan teruk, dapatkan
laporan perubatan doktor pakar.
2) Simpan semua resit perbelanjaan bagi kos rawatan,
rawatan susulan, ubat-ubatan, supplement atau vitamin tambahan, resit-resit
perjalanan ke hospital dan segala perbelanjaan lain yang telah anda keluarkan
sepanjang tempoh mendapatkan rawatan tersebut.
3) Setelah anda discharge daripada hospital, dapatkan khidmat
nasihat peguam bagi memulakan tuntutan terhadap insurans pihak yang melanggar
anda.
Sebaiknya, sebelum anda membuat laporan polis bincang
terlebih dahulu dengan peguam tersebut bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan
bagaimana untuk membuat laporan polis yang betul.
Banyak kes yg ditanya kepada kami sebelum ini berkenaan dgn
tuntutan insurans bagi kemalangan jalan raya yg tidak mendapat pampasan
insurans yg sewajarnya kerana membuat laporan polis yg tidak tepat.
Penggunaan bahasa yang betul dan penerangan yang tepat
tentang bagaimana berlakunya kemalangan tersebut semasa membuat laporan polis
adalah sangat penting bagi menentukan liabiliti pihak yang terlibat dalam
kemalangan tersebut.
Setelah laporan polis dibuat, pihak pegawai penyiasat
akan menyiasat laporan kemalangan tersebut.
Kebiasannya pihak polis akan pergi ke tempat kejadian
kemalangan bagi menyiasat dan mengambil gambar serta bukti yg masih terdapat di
situ.
Bayangkan sekiranya kemalangan tersebut menyebabkan
kecedaraan parah dan pemandu serta penumpang-penumpang lain di dalam kenderaan
tersebut terpaksa ditahan di hospital selama berbulan-bulan lamanya, laporan
polis hanya boleh dibuat setelah mereka keluar daripada hospital.
Setelah tempoh masa yang lama sebegitu, apabila pihak
polis pergi ke tempat kejadian bagi menyiasat kes kemalangan tersebut pastinya
bukti-bukti penting dan gambaran kasar tentang kemalangan jalan raya tersebut
seperti serpihan kaca dari kereta, seretan tayar di permukaan jalan, kesan
darah dan sebagainya sudah hilang.
Di sinilah pentingnya untuk mereka yang terlibat dalam
kemalangan jalan raya untuk mengambil gambar di tempat kejadian sebaik sahaja
kemalangan tersebut berlaku.
Sekiranya anda mengalami kecederaan parah dan tidak boleh
bergerak ketika itu, cuba untuk dapatkan bantuan daripada mereka yang berada di
tempat kejadian untuk mengambil gambar bagi pihak anda.
Setelah siasatan polis selesai, pihak polis akan
mengeluarkan saman kepada pihak yang bersalah. Sekiranya saman telah
dikeluarkan, kes anda akan menjadi lebih mudah bagi membuat tuntutan dengan
pihak insurans.
Tetapi sekiranya pihak polis tidak dapat menentukan siapa
yang bersalah dalam mengakibatkan kemalangan tersebut, pihak polis akan
mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk kepada pihak Insurans (Refer to
Insurans- RTI) atau dirujuk kpd Magistrate (Refer to Magistrate- RTM).
Langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah bawa semua
dokumen-dokumen penting (salinan IC, salinan geran kenderaan yang terlibat dalam
kemalangan), laporan perubatan dan laporan pakar, resit-resit perjalanan dan
perbelanjaan anda sepanjang berada di hospital, dan laporan polis berjumpa
dengan pihak peguam bagi kes tuntutan kemalangan tersebut.
Moga Bermanfaat~
Sumber :
No comments:
Post a Comment