Sunday 30 December 2018


Harga Cermin Kereta Mengikut Model

Gambar Encik Google

Kepada yang berminat untuk mengambil insurans kenderaan, boleh jadikan sebut harga di bawah sebagai panduan berapa yang perlu di insuranskan untuk kenderaan anda.

Sebagai contoh, pelanggan yang membuat insursans dengan kami akan mengambil perlindungan antara RM 500- RM 1000. Andai kata selepas 5 bulan renew insurans, dan cermin pecah, tuntutan insurans cermin boleh di buat dengan syarikat insuran. NCD anda tidak akan terjejas sama sekali.

Namun jika tidak mempunyai kemampuan untuk mengambil perlindungan tambahan ini, anda boleh mengambil perlindungan yang sedikit atau boleh tambah nilai insurans anda pada bila-bila maa yang di perlukan. Jika nilai perlindungan cermin anda RM 300 dan harga sebenar cermin kereta adalah RM 500, anda hanya perlu membayar RM 200 dan selebihnya syarikat insurans yang akan membayar.

Berikut adalah harga cermin yang dicadangkan roadtax2u.com untuk replacement
Harga Cermin Perodua
– Kembara  RM600
– Myvi  RM600
– Kancil RM500
– Kelisa RM600
– Alza RM1000
– Rusa RM1000
Harga Cermin Proton
– Saga RM600
– Iswara RM500
– Preve RM1000
– Savvy  RM600
– Wira RM600
– Waja RM700
– Gen2 RM600
– Exora RM1000
– Satria RM700
– Perdana RM1500
– Inspira RM1800
Harga Cermin Honda
– City RM1000
– Civic  RM2000
– CRV RM2500
– Accord RM3000
– Elysion  RM3000
– Odyssey RM3000
Harga Cermin Toyota
– Vios RM1000
– Avanza RM1500
– Unser RM2000
– Cambry RM3000
– Innova RM2000
– Caldina RM3000
– Estima RM3000
– Wish RM3000
– Alphard RM4000
– Harrier RM3000
– RAV4 RM3000
– Vellfire RM4000
– Hilux RM3000
Harga Cermin Naza
– Naza Citra RM1800
– Naza Ria RM3000
Harga Cermin Nissan
– Almera RM1200
– Grand Livina RM1500
– Teana RM3000
– X-TRAIL RM3000
– Sentra  RM1500
– Latio  RM1800
– Frontier RM3000
Harga Cermin Mitsubitshi
– L200 RM3000
– Grandis  RM3000
– Lancer RM2500
– Airtrek RM3000
Harga Cermin Kia
– Optima RM3000
– Picanto RM800
– Spectra RM1500
Harga Cermin Ford
– Econovan RM1800
Harga Cermin Chery
– Easter RM3000
Harga Cermin Suzuki
– Swift RM1600
– APV  RM2500
Harga Cermin Mazda
-Mazda CX5 RM3000
-Mazda 2 RM1800
-Mazda 6 RM3000
Harga Cermin Hyundai
– i10 RM1000
– Sonata YF RM3000
– Santa Fe RM3000
Harga Cermin Inokom
– Elantra RM2600
Harga Cermin BMW
– 525 RM4000
– 320 RM3000
– 325 RM3000
– X6 RM6000
Harga Cermin Volvo
– S60 RM3000
– V40 RM3000
Harga Cermin Mercedes Benz
– C200 K (A) RM4000




Friday 28 December 2018

TOP 10 KERETA YANG MENJADI IDAMAN PENCURI

Seramkan bila baca tajuk di atas. Tetapi percayalah dalam arus moden kini, pelbagai masalah sosial timbul. Antaranya adalah mencuri. Percaya atau tak, memang ramai pencuri sekarang sangat profesional. Kerja mencuri sudah menjadi sumber kewangan bagi mereka.


Di bawah ni saya sertakan jadual top 10 kenderaan yang menjadi igauan para pencuri. Data tersebut di peroleh daripada PIAM sekitar pertengahan dan awal tahun 2018.


Kereta anda turut tersenarai dalam top 10 tak? Mesti lepas ni tidur malam pun dah tak lena macam dulu lagi. Kalau dah tahu tu, seeloknya kita berjaga-jaga mulai sekarang agar tidak menjadi mangsa rakus perompak dan penyamun ni. Jangan beertawakal tanpa berusaha. 


~aR~

Tuesday 25 December 2018


KETAHUI 6 FAKTA PENTING PUSPAKOM, JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI

KAMI pernah dijemput ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk merasai sendiri pengalaman sebenar menjadi pemeriksa kenderaan (VE) agensi itu dalam acara khas, 'Be a Vehicle Examiner for a Day'Malah, kami siap diberikan jaket, cermin mata industri berserta topi khas yang memang menjadi kostum wajib petugas ketika memeriksa kenderaan. Semua itu dilakukan semata-mata untuk memberikan gambaran sebenar bagaimana seorang VE bertugas.
Di bawah ini kami pecahkan kepada beberapa sub topik bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenai fungsi, proses kerja dan apa saja yang ada kaitan mengenai PUSPAKOM:
1. Siapa Puspakom?
PUSPAKOM ditubuhkan pada 1994 dan berada di bawah syarikat induk DRB-HICOM Bhd yang juga satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan lantikan Kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, termasuk kenderaan persendirian bagi tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.
Hari ini, PUSPAKOM mempunyai 56 pusat pemeriksaan seluruh negara, termasuk perkhidmatan tambahan di 28 lokasi pemeriksaan dengan jumlah pemeriksaan tahunan mencecah 3 juta kenderaan. Pada 2009, PUSPAKOM baru saja diberikan konsesi bagi penggal kedua (15 tahun sepenggal), di mana 2017 ialah tahun ke-8 bagi penggal kedua konsesi berkenaan.

2. Jenis Pemeriksaan
Mungkin ramai keliru tentang jenis pemeriksaan PUSPAKOM. Kalau mahu disenaraikan jenis pemeriksaan memang panjang (ada 12 jenis), tetapi asasnya kami bahagikan ia kepada dua kategori besar, iaitu MANDATORIdan SUKARELA.
i) MANDATORI
Kategori mandatori ialah jenis pemeriksaan yang wajib dilakukan bergantung kepada akta ditetapkan agensi tertentu seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam Diraja Malaysia, pihak insurans dan lain-lain. Daripada 12 jenis, 11 pemeriksaan lain ialah kategori mandatori.
Jenis-jenis pemeriksaan yang ditawarkan:
·         Pemeriksaan Awalan
·         Pemeriksaan Berkala
·         Pemeriksaan Semula
·         Pemeriksaan Khas
·         Pemeriksaan Tukar Milik
·         Pemeriksaan Kenderaan Kerajaan
·         Pemeriksaan Penilaian
·         Pemeriksaan Lelong
·         Pemeriksaan Sukarela
·         Pemeriksaan Kenderaan Import Untuk Kastam (IVIC)
·         Pemeriksaan Sewa Beli (HPI)
·         Pemeriksaan Insurans
Boleh baca maklumat lanjut di laman web PUSPAKOM. Kesimpulannya, pemeriksaan kategori mandatori ialah syarat yang wajib dilakukan pemilik sebelum kenderaan mereka dibenarkan berada atas jalan. Antara jenis pemeriksaan mandatori popular adalah seperti Pemeriksaan Berkala membabitkan kenderaan perdagangan yang diwajibkan setiap 6 bulan sekali seperti teksi, bas atau kereta sewa.
Berapa caj?
Bayaran adalah bergantung kepada jenis pemeriksaan. Misalnya, pemeriksaan berkala bagi kenderaan awam seperti teksi ialah sebanyak RM55, manakala pemeriksaan awalan RM70. Kadar bayaran tidak termasuk caj 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Rujuk gambarajah di bawah untuk butiran lengkap bayaran yuran pemeriksaan kenderaan.
ii) SUKARELA
Ramai tidak tahu PUSPAKOM memang ada menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela yang anda boleh dilakukan di mana-mana pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bagi memudahkan proses, buatlah janji temu terlebih dahulu.
Antara bahagian yang diperiksa PUSPAKOM adalah seperti di bawah ini:
Berapa caj?
Serendah RM50 sahaja dan tidak termasuk caj 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Malah anda juga boleh melakukan pemeriksaan mengikut bahagian tertentu dengan caj RM15 per bahagian. Misalnya, anda mahu kereta anda diperiksa bahagian cermin gelap sahaja dan caj yang perlu dibayar ialah RM15.

3. Yuran Pemeriksaan Mahal? Ada 'Orang Dalam'?

PUSPAKOM mengakui banyak mendapat maklum balas pengguna yang terkejut apabila diberitahu bayaran pemeriksaan adalah dalam purata sekitar RM50 sahaja. Ramai menyangka PUSPAKOM mengenakan bayaran melampau mahal. Malah, PUSPAKOM bertegas menafikan meletakkan jumlah bayaran tertentu untuk membolehkan sesebuah kereta mudah lulus.
Faktanya, ramai pengguna terpedaya dengan tipu helah khidmat orang tengah atau runner dengan bayaran ratusan ringgit yang kononnya diminta 'orang dalam' supaya kenderaan mereka mudah dan cepat lulus. PUSPAKOM sendiri mendedahkan kepada kami beberapa kes siasatan yang dilakukan berikutan aduan sesetengah pengguna tentang ada pegawainya menerima habuan rasuah untuk meluluskan atau mempercepatkan pemeriksaan kenderaan.

Namun, selepas siasatan dilakukan pada tarikh dan masa dilaporkan, jelas sekali si runner langsung tidak berjumpa sesiapa pun. Sebaliknya, dia cuma beratur seperti biasa lebih kurang satu atau dua jam, dan kemudian mendapat keputusan mengikut standard pemeriksaan. Malangnya, yang mendapat nama buruk ialah PUSPAKOM, manakala yang ditipu hidup-hidup ialah pengguna dan mendapat habuan pula, runner sendiri.
Sebagai makluman, PUSPAKOM sendiri dipantau dan diaudit oleh 11 agensi berbeza (lihat senarai agensi di atas) yang akan turun padang secara rawak. Setiap minggu pasti ada saja muka-muka 'perisik' yang ada di sekitar kawasan pemeriksaan PUSPAKOM.

4. Proses Pemeriksaan
SUMBER: Puspakom
Cuba kita lihat carta aliran pelanggan di atas untuk jenis Pemeriksaan Berkala yang membabitkan kenderaan perdagangan bagi setiap 6 bulan sekali. Tidaklah sesukar mana bukan?
Anda cuma perlu beratur mengikut laluan ditetapkan, mendaftar dan buat bayaran sebelum menjalani pemeriksaan (10 poin) dan mendapat keputusan pada hari sama. Segalanya akan selesai dalam jangka masa lebih kurang dua jam sahaja.
Jika keputusan gagal, anda boleh datang membuat pemeriksaan semula dalam tempoh 30 hari dengan bayaran tambahan RM25 bagi kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi, kereta sewa dan teksi limosin. Caj pemeriksaan kali kedua atau seterusnya (jika gagal lagi) adalah berbeza mengikut jenis kenderaan.

5. Pemeriksaan Tukar Milik Sangat Leceh?
Sengaja kami sorotkan jenis pemeriksaan ini kerana pemeriksaan tukar milik adalah antara jenis pemeriksaan popular dalam kalangan pemilik kenderaan persendirian yang mahu membeli kereta terpakai atau menukar hak milik kenderaan mereka atau tukar nama dalam geran kepada individu lain (pembeli luar, kawan, atau saudara).

Pesanan kami, sila berhati-hati dengan sesetengah premis kereta terpakai yang sengaja meletakkan kos upah pemeriksaan PUSPAKOM yang melampau mahal, sedangkan kos sebenar baru RM30 sahaja. Ya, RM30 sahaja! Jangan percaya tipu helah yang kononnya mereka perlu bayar 'orang dalam' supaya kereta anda mudah dan cepat lulus, walhal runner mereka pun perlu beratur seperti pemilik kenderaan lain juga. Lagipun, semua keputusan pemeriksaan direkodkan terus ke dalam pangkalan data komputer.
Bagaimanapun, pemeriksaan kenderaan bagi penukaran hak milik adalah lebih ringkas kerana cuma membabitkan empat ujian utama iaitu mengenal pasti identiti kereta, memeriksa bahagian atas dan bawah (jika ada isu-isu teknikal seperti potong sambung atau perubahan casis) dan akhir sekali penggunaan cermin gelap.
Proses Pemeriksaan Pindah Milik pula adalah seperti berikut:
RUJUKAN: Puspakom

6. Standard Kualiti Pemeriksaan Dan Peralatan
Peralatan digunakan PUSPAKOM ditentukur secara berkala oleh Makmal Metrologi Kebangsaan SIRIM, termasuk dipantau dan disaksikan JPJ di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bukan pihak Kerajaan saja yang turun memantau tetapi juga pihak ketiga seperti agensi swasta.
PUSPAKOM turut melaksanakan program Peralatan Keterulangan dan Kebolehulangan (Equipment Repeatability and Reproducibility - ER&R), berdasarkan analisis Tolok Keterulangan dan Kebolehulangan (GR&R) yang menjadi ukuran keupayaan sesuatu peralatan untuk menjana bacaan dan keputusan telus, tepat, jitu dan konsisten sepanjang masa. Proses pengukuran pula adalah mengikut ciri-ciri atau parameter dalam prosedur operasi standard (SOP) PUSPAKOM.
Aktiviti ER&R juga dijalankan secara berkala di semua cawangan dan lorong pemeriksaan berperalatan yang merangkumi peralatan Gelincir Sisi, Alat Pengujian Suspensi, Alat Pengujian Brek dan Alat Pengujian Asap.Proses pengukuran dan verifikasi ini dibuat menggunakan kereta ujian khas dan diuji petugas VE terlatih.
GALERI

SUMBER: PUSPAKOM


Monday 24 December 2018


 INSURANS CERMIN KERETA – APA YANG PERLU ANDA KETAHUI


Cermin kereta retak seribu dan terpaksa berhenti di bahu jalan adalah satu perkara yang sudah biasa kita lihat di negara ini. Selalunya ia akibat terkena sebutir batu kecil yang melantun dilanggar kereta laju di jalanraya atau ia terpelanting dari belakang lori yang mengangkut batu-batu atau tanah. Tidak kira betapa hati-hatinya kita sebagai pemandu, tak mungkin dapat kita mengelak situasi yang di luar kawalan kita ini.

Insurans dan takaful kereta adalah wajib untuk kita miliki sekiranya kita ingin memandu kereta kita di jalanraya. Tetapi ramai yang mingkin tidak sedar bahawa insurans kereta ini tidak dengan secara otomatik melindungi kita daripada kerugian cermin kereta. Ya, ini bererti jika cermin kereta pecah, insurans atau takaful tidak akan membayar kos mengganti cermin baru.

Apa itu insurans cermin kereta?
Insurans cermin kereta adalah perlindungan tambahan kepada polisi insurans kereta anda. Ia melindungi cermin hadapan, belakang, cermin di bahagian pintu serta sunroof kereta anda. Ia memberi pampasan terhadap kos yang diperlukan untuk membaiki dan mengganti cermin yang rosak atau retak. Dengan adanya perlindungan ini, anda tidak perlu membayar kos ini sendiri sebaliknya akan ditanggung oleh syarikat insurans anda. Ini ternyata berguna kerana bukan sahaja harga cermin kereta sangat mahal, tetapi juga risiko berlakunya insiden ke atasnya agak tinggi.
Akan tetapi, perlindungan tambahan ini tidak disediakan kepada semua jenis polisi. Tetapi hanya bagi polisi jenis komprehensif. Rujuk di bawah untuk keterangan 3 jenis polisi insurans kereta yang terdapat di Malaysia:
Polisi pihak ketiga: Polisi ini melindungi kecedaraan, kematian dan kerugian ke atas pihak ketiga, sama ada ke atas diri ataupun harga bendanya.
Polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian: Polisi ini melindungi kecedaraan, kematian dan kerosakan harta benda yang ditanggung pihak ketiga, serta kerugian ke atau kenderaan sendiri akibat kecurian dan kebakaran.
Polisi komprehensif: Polisi ini adalah polisi yang paling menyeluruh. Selain daripada melindung pihak ketiga dan kerosakan kenderaan sendiri akibat kebakaran dan kecurian, ia juga melindungi pemilik kereta ata kerugian akibat kemalangan. Hanya polisi jenis ini yang menyediakan perlindungan tambahan cermin kereta.

Cara untuk dapatkan perlindungan cermin kereta
Perlindungan ini boleh didapati ketika anda ingin memperbaharui insurans atau takaful kereta anda (tapi ingat, hanya jika anda membeli polisi komprehensif). Maklumkan kepada ejen bahawa anda ingin tambahkan perlindungan jenis ini ke dalam polisi anda. Selalunya ejen memang akan ingatkan anda jika anda lupa. Tetapi jika anda anda memperbaharui di pos ofis atau dengan sendiri di talian (online) perlulah ingatkan diri sendiri ya!
Sebenarnya perlindungan ini juga boleh didapati pada bila-bila masa bukan sekadar ketika membuat renewal. Jadi ambil peluang ini semak sama ada polisi komprehensif anda memiliki perlindungan ini atau tidak. Jika tidak, maklumkan pada ejen atau hubungi syarikat insurans anda untuk tambahkannya.
Di bawah adalah contoh perlindungan insurans cermin kereta yang diberikan oleh Syarikat Takaful Malaysia melalui myClick Motor takaful online mereka. Cara untuk dapatnya ketika membuat renewal atau pembaharuan adalah sengat ringkas. Cuma masukkan jumlah “sum covered” iaitu jumlah yang ingin anda insuranskan cermin kereta anda. Untuk membuat pembaharuan insurans kereta, boleh cuma laman  ini Takaful Malaysia.


Berapakah harga insurans cermin kereta?
Untuk mendapatkan perlindungan cermin kereta, anda perlu membayar premium 15% daripada harga cermin kereta anda (tambah kos kerja). Contohnya, jika kos untuk menggantikan cermin anda ialah RM 1,000, anda perlu membayar sebanyak RM 150 (15% daripada RM 1,000) sebagai premium tambahan kepada harga insurans komprehensif kereta anda.
Untuk membantu pemahaman tentang kelebihan perlindungan ini, kita lihat contoh berikut di mana cermin depan pecah akibat kemalangan:

Tanpa insurans cermin kereta:
– Walaupun anda menjimat RM 150 (contoh sahaja), anda perlu menanggung kos mengganti cermin kereta sebanyak RM 1,000 dengan mengeluarkan duit sendiri.
– Sebagai alternatif, anda boleh menuntut ganti rugi daripada polisi komprehensif anda jika anda tiada perlindungan cermin kereta. TETAPI, anda akan menanggung kerugian jangka panjang, kerana diskaun NCDanda akan terhapus jika anda membuat tuntutan sebegini. Ini menyebabkan premium insurans komprehensif anda pada tahun berikutnya lebih tinggi. Ianya sebenarnya tidak berbaloi untuk membuat tuntutan ke atas polisi komprehensif bagi ganti rugi cermin kereta.

Dengan perlindungan cermin kereta

– Walaupun anda perlu membayar kos tambahan RM 150, tetapi jika berlaku kemalangan ke atas cermin kereta anda, anda sebenarnya jimat RM 850 (RM 1,000 – RM 150).
– Anda boleh tuntut kerugian ke atas polisi cermin kereta anda dan tidak langsung menyentuh polisi komprehensif anda dan NCD anda tidak terjejas. Ini bererti penjimatan yang lebih lagi ketika pembaharuan insurans dibuat.
Rujuk aritkel ini untuk memahami konsep NCD dan bagaimana anda boleh menjimat sehingga 55% premium insurans anda.

Beberapa perkara yang perlu anda perhatikan
1. Over dan under insurans
Apa tu? Macam ni. Over insurans bereti anda terlebih insurans. Ini akan merugikan anda kerana terpaksa membayar premium yang lebih ke atas sum insured (jumlah diinsuranskan) yang lebih tinggi daripada kos mengganti cermin kereta anda. Contohnya jika kereta MyVi anda memerlukan kos RM600 untuk menggantikan cermin depan, tetapi anda melindunginya dengan jumlah diinsuranskan sebanyak RM1,000.
Manakala under insurans pula bererti anda terkurang insurans di mana anda meletakkan jumlah diinsuranskan yang lebih rendah. Walaupun anda jimat dalam kos premium anda, tetapi sekiranya berlaku kemalangan, insurans anda hanya akan membayar setakat jumlah yang diinsuranskan sahaja. Selebihnya, anda tanggung.

2. Perlindungan tamat setelah tuntutan dibuat mencapai jumlah diinsuranskan
Tidak seperti polisi kereta anda yang tamat setelah satu tahun, polisi tambahan ini akan tamat setelah tuntutan penuh dibuat (dalam masa satu tahun).
Contohnya: pada bulan Januari anda memperbaharui polisi komprehensif anda bersama polisi cermin kereta. Anda membayar RM 150 bagi insurans cermin kereta anda dengan sum insured sebanyak RM 1,000. Pada bulan Februari, kemalangan ringan mengakibatkan retak kecil di cermin depan anda. Anda menghantar kereta ke bengkel panel untuk membaikinya. Tuntutan dibuat sebanyak RM250 kerana ia tidak perlu diganti sepenunya. Dalam kes ini, anda masih dilindungi insurans cermin kereta sebanyak RM 750 sehingga sama ada tamatnya tempoh polisi pada Januari akan datang, atau sekiranya anda membuat lagi tuntutan yang mencecah RM 750.

Cara membuat tuntutan
Ini langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk membuat tuntutan:
1. Hantar kereta anda ke bengkel yang disenaraikan sebagai panel oleh syarikat insurans anda. Jika anda tidak pasti, hubungi ejen atau syarikat insurans anda untuk dapatkan lokasi bengkel terdekat. Cara lain adalah dengan membuat Google search panel syarikat insurans anda. Sebolehnya elakkan dari menghantar ke bengkel bukan panel, ia mungkin menimbulkan masalah tuntutan. Jika tiada pilihan, pastikan anda maklumkan kepada pihak insurans dan mengambil gambar cermin sebelum dan selepas repair. Segala kos perlulah dibayar sendiri dahulu. Kemudian minta borang tuntutan daripada syarikat insurans anda dan ikut prosedur untuk membuat reimbursement (pembayaran balik).
2. Semasa di bengkel panel, maklumlan kepada pihak bengkel anda ingin membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans anda. Pihak bengkel lazimnya akan mengendalikan dokumen yang diperlukan dan berhubung terus dengan pihak insurans. Jika kurang pasti, hubungi syarikat insurans anda.
3. Cermin kereta anda akan diperbaiki oleh bengkel tanpa perlu anda mengeluarkan wang untuk membayar kos pembaikan.


TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...