INSURANS HAYAT DAN KEMALANGAN DIRI…APA PERBEZAANNYA?
Dalam era bencana alam, kemalangan maut dan krisis
ekonomi kini, adalah tidak menghairankan apabila mereka yang merasa tidak
selamat sudah beralih kepada insurans untuk perlindungan kewangan mereka dan
yang tersayang. Insurans boleh menjadi jaringan keselamatan yang terbaik
sekiranya berlaku sesuatu yang buruk, walau bagaimanapun, ia juga boleh
menjadi agak rumit dan sukar untuk difahami. Adakalanya ia boleh mengelirukan
dengan jargon teknikal seperti ‘keadaan sedia ada, manfaat-manfaat tahunan dan
sepanjang hayat, had-had/ pengecualian-pengecualian dan kepentingan yang
diinsuranskan’.
Terlebih dahulu…apa itu insurans?
Insurans merupakan pemindahan risiko kerugian yang
adil, daripada satu entiti ke entiti yang lain, sebagai pertukaran kepada wang.
Ia adalah satu bentuk pengurusan risiko utama yang digunakan untuk melindungi
daripada risiko kerugian kontigen atau kerugian yang tidak menentu. Mudah
bukan?
Bahagian yang paling sukar adalah apabila
berhadapan dengan semua produk insurans yang terdapat di pasaran, mengetahui
perbezaan-perbezaannya dan yang mana satu paling bersesuaian dengan keperluan
anda.
Insurans Hayat
Insurans hayat adalah agak mudah. Insurans Hayat
membayar manfaat apabila berlaku kematian, membantu pihak yang diinsuranskan
melindungi mereka yang tersayang daripada kehilangan pendapatan yang mungkin
terjadi selepas kematian. Sekiranya anda meninggal dunia sewaktu polisi anda
masih berkuat kuasa, syarikat insurans akan membayar manfaat kematian kepada
waris anda, dengan andaian bahawa kematian bukan berpunca daripada sebab yang
dikecualikan, seperti bunuh diri. Sekiranya anda telah membeli perlindungan
yang mencukupi, manfaat kematian seharusnya membayar perbelanjaan pengebumian
dan cukai harta, dan meninggalkan sumber-sumber kepada keluarga anda untuk
mengekalkan gaya hidup dan berjaya di dalam kehidupan seperti yang anda
mahukan.
Insurans Kemalangan Diri
Insurans Kemalangan Diri melindungi kerugian
kewangan anda akibat kemalangan atau hilang upaya yang disebabkan oleh
kemalangan. Sebagai contoh, sekiranya berlaku keretakan kaki akibat kemalangan
kereta, polisi kemalangan tidak dapat menyembuhkan semula kaki anda seperti
keadaan asal. Namun, ia boleh melindungi kehilangan kewangan yang mungkin anda
hadapi akibat daripada kehilangan mobiliti, mengalami hilang upaya yang memberi
kesan ke atas kapasiti pendapatan anda dan malahan juga kehilangan pekerjaan
akibat kemalangan tersebut.
Selain itu, hampir semua polisi kemalangan diri
melindungi kematian akibat kemalangan. Ia membayar manfaat kematian sekaligus,
sama seperti insurans hayat, sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau
kematian berlaku di kemudian hari diakibatkan oleh kemalangan tersebut,
memastikan keluarga anda tidak terjejas dari segi kewangan.
Apakah kelebihan mempunyai pelan
insurans kemalangan diri?
- Pelan asas akan melindungi kematian
dan hilang upaya akibat kemalangan.
- Pelan tersebut akan melindungi kesemua jenis
kemalangan, sama ada besar atau kecil, dari
kemalangan terjatuh basikal sehinggalah kemalangan dilanggar oleh kereta.
- Dalam kebanyakan polisi, perlindungan itu
boleh dinaiktaraf untuk memberi lebih perlindungan kepada anda. Ia boleh
menyediakan perlindungan terhadap hilang upaya separa, hilang upaya
sementara atau hilang upaya keseluruhan. Sesetengah polisi juga
melindungi punca pendapatan. Pihak insurans akan membayar anda
manfaat mingguan mengikut pelan anda sekiranya hilang upaya tersebut
menyebabkan anda tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan.
- Sekiranya anda dimasukkan ke hospital akibat
kemalangan, ia juga mungkin mempunyai manfaat hospital dalam
bentuk perbelanjaan perubatan, pendapatan harian hospital, elaun keluarga
dan elaun pos hospital.
- Sumbangan bulanan pelan kemalangan diri
biasanya lebih rendah berbanding pelan insurans hayat.
Pendek kata, insurans kemalangan diri adalah kos
efektif dan meliputi mana-mana bahagian yang tidak dilindungi oleh polisi
insurans hayat, seperti hilang upaya kekal separa. Jadi, walaupun anda
memerlukan polisi insurans hayat untuk melindungi risiko kemalangan, adalah
sangat disarankan untuk anda mempunyai pelan kemalangan sebagai jaring
keselamatan terhadap hilang upaya dan perbelanjaan perubatan.
No comments:
Post a Comment