NAK BUAT LOAN BELI RUMAH KENA AMBIL INSURANS
Gambar ihsan Google |
Pertama sekali ,anda kena faham maksud MRTA,MRTT,MLTA & MLTT.
MRTA – Mortgage
Reducing Term Assurance
MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
MLTA – Mortgage Level Term Assurance
MLTT – Mortgage Level Term Takaful
MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful
MLTA – Mortgage Level Term Assurance
MLTT – Mortgage Level Term Takaful
Perkataan
‘Reducing’ , ‘Level’ , ‘Assurance’ & ‘Takaful’ membezakan setiap pelan
pelindungan yang anda pilih.
Bahasa
mudahnya untuk anda faham, perkataan assurance merujuk kepada insuran
konvensional manakala takaful- islamic insuran yang patuh syariah. Sebagai
muslim, mahu atau tidak pilihan terbaik yang kita adalah produk dari takaful.
Jom
kita lihat sedikit point penting perbezaan antara MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT.
Gambar : hartabumi.com |
Untuk
pengetahuan anda, bank selalunya akan menawarkan MRTA/MRTT untuk perlindungan
loan rumah anda. Ada yang tanya wajib ke kena ambil MRTA/MRTT? Jawapannya
adalah tidak wajib.
Walaupun
tidak wajib,bank sebagai pemberi pinjaman ,mereka berhak untuk ‘secure’
pinjaman yang diberikan. Salah satu sebab yang paling utama, MRTA/MRTT adalah
lebih selamat pada pihak bank kerana bayaran untuk plan ini dibayar sekali
sahaja atau dimasukkan bersama loan anda.
Mungkin
anda rasa seperti dipaksa oleh bank tapi persoalannya, jika anda tiada
MRTA/MRTT siapa yang akan bayar baki loan rumah jika berlaku musibah kematian
kepada anda(peminjam)?
Gambar : hartabumi.com |
Kita
ambil contoh kisah Ahmad. Saya sendiri pun tak kenal Ahmad ni. Beli rumah
dengan pinjaman RM500k.Ambil MRTA/MRTT dengan harga RM15k,boleh dibayar lumpsum
atau dimasukkan ke dalam loan.
Yang
pastinya,ramai orang diluar sana malas nak fikir,masukkan saja sekali dengan
loan.Nah,bayar sekali dengan interest.
Tempoh
pinjaman 30 tahun. Andaikan berlaku kematian pada Ahmad pada tahun ke 15
bayaran pinjaman.Baki loan RM250k lagi di bank akan diselesaikan oleh pihak
insuran.Selesai dan hanya dapat sebuah rumah.
Jadi,
sampai disini dah faham bagaimana MRTA/MRTT berfungsi?
Hadam
dulu.
Dah
hadam?
Okay
seterusnya seperti yang saya katakan diatas, MRTA/MRTT bukan satu kewajiban
kerana anda masih ada alternatif lain iaitu dengan mengambil MLTA/MLTT.
Ramai
sekarang yang memilih untuk mengambil MLTA/MLTT. (Option yang ‘handsome’ bagi
orang orang yang ambil tahu)
Memiliki
plan ini untuk perlindungan loan rumah anda memerlukan komitmen pembayaran
secara berkala, bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.
Plan
ini mempunyai nilai simpanan pada hujung tempoh pelindungan. Salah satu yang
menarik tentang plan ini, jumlah nilai simpanan ini boleh dikeluarkan untuk
kegunaan anda bagi menyelesaikan baki loan rumah anda. Loan anda dilindungi dan
hutang pun cepat selesai.
MLTA/MLTT
ini juga anda boleh ‘attach’ dengan rider-rider perlindungan tambahan yang lain
seperti manfaat sakit kritikal, manfaat kematian akibat kemalangan dan banyak
lagi.
Jika
anda seorang penggila hartanah, mempunyai lebih dari sebuah rumah, anda boleh
consider untuk memiliki plan ini memandangkan plan ini boleh boleh melindungi
kesemua pinjaman loan rumah anda dalam satu plan yang sama.
Saya
beri contoh yang mudah untuk anda faham.
Si
Jamil Membuat pinjaman loan rumah RM500.000 dan mengambil MLTT perlindungan
untuk loan RM500.000 dengan bayaran bulanan RM250/sebulan.
Tempoh
pinjaman Jamil adalah 30 tahun.
Pada
tahun ke 15, Jamil meninggal.
Isteri
beliau akan menerima pampasan MLTT berjumlah RM500.000 + cash value (nilai
simpanan semasa)
Baki
loan RM250.000 lagi akan diselesaikan melalui Pampasan RM500.000 + cash value.
Selepas ditolak hutang loan, baki di tangan isteri adalah RM250.000 + cash
value (simpanan).
Wow!
Rumah
dapat, instant cash pon dapat! Pastinya bebanan kewangan isteri dan anak anak
lebih ringan. Isteri dan anak-anak boleh survive dengan duit itu! Betulkan?
Fikir
fikir dulu.
Artikel
ini disumbangkan oleh Encik Norman Muhammad
(Eksekutif Pengurus Kewangan)
(Eksekutif Pengurus Kewangan)
Sumber : https://hartabumi.com/nak-buat-loan-beli-rumah-kena-ambil-insuran/
No comments:
Post a Comment