Sunday 25 August 2019


PUSPAKOM
Apa itu Puspakom? Perlukah kita untuk tahu Puspakom tu apa? Ya PENTING!! Jika anda mempunyai kenderaan, anda patut tahu apa itu Puspakom.. 
Di bawah ini kami pecahkan kepada beberapa sub topik bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenai fungsi, proses kerja dan apa saja yang ada kaitan mengenai PUSPAKOM:

1. SIAPA PUSPAKOM?

PUSPAKOM ditubuhkan pada 1994 dan berada di bawah syarikat induk DRB-HICOM Bhd yang juga satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan lantikan Kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, termasuk kenderaan persendirian bagi tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.
Hari ini, PUSPAKOM mempunyai 56 pusat pemeriksaan seluruh negara, termasuk perkhidmatan tambahan di 28 lokasi pemeriksaan dengan jumlah pemeriksaan tahunan mencecah 3 juta kenderaan. Pada 2009, PUSPAKOM baru saja diberikan konsesi bagi penggal kedua (15 tahun sepenggal), di mana 2017 ialah tahun ke-8 bagi penggal kedua konsesi berkenaan.

2. JENIS PEMERIKSAAN

Mungkin ramai keliru tentang jenis pemeriksaan PUSPAKOM. Kalau mahu disenaraikan jenis pemeriksaan memang panjang (ada 12 jenis), tetapi asasnya kami bahagikan ia kepada dua kategori besar, iaitu MANDATORIdan SUKARELA.

i) MANDATORI

Kategori mandatori ialah jenis pemeriksaan yang wajib dilakukan bergantung kepada akta ditetapkan agensi tertentu seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam Diraja Malaysia, pihak insurans dan lain-lain. Daripada 12 jenis, 11 pemeriksaan lain ialah kategori mandatori.
Jenis-jenis pemeriksaan yang ditawarkan:
· Pemeriksaan Awalan
· Pemeriksaan Berkala
· Pemeriksaan Semula
· Pemeriksaan Khas
· Pemeriksaan Tukar Milik
· Pemeriksaan Kenderaan Kerajaan
· Pemeriksaan Penilaian
· Pemeriksaan Lelong
· Pemeriksaan Sukarela
· Pemeriksaan Kenderaan Import Untuk Kastam (IVIC)
· Pemeriksaan Sewa Beli (HPI)
· Pemeriksaan Insurans

Boleh baca maklumat lanjut di laman web PUSPAKOM. Kesimpulannya, pemeriksaan kategori mandatori ialah syarat yang wajib dilakukan pemilik sebelum kenderaan mereka dibenarkan berada atas jalan. Antara jenis pemeriksaan mandatori popular adalah seperti Pemeriksaan Berkala membabitkan kenderaan perdagangan yang diwajibkan setiap 6 bulan sekali seperti teksi, bas atau kereta sewa.
Berapa caj?
Bayaran adalah bergantung kepada jenis pemeriksaan. Misalnya, pemeriksaan berkala bagi kenderaan awam seperti teksi ialah sebanyak RM55, manakala pemeriksaan awalan RM70. Kadar bayaran tidak termasuk caj 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Rujuk gambarajah di bawah untuk butiran lengkap bayaran yuran pemeriksaan kenderaan.

ii) SUKARELA

Ramai tidak tahu PUSPAKOM memang ada menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela yang anda boleh dilakukan di mana-mana pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bagi memudahkan proses, buatlah janji temu terlebih dahulu.
Antara bahagian yang diperiksa PUSPAKOM adalah seperti di bawah ini:



Berapa caj?
Serendah RM50 sahaja dan tidak termasuk caj 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Malah anda juga boleh melakukan pemeriksaan mengikut bahagian tertentu dengan caj RM15 per bahagian. Misalnya, anda mahu kereta anda diperiksa bahagian cermin gelap sahaja dan caj yang perlu dibayar ialah RM15.

3. PROSES PEMERIKSAAN



Cuba kita lihat carta aliran pelanggan di atas untuk jenis Pemeriksaan Berkala yang membabitkan kenderaan perdagangan bagi setiap 6 bulan sekali. Tidaklah sesukar mana bukan?
Anda cuma perlu beratur mengikut laluan ditetapkan, mendaftar dan buat bayaran sebelum menjalani pemeriksaan (10 poin) dan mendapat keputusan pada hari sama. Segalanya akan selesai dalam jangka masa lebih kurang dua jam sahaja.
Jika keputusan gagal, anda boleh datang membuat pemeriksaan semula dalam tempoh 30 hari dengan bayaran tambahan RM25 bagi kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi, kereta sewa dan teksi limosin. Caj pemeriksaan kali kedua atau seterusnya (jika gagal lagi) adalah berbeza mengikut jenis kenderaan.

4. PEMERIKSAAN TUKAR MILIK SANGAT LECEH?

Sengaja kami sorotkan jenis pemeriksaan ini kerana pemeriksaan tukar milik adalah antara jenis pemeriksaan popular dalam kalangan pemilik kenderaan persendirian yang mahu membeli kereta terpakai atau menukar hak milik kenderaan mereka atau tukar nama dalam geran kepada individu lain (pembeli luar, kawan, atau saudara).
Bagaimanapun, pemeriksaan kenderaan bagi penukaran hak milik adalah lebih ringkas kerana cuma membabitkan empat ujian utama iaitu mengenal pasti identiti kereta, memeriksa bahagian atas dan bawah (jika ada isu-isu teknikal seperti potong sambung atau perubahan casis) dan akhir sekali penggunaan cermin gelap.
Proses Pemeriksaan Pindah Milik pula adalah seperti berikut:


5. STANDARD KUALITI PEMERIKSAAN DAN PERALATAN

Peralatan digunakan PUSPAKOM ditentukur secara berkala oleh Makmal Metrologi Kebangsaan SIRIM, termasuk dipantau dan disaksikan JPJ di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bukan pihak Kerajaan saja yang turun memantau tetapi juga pihak ketiga seperti agensi swasta.
PUSPAKOM turut melaksanakan program Peralatan Keterulangan dan Kebolehulangan (Equipment Repeatability and Reproducibility - ER&R), berdasarkan analisis Tolok Keterulangan dan Kebolehulangan (GR&R) yang menjadi ukuran keupayaan sesuatu peralatan untuk menjana bacaan dan keputusan telus, tepat, jitu dan konsisten sepanjang masa. Proses pengukuran pula adalah mengikut ciri-ciri atau parameter dalam prosedur operasi standard (SOP) PUSPAKOM.
Aktiviti ER&R juga dijalankan secara berkala di semua cawangan dan lorong pemeriksaan berperalatan yang merangkumi peralatan Gelincir Sisi, Alat Pengujian Suspensi, Alat Pengujian Brek dan Alat Pengujian Asap.Proses pengukuran dan verifikasi ini dibuat menggunakan kereta ujian khas dan diuji petugas VE terlatih.
 Serba sedikit entry kmi kali ini..



Sumber:


No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...