Tuesday 26 November 2019

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ?

Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di bengkel untuk direpair. Jadi, sepanjang kenderaan anda direpair di bengkel, bagaimana anda perlu bergerak menguruskan rutin harian anda seperti biasa?  Oleh itu, itu guna Loss Of Use untuk kereta anda. 
Kena rujuk pada POLISI juga, kebanyakan Loss Of Use adalah claim atas pihak ketiga, bukan claim atas insuran sendiri. Sebab tu tak ramai orang yg ambil peduli. Kes² berikut kebanyakannya tak dapat Claim Of Use:
1. Orang langgar kita, tapi dia tak der road tax / insuran / lesen. Last kena claim insuran sendiri.
2. Eksiden yg kita punya salah, orang claim atas insuran kita.
3. Kereta kita eksiden tanpa melibatkan mana-mana pihak contoh terbabas masuk longkang.
4. Eksiden dengan pengangkutan awam.
5. Eksiden dengan kenderaan jabatan kerajaan dan agensi dibawahnya (kereta gomen takdak insuran).
Dan seumpamanya...

Cara Claim CART atau Loss Of Use
========================
Jika kereta anda dilanggar orang, anda boleh claim Loss Of Use. Maksudnya anda boleh dapat pampasan berdasarkan berapa hari yang diperlukan untuk baiki kerosakan kenderaan anda. Kadar standard oleh PIAM seperti dalam gambar.
Kalau rasa kadar PIAM ni rendah sangat, anda juga boleh tuntut kos kereta sewa (sama jenis dan kapasiti) untuk jumlah hari yang diperlukan untuk baiki kenderaan anda. Kalau nak tuntut yang ini, mesti sertakan resit dari syarikat kereta sewa yang berdaftar.
Caranya, setelah kereta anda siap dibaiki oleh bengkel panel, maklumkan kepada bengkel anda ingin buat tuntutan Loss of Use. Minta bengkel berikan laporan beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda.
Hantar dokumen dan laporan tersebut ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda untuk diproses. Dapatkan maklumat officer in charge dan follow up dari masa ke semasa.
Lazimnya pihak insurans akan mengambil masa 2 minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan sebelum membuat pembayaran kepada anda.

LOSS OF USE RAMAI TAK TAHU DAN RAMAI TAK CLAIM!
Apa itu Loss Of use? Simple je aku terangkan. Contoh kereta korang accident dan bengkel cakap dalam masa 60 hari kereta akan siap dibaiki.
Jadi Korang boleh claim LOSS OF USE dekat insurans,contoh sehari insurans cover RM30. jadi 60hari x 30 hari = RM1800.
Kalau dalam masa 60 hari tu korang sewa kereta, korang boleh jugak claim jumlah sewa kereta tu dari syarikat insurans.
Korang boleh claim salah satu sahaja ye.Tak boleh claim dua-dua.
Ramai rakyat Malaysia tak tahu dan tak claim!


Saturday 26 October 2019

Kereta Rosak? Jangan risau! – Servis Tunda Kenderaan Memang Dalam Perkhidmatan Insurans 

 

Kita sebagai pemilik kereta memperbaharui insurans setiap tahun bila tiba masanya, namun ramai yang tidak tahu insurans yang dibelinya sebenarnya mempunyai perkhidmatan tunda kenderaan PERCUMA. Semasa ditimpa kemalangan jalanraya, kebanyakan orang telah dalam keadaan panik dan bersetuju saja dengan brader-brader yang tidak dikenali untuk tunda keretanya. Sampai ke bengkel dan diberi bil, baru dapat tahu kosnya tinggi. Tapi terpaksa bagilah juga kerana sudah menggunakan servis tunda mereka.
Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, di sini saya akan kongsikan apa yang anda boleh buat sekiranya anda memerlukan perkhidmatan tunda kenderaan di tengah jalan.

JANGAN PANIK!

Bagi tahu brader-brader yang ingin ‘membantu’ bahawa anda akan mendapat bantuan dari pihak insurans. Selepas itu, cuba gerakkan kereta anda ke tepi jalan supaya tidak mengganggu lalu lintas. Ini juga untuk keselamatan diri, terutamanya di lebuh raya. Tetapi kalau kenderaan anda dalam keadaan yang serius sampai tidak dapat digerakkan, biarkan dulu dan tunggu di tepi jalan. Jangan sesekali berdiri di depan kereta anda kerana ini adalah sangat bahaya. Ingatkan diri, jangan risau kerana anda telah memperbaharui insurans kereta setiap tahun dan dilindungi insurans. Apa jua masalah pun boleh diselesai.


HUBUNGI PIHAK INSURANS

Biasanya, semasa anda memperbaharui insurans, ejen insurans akan memberi road tax sticker yang mempunyai nombor telefon syarikat insurans tersebut. Sekiranya sticker yang digunakan bukan dari ejen insurans, Google nombor khidmat pelanggan insurans anda. Yang memperbaharui insurans di tempat kami, nombor-nombor telefon adalah berikut:

Syarikat Insuran
Nombor Toll Free
Km/RM
Takaful Etiqa
1800-88-6491
400 Km
Takaful Ikhlas
1-800-88-1186
100 km
Kurnia Insurance
1800-88- 3833
50 km
Liberty Insurance
1800-88-5005 or 03-2619-9000
150 km

Talian tol free ini semua adalah 24 jam 365 hari. Oleh itu, tidak perlu risau tak dapat bantuan sekiranya kereta anda rosak di tengah jalan selepas waktu pejabat.


APA YANG HENDAK DIBERITAHU?

Yang pertama beritahu butiran diri kita, iaitu nama, IC, nombor telefon dan nombor kenderaan. Operator tersebut akan mengenal pasti yang kenderaan anda ada di bawah perkhidmatan insurans mereka. Seterusnya, ceritakan anda memerlukan servis tunda kenderaan, apa yang terjadi dan sekaligus bagi tahu di mana tempat kejadian tersebut. Jikalau anda diberitahu nombor kenderaan anda tiada dalam rekod mereka, anda harus mengenal pasti lagi dengan ejen insurans yang anda memperbaharui sebelum ini.


NAK HANTAR KE MANA?

Anda boleh minta trak tunda menghantar kereta ke bengkel yang anda tahu, bengkel panel insurans atau pusat servis sah yang terdekat.


PERLUKAH SAYA MEMBUAT LAPORAN POLIS?

Untuk perkhidmatan tunda, anda TIDAK perlu membuat laporan polis. Laporan polis hanya diperlukan sekiranya anda ingin membuat tuntutan wang untuk membayar balik kos tinggi kerosakan kereta anda.


ADAKAH NCD INSURANS KERETA SAYA AKAN HILANG?

Ramai bertanya adakah NCD akan menjadi 0% sekiranya menggunakan khidmat tunda insurans? Jawapanya TIDAK sama sekali. NCD hanya akan terjejas dalam 3 situasi. Pertama, semasa kita membuat tuntutan daripada syarikat insurans untuk memperbaiki kereta anda. Ini dikenali sebagai Own Damage Claim. Kedua, semasa anda terbabit dalam kemalangan jalan raya dan pihak lain (Third Party) membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda. Ketiga, anda membuat Total Loss Claim sebab kereta anda ditimpa kebakaran atau dicuri. Oleh itu, jangan bimbang, hubungi saja pihak insurans untuk membantu anda kerana memang anda layak menggunakan perkhidmatan tersebut.


ADAKAH BETUL SAYA TIDAK PERLU BAYAR APA-APA?

YA. Pihak insurans memberi perkhidmatan trak tunda percuma dalam skala penghantaran kebiasaannya dalam jarak 150KM. Oleh itu, anda boleh minta trak tunda tersebut untuk membawa kereta anda ke mana-mana bengkel dalam jarak tertentu.
Selain itu, servis tunda kenderaan percuma ini bukan untuk sekali sahaja. Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekurang-kurangnya 2-3 kali setahun. Ini adalah perkhidmatan yang telah termasuk dalam insurans polisi kereta anda. Masa yang hanya perlu bayar duit adalah jikalau ada tol, atau tempat yang hendak ditunda adalah terlalu jauh.


APA YANG BOLEH BUAT SEKIRANYA TELAH BERSETUJU DENGAN BRADER TRAK TUNDA YANG TIDAK DIKENALI?

Kadang-kadang, kita tahu juga jangan panik semasa apa-apa berlaku. Tetapi semasa berada dalam situasi sebenar, kita panik juga dan tidak dapat berfikir dengan tenang. Akhirnya, kereta anda telah ditunda oleh brader yang anda tidak tahu. Tak apa, ambil resit tunda itu dan jumpa ejen insurans anda. Anda masih boleh buat tuntutan sebahagian wang untuk bil tersebut. Syarikat insurans akan menyiasat dan memberi pampasan yang sewajarnya.


ADAKAH PERKHIDMATAN TUNDA KENDERAAN HANYA UNTUK DI JALANRAYA?

TIDAK. Bukan sahaja semasa dalam kemlangan jalanraya yang anda boleh menggunakan perkhidmatan tunda. Sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan di rumah atau mana-mana pun, anda boleh minta pihak insurans menghantar trak tunda untuk membawa kereta anda ke bengkel. Tapi, hanya minta jika masalah kereta anda tidak dapat diselesai di tempat kejadian itu dan memang memerlukan pemeriksaan di bengkel.
Harap tips-tips ini dapat membantu anda untuk faham lebih mendalami berkaitan perkhidmatan tunda percuma yang diberi oleh syarikat insurans. Dengan pengetahuan ini, tidak perlu bimbang lagi semasa kereta anda memerlukan servis tunda.


Sunday 6 October 2019


Masih Keliru di antara Market Value dan Agreed Value???

Tiba masa untuk renew takaful kereta, ejen kita pun mula lah hantar reminder pada Whatsapp. Dihantar sekali quotation (sebutharga) polisi baru. Tiba-tiba ternampak perkataan Agreed Value. Ataupun, tiba masa untuk renew, kita pun kelam kabut cari  ejen untuk tolong renewkan takaful untuk tahun yang akan datang. Ejen pula bertanya, nak insure mengikut Agreed Value (Nilai Dipersetui) atau Market Value (Nilai Pasaran)? Apa tu? Apa bezanya?

Market Value – Harga Pasaran

Menginsuranskan kenderaan mengikut harga pasaran atau dipanggil “Market Value” adalah terjemahan mudah.

Sebagai contoh:

Kenderaan anda bernilai RM 55,000 sekarang. Diinsuranskan pada kadar RM 55,000. Seandainya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan yang berakhir dengan status “total loss”, kiraan gantirugi akan dibuat dengan harga pasaran di masa itu (Berkemungkinan harga yang dibayar lebih rendah dari harga insuran yang dikuatkuasakan). Jika kenderaan anda telah susut nilai ke RM 42,000, syarikat Insurans/takaful akan membayar mengikut nilai semasa itu RM 42,000.

Agreed Value – Harga Perjanjian

Berlawanan dengan menginsuranskan kenderaan anda megikut harga pasaran. “Agreed Value” adalah harga yang ditetapkan oleh syarikat Insurans/Takaful.

Sebagai contoh:

Kenderaan anda bernilai RM 55,000 sekarang. Diinsuranskan pada harga RM 55,000. Sama seperti kemalangan diatas, status kemalangan berakhir dengan “total loss”. Anda sangat beruntung kerana menginsuranskan kenderaan anda dengan nilai “Agreed Value” kerana syarikat insurans/takaful akan membayar penuh RM 55,000.


Perbezaan premium di antara polisi mengikut Market Value dan Agreed Value

Jika anda membeli polisi mengikut harga pasaran (Market Value), and sebenarnya membayar premium (harga takaful/ insurans) mengikut harga pasaran kereta anda di ketika pembaharuan dibuat. Contohnya, harga pasaran ketika renewal adalah RM 55,000 dan premium anda ialah RM 1,500 setahun.

Tetapi ketika tuntutan dibuat kerana kemalangan, kebakaran atau kecurian, pampasan yang diterima adalah lebih rendah daripada RM 55,000. Di sini punca ketidak-puasan hati pelanggan di mana mereka berasa mereka tertipu kerana membayar premium bagi nilai yang lebih tinggi.

Manakala premium bagi polisi mengikut nilai dipersetujui (Agreed Value) dianggap lebih adil kerana premium polisi yang dibayar adalah mengikut jumlah diinsuranskan (sum insured) yang sama dengan pampasan yang akan diperolehi.





Apa yang terbaik untuk anda sebagai pengguna?

Malangnya tiada jawapan yang tepat bagi soalan ini. Apa yang penting adalah pengguna perlu terlebih dahulu faham perbezaan di antara kedua-dua kaedah ini bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan.

Bilakah Market Value bersesuaian bagi anda?

Selalunya, jika anda mempunyai kenderaan yang bukan lagi dianggap baru, dan tiada ubah-suai dilakukan pada kereta. Bagi contoh seperti ini, ianya dicadangkan agar pengguna membeli takaful mengikut nilai pasaran. Jika berlaku sebarang kemalangan, kebakaran,   kecurian atau total loss, pampasan pada nilai pasaran mungkin masih boleh bagi pemegang polisi untuk mendapatkan kereta yang lebih kurang sama keadaannya dengan kereta miliknya sebelum ini.

Bilakah Agreed Value bersesuaian bagi anda?

Jika anda memiliki kereta yang baru dibeli, dan mungkin telah membelanjakan wang ringgit yang lumyan untuk mengubah suai kereta anda, ianya dicadangkan anda membeli polisi takaful mengikut nilai dipersetujui. Jika berlaku sebarang kemalangan, kebakaran, kecurian atau total loss, anda akan dapat pampasan yang setimpal dengan nilai kenderaan anda sebelum ini. Dan ini membolehkan anda membeli kereta baru yang sama dan masih memiliki wang lebihan untuk lakukan semula pengubah-suaian pada kereta baru itu.

Keputusan sama ada pengguna ingin mengikut kaedah polisi nilai pasaran atau nilai dipersetujui adalah keputusan peribadi pengguna. Jika anda memutuskan polisi mengikut nilai dipersetujui adalah lebih sesuai bagi anda, pastikan syarikat insurans atau pengendali takaful anda memberikan pilihan ini. Kerana mungkin bukan semua syarikat yang menawarkannya.


Sumber:


Tuesday 3 September 2019

Cara Memindahkan NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta Baru.
Kali ini saya akan menerangkan cara untuk memindahkan No Claim Discount (NCD) daripada kereta lama kepada kereta baru. Sebelum tu apa itu NCD?

Maksud NCD adalah 'No Claim Discount' atau NCB (No Claim Bonus). NCD kereta anda akan meningkat setiap tahun mengikut peratusan yang telah ditetapkan jika TIADA TUNTUTAN / Claim dilakukan dalam sepanjang tempoh insurans berlangsung. Nilai NCD/NCB ini akan ditolak secara automatik dari Nilai Premium Insurans Kenderaan anda ketika anda memperbaharui insurans pada tahun berikutnya 
Biasanya pemilik kenderaan memindahkan NCD disebabkan oleh membeli kereta baru ataupun telah membuat tuntutan (dimana nilai kenderaan yang telah dibuat tuntutan itu lebih tinggi dari nilai kenderaan yang mempunyai NCD).

Contoh:-
Anda mempunyai 2 buah kereta, kereta lama (Wira) dan  sudah mempunyai NCD penuh sebanyak 55%, untuk dipindahkan kepada kereta baru (Estima). Sekiranya NCD 55% di pindahkan ke kereta estima tersebut anda dapat menjimatkan wang dalam membayar insurans kereta anda.
Kebanyakkan pemilik kenderaan banyak pemilik kereta tidak berapa tahu tentang hal ini. Apa yang ingin saya terangkan di sini bahawa anda boleh pindahkan NCB kereta lama contohnya 55% NCB ke kereta baru anda. Di mana, dalam kes seperti ini anda boleh mendapatkan penjimatan dalam membuat insurans kereta baru. Ada sesetengahnya boleh jimat sehingga ribuan ringgit, namun ianya bergantung kepada nilai premium insurans kereta anda.
Perlu diingatkan disini, sebelum anda ingin membuatkan pemindahan pastikan semua kenderaaan itu adalah milik anda dan didaftarkan atas nama dan no Kad Pengenalan anda. Pemindahanan NCD tidak boleh dibuat kepada kenderaan bukan milik anda walaupun didaftarkan atas nama syarikat anda sendiri.
Sekiranya tiada tuntutan kadar NCD anda akan naik sehingga nilai maksimum.


NCD bagi kereta persendirian & syarikat.
Tempoh Tahun Pertama = NCB 25 %
Tempoh 3 tahun = NCB 30 %
Tempoh 4 tahun = NCB 38. 3 %
Tempoh 5 tahun = NCB 45 %
Tempoh > 6 tahun = NCB 55 %

Nilai NCD motorsikal,teksi, lori A & C Permit & ‘Special Vehicle’.
Tempoh Tahun Pertama = NCB 15 %
Tempoh 3 tahun = NCB 20 %
Tempoh > 4 tahun = NCB 25. %
Check nilai NCD anda di Sini.

Langkah yang perlu anda buat!
1. Sediakan dokumen seperti salinan kad pengenalan, salinan maklumat bank.
2. Pergi ke cawangan terdekat syarikat takaful/insurans ataupun ejen insurans yang melindungi kereta lama itu. Contoh Wira dilindungi oleh Allianz, urusan perlu dibuat dengan Allianz untuk memindahkan NCD tersebut. Anda perlu mengisi borang pemindahan NCD dan menandatangani borang tersebut. Biasanya anda perlu membayar gantian nilai NCD yang telah diambil berdasarkan berapa lama tempoh perlindungan insurans/takaful itu masih sah. Anda akan diberikan satu salinan surat setelah urusan selesai.
3. Sekiranya tempoh insurans kereta telah tamat tempoh. Anda tidak perlu lagi membuat urusan seperti di atas. Anda terus memperbaharui insurans kereta lama dengan NCD 0%. Simpan Salinan insurans/takaful yang sebelunya yang terdapat NCD 55%. Ini kerana semasa ingin memindahkan ke estima, no covernote insurans tersebut diperlukan.
4. Semasa memperbaharui insurans/takaful estima perlu memberikan documen yang diberikan oleh syarikat insurans semasa anda membuat urusan pemindahan NCD. Sekiranya telah insurans/takaful kereta lama telah tamat anda perlu memberikan covernote insurans kereta yang lama sahaja.

Saya harapkan artikal saya ini dapat membantu anda dalam membuat urusan memindahkan NCD. Sekiranya anda masih lagi tidak memahami proses di atas ataupun terdapat masalah dalam urusan pemindahan NCD dan ingin bantuan nasihat, saya berbesar hati sekirnya anda boleh menghubungi kami. Kami sedia membantu.

Sumber:
https://ismacemerlang.com/blog/cara-memindahkan-ncd-no-claim-discount-kepada-kereta-baru

Sunday 25 August 2019


PUSPAKOM
Apa itu Puspakom? Perlukah kita untuk tahu Puspakom tu apa? Ya PENTING!! Jika anda mempunyai kenderaan, anda patut tahu apa itu Puspakom.. 
Di bawah ini kami pecahkan kepada beberapa sub topik bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenai fungsi, proses kerja dan apa saja yang ada kaitan mengenai PUSPAKOM:

1. SIAPA PUSPAKOM?

PUSPAKOM ditubuhkan pada 1994 dan berada di bawah syarikat induk DRB-HICOM Bhd yang juga satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan lantikan Kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, termasuk kenderaan persendirian bagi tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.
Hari ini, PUSPAKOM mempunyai 56 pusat pemeriksaan seluruh negara, termasuk perkhidmatan tambahan di 28 lokasi pemeriksaan dengan jumlah pemeriksaan tahunan mencecah 3 juta kenderaan. Pada 2009, PUSPAKOM baru saja diberikan konsesi bagi penggal kedua (15 tahun sepenggal), di mana 2017 ialah tahun ke-8 bagi penggal kedua konsesi berkenaan.

2. JENIS PEMERIKSAAN

Mungkin ramai keliru tentang jenis pemeriksaan PUSPAKOM. Kalau mahu disenaraikan jenis pemeriksaan memang panjang (ada 12 jenis), tetapi asasnya kami bahagikan ia kepada dua kategori besar, iaitu MANDATORIdan SUKARELA.

i) MANDATORI

Kategori mandatori ialah jenis pemeriksaan yang wajib dilakukan bergantung kepada akta ditetapkan agensi tertentu seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam Diraja Malaysia, pihak insurans dan lain-lain. Daripada 12 jenis, 11 pemeriksaan lain ialah kategori mandatori.
Jenis-jenis pemeriksaan yang ditawarkan:
· Pemeriksaan Awalan
· Pemeriksaan Berkala
· Pemeriksaan Semula
· Pemeriksaan Khas
· Pemeriksaan Tukar Milik
· Pemeriksaan Kenderaan Kerajaan
· Pemeriksaan Penilaian
· Pemeriksaan Lelong
· Pemeriksaan Sukarela
· Pemeriksaan Kenderaan Import Untuk Kastam (IVIC)
· Pemeriksaan Sewa Beli (HPI)
· Pemeriksaan Insurans

Boleh baca maklumat lanjut di laman web PUSPAKOM. Kesimpulannya, pemeriksaan kategori mandatori ialah syarat yang wajib dilakukan pemilik sebelum kenderaan mereka dibenarkan berada atas jalan. Antara jenis pemeriksaan mandatori popular adalah seperti Pemeriksaan Berkala membabitkan kenderaan perdagangan yang diwajibkan setiap 6 bulan sekali seperti teksi, bas atau kereta sewa.
Berapa caj?
Bayaran adalah bergantung kepada jenis pemeriksaan. Misalnya, pemeriksaan berkala bagi kenderaan awam seperti teksi ialah sebanyak RM55, manakala pemeriksaan awalan RM70. Kadar bayaran tidak termasuk caj 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Rujuk gambarajah di bawah untuk butiran lengkap bayaran yuran pemeriksaan kenderaan.

ii) SUKARELA

Ramai tidak tahu PUSPAKOM memang ada menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela yang anda boleh dilakukan di mana-mana pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bagi memudahkan proses, buatlah janji temu terlebih dahulu.
Antara bahagian yang diperiksa PUSPAKOM adalah seperti di bawah ini:



Berapa caj?
Serendah RM50 sahaja dan tidak termasuk caj 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Malah anda juga boleh melakukan pemeriksaan mengikut bahagian tertentu dengan caj RM15 per bahagian. Misalnya, anda mahu kereta anda diperiksa bahagian cermin gelap sahaja dan caj yang perlu dibayar ialah RM15.

3. PROSES PEMERIKSAAN



Cuba kita lihat carta aliran pelanggan di atas untuk jenis Pemeriksaan Berkala yang membabitkan kenderaan perdagangan bagi setiap 6 bulan sekali. Tidaklah sesukar mana bukan?
Anda cuma perlu beratur mengikut laluan ditetapkan, mendaftar dan buat bayaran sebelum menjalani pemeriksaan (10 poin) dan mendapat keputusan pada hari sama. Segalanya akan selesai dalam jangka masa lebih kurang dua jam sahaja.
Jika keputusan gagal, anda boleh datang membuat pemeriksaan semula dalam tempoh 30 hari dengan bayaran tambahan RM25 bagi kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi, kereta sewa dan teksi limosin. Caj pemeriksaan kali kedua atau seterusnya (jika gagal lagi) adalah berbeza mengikut jenis kenderaan.

4. PEMERIKSAAN TUKAR MILIK SANGAT LECEH?

Sengaja kami sorotkan jenis pemeriksaan ini kerana pemeriksaan tukar milik adalah antara jenis pemeriksaan popular dalam kalangan pemilik kenderaan persendirian yang mahu membeli kereta terpakai atau menukar hak milik kenderaan mereka atau tukar nama dalam geran kepada individu lain (pembeli luar, kawan, atau saudara).
Bagaimanapun, pemeriksaan kenderaan bagi penukaran hak milik adalah lebih ringkas kerana cuma membabitkan empat ujian utama iaitu mengenal pasti identiti kereta, memeriksa bahagian atas dan bawah (jika ada isu-isu teknikal seperti potong sambung atau perubahan casis) dan akhir sekali penggunaan cermin gelap.
Proses Pemeriksaan Pindah Milik pula adalah seperti berikut:


5. STANDARD KUALITI PEMERIKSAAN DAN PERALATAN

Peralatan digunakan PUSPAKOM ditentukur secara berkala oleh Makmal Metrologi Kebangsaan SIRIM, termasuk dipantau dan disaksikan JPJ di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bukan pihak Kerajaan saja yang turun memantau tetapi juga pihak ketiga seperti agensi swasta.
PUSPAKOM turut melaksanakan program Peralatan Keterulangan dan Kebolehulangan (Equipment Repeatability and Reproducibility - ER&R), berdasarkan analisis Tolok Keterulangan dan Kebolehulangan (GR&R) yang menjadi ukuran keupayaan sesuatu peralatan untuk menjana bacaan dan keputusan telus, tepat, jitu dan konsisten sepanjang masa. Proses pengukuran pula adalah mengikut ciri-ciri atau parameter dalam prosedur operasi standard (SOP) PUSPAKOM.
Aktiviti ER&R juga dijalankan secara berkala di semua cawangan dan lorong pemeriksaan berperalatan yang merangkumi peralatan Gelincir Sisi, Alat Pengujian Suspensi, Alat Pengujian Brek dan Alat Pengujian Asap.Proses pengukuran dan verifikasi ini dibuat menggunakan kereta ujian khas dan diuji petugas VE terlatih.
 Serba sedikit entry kmi kali ini..



Sumber:


TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...