Sunday 6 October 2019


Masih Keliru di antara Market Value dan Agreed Value???

Tiba masa untuk renew takaful kereta, ejen kita pun mula lah hantar reminder pada Whatsapp. Dihantar sekali quotation (sebutharga) polisi baru. Tiba-tiba ternampak perkataan Agreed Value. Ataupun, tiba masa untuk renew, kita pun kelam kabut cari  ejen untuk tolong renewkan takaful untuk tahun yang akan datang. Ejen pula bertanya, nak insure mengikut Agreed Value (Nilai Dipersetui) atau Market Value (Nilai Pasaran)? Apa tu? Apa bezanya?

Market Value – Harga Pasaran

Menginsuranskan kenderaan mengikut harga pasaran atau dipanggil “Market Value” adalah terjemahan mudah.

Sebagai contoh:

Kenderaan anda bernilai RM 55,000 sekarang. Diinsuranskan pada kadar RM 55,000. Seandainya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan yang berakhir dengan status “total loss”, kiraan gantirugi akan dibuat dengan harga pasaran di masa itu (Berkemungkinan harga yang dibayar lebih rendah dari harga insuran yang dikuatkuasakan). Jika kenderaan anda telah susut nilai ke RM 42,000, syarikat Insurans/takaful akan membayar mengikut nilai semasa itu RM 42,000.

Agreed Value – Harga Perjanjian

Berlawanan dengan menginsuranskan kenderaan anda megikut harga pasaran. “Agreed Value” adalah harga yang ditetapkan oleh syarikat Insurans/Takaful.

Sebagai contoh:

Kenderaan anda bernilai RM 55,000 sekarang. Diinsuranskan pada harga RM 55,000. Sama seperti kemalangan diatas, status kemalangan berakhir dengan “total loss”. Anda sangat beruntung kerana menginsuranskan kenderaan anda dengan nilai “Agreed Value” kerana syarikat insurans/takaful akan membayar penuh RM 55,000.


Perbezaan premium di antara polisi mengikut Market Value dan Agreed Value

Jika anda membeli polisi mengikut harga pasaran (Market Value), and sebenarnya membayar premium (harga takaful/ insurans) mengikut harga pasaran kereta anda di ketika pembaharuan dibuat. Contohnya, harga pasaran ketika renewal adalah RM 55,000 dan premium anda ialah RM 1,500 setahun.

Tetapi ketika tuntutan dibuat kerana kemalangan, kebakaran atau kecurian, pampasan yang diterima adalah lebih rendah daripada RM 55,000. Di sini punca ketidak-puasan hati pelanggan di mana mereka berasa mereka tertipu kerana membayar premium bagi nilai yang lebih tinggi.

Manakala premium bagi polisi mengikut nilai dipersetujui (Agreed Value) dianggap lebih adil kerana premium polisi yang dibayar adalah mengikut jumlah diinsuranskan (sum insured) yang sama dengan pampasan yang akan diperolehi.





Apa yang terbaik untuk anda sebagai pengguna?

Malangnya tiada jawapan yang tepat bagi soalan ini. Apa yang penting adalah pengguna perlu terlebih dahulu faham perbezaan di antara kedua-dua kaedah ini bagi membolehkan pengguna membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan.

Bilakah Market Value bersesuaian bagi anda?

Selalunya, jika anda mempunyai kenderaan yang bukan lagi dianggap baru, dan tiada ubah-suai dilakukan pada kereta. Bagi contoh seperti ini, ianya dicadangkan agar pengguna membeli takaful mengikut nilai pasaran. Jika berlaku sebarang kemalangan, kebakaran,   kecurian atau total loss, pampasan pada nilai pasaran mungkin masih boleh bagi pemegang polisi untuk mendapatkan kereta yang lebih kurang sama keadaannya dengan kereta miliknya sebelum ini.

Bilakah Agreed Value bersesuaian bagi anda?

Jika anda memiliki kereta yang baru dibeli, dan mungkin telah membelanjakan wang ringgit yang lumyan untuk mengubah suai kereta anda, ianya dicadangkan anda membeli polisi takaful mengikut nilai dipersetujui. Jika berlaku sebarang kemalangan, kebakaran, kecurian atau total loss, anda akan dapat pampasan yang setimpal dengan nilai kenderaan anda sebelum ini. Dan ini membolehkan anda membeli kereta baru yang sama dan masih memiliki wang lebihan untuk lakukan semula pengubah-suaian pada kereta baru itu.

Keputusan sama ada pengguna ingin mengikut kaedah polisi nilai pasaran atau nilai dipersetujui adalah keputusan peribadi pengguna. Jika anda memutuskan polisi mengikut nilai dipersetujui adalah lebih sesuai bagi anda, pastikan syarikat insurans atau pengendali takaful anda memberikan pilihan ini. Kerana mungkin bukan semua syarikat yang menawarkannya.


Sumber:


No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...