Saturday 26 October 2019

Kereta Rosak? Jangan risau! – Servis Tunda Kenderaan Memang Dalam Perkhidmatan Insurans 

 

Kita sebagai pemilik kereta memperbaharui insurans setiap tahun bila tiba masanya, namun ramai yang tidak tahu insurans yang dibelinya sebenarnya mempunyai perkhidmatan tunda kenderaan PERCUMA. Semasa ditimpa kemalangan jalanraya, kebanyakan orang telah dalam keadaan panik dan bersetuju saja dengan brader-brader yang tidak dikenali untuk tunda keretanya. Sampai ke bengkel dan diberi bil, baru dapat tahu kosnya tinggi. Tapi terpaksa bagilah juga kerana sudah menggunakan servis tunda mereka.
Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, di sini saya akan kongsikan apa yang anda boleh buat sekiranya anda memerlukan perkhidmatan tunda kenderaan di tengah jalan.

JANGAN PANIK!

Bagi tahu brader-brader yang ingin ‘membantu’ bahawa anda akan mendapat bantuan dari pihak insurans. Selepas itu, cuba gerakkan kereta anda ke tepi jalan supaya tidak mengganggu lalu lintas. Ini juga untuk keselamatan diri, terutamanya di lebuh raya. Tetapi kalau kenderaan anda dalam keadaan yang serius sampai tidak dapat digerakkan, biarkan dulu dan tunggu di tepi jalan. Jangan sesekali berdiri di depan kereta anda kerana ini adalah sangat bahaya. Ingatkan diri, jangan risau kerana anda telah memperbaharui insurans kereta setiap tahun dan dilindungi insurans. Apa jua masalah pun boleh diselesai.


HUBUNGI PIHAK INSURANS

Biasanya, semasa anda memperbaharui insurans, ejen insurans akan memberi road tax sticker yang mempunyai nombor telefon syarikat insurans tersebut. Sekiranya sticker yang digunakan bukan dari ejen insurans, Google nombor khidmat pelanggan insurans anda. Yang memperbaharui insurans di tempat kami, nombor-nombor telefon adalah berikut:

Syarikat Insuran
Nombor Toll Free
Km/RM
Takaful Etiqa
1800-88-6491
400 Km
Takaful Ikhlas
1-800-88-1186
100 km
Kurnia Insurance
1800-88- 3833
50 km
Liberty Insurance
1800-88-5005 or 03-2619-9000
150 km

Talian tol free ini semua adalah 24 jam 365 hari. Oleh itu, tidak perlu risau tak dapat bantuan sekiranya kereta anda rosak di tengah jalan selepas waktu pejabat.


APA YANG HENDAK DIBERITAHU?

Yang pertama beritahu butiran diri kita, iaitu nama, IC, nombor telefon dan nombor kenderaan. Operator tersebut akan mengenal pasti yang kenderaan anda ada di bawah perkhidmatan insurans mereka. Seterusnya, ceritakan anda memerlukan servis tunda kenderaan, apa yang terjadi dan sekaligus bagi tahu di mana tempat kejadian tersebut. Jikalau anda diberitahu nombor kenderaan anda tiada dalam rekod mereka, anda harus mengenal pasti lagi dengan ejen insurans yang anda memperbaharui sebelum ini.


NAK HANTAR KE MANA?

Anda boleh minta trak tunda menghantar kereta ke bengkel yang anda tahu, bengkel panel insurans atau pusat servis sah yang terdekat.


PERLUKAH SAYA MEMBUAT LAPORAN POLIS?

Untuk perkhidmatan tunda, anda TIDAK perlu membuat laporan polis. Laporan polis hanya diperlukan sekiranya anda ingin membuat tuntutan wang untuk membayar balik kos tinggi kerosakan kereta anda.


ADAKAH NCD INSURANS KERETA SAYA AKAN HILANG?

Ramai bertanya adakah NCD akan menjadi 0% sekiranya menggunakan khidmat tunda insurans? Jawapanya TIDAK sama sekali. NCD hanya akan terjejas dalam 3 situasi. Pertama, semasa kita membuat tuntutan daripada syarikat insurans untuk memperbaiki kereta anda. Ini dikenali sebagai Own Damage Claim. Kedua, semasa anda terbabit dalam kemalangan jalan raya dan pihak lain (Third Party) membuat tuntutan daripada syarikat insurans anda. Ketiga, anda membuat Total Loss Claim sebab kereta anda ditimpa kebakaran atau dicuri. Oleh itu, jangan bimbang, hubungi saja pihak insurans untuk membantu anda kerana memang anda layak menggunakan perkhidmatan tersebut.


ADAKAH BETUL SAYA TIDAK PERLU BAYAR APA-APA?

YA. Pihak insurans memberi perkhidmatan trak tunda percuma dalam skala penghantaran kebiasaannya dalam jarak 150KM. Oleh itu, anda boleh minta trak tunda tersebut untuk membawa kereta anda ke mana-mana bengkel dalam jarak tertentu.
Selain itu, servis tunda kenderaan percuma ini bukan untuk sekali sahaja. Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekurang-kurangnya 2-3 kali setahun. Ini adalah perkhidmatan yang telah termasuk dalam insurans polisi kereta anda. Masa yang hanya perlu bayar duit adalah jikalau ada tol, atau tempat yang hendak ditunda adalah terlalu jauh.


APA YANG BOLEH BUAT SEKIRANYA TELAH BERSETUJU DENGAN BRADER TRAK TUNDA YANG TIDAK DIKENALI?

Kadang-kadang, kita tahu juga jangan panik semasa apa-apa berlaku. Tetapi semasa berada dalam situasi sebenar, kita panik juga dan tidak dapat berfikir dengan tenang. Akhirnya, kereta anda telah ditunda oleh brader yang anda tidak tahu. Tak apa, ambil resit tunda itu dan jumpa ejen insurans anda. Anda masih boleh buat tuntutan sebahagian wang untuk bil tersebut. Syarikat insurans akan menyiasat dan memberi pampasan yang sewajarnya.


ADAKAH PERKHIDMATAN TUNDA KENDERAAN HANYA UNTUK DI JALANRAYA?

TIDAK. Bukan sahaja semasa dalam kemlangan jalanraya yang anda boleh menggunakan perkhidmatan tunda. Sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan di rumah atau mana-mana pun, anda boleh minta pihak insurans menghantar trak tunda untuk membawa kereta anda ke bengkel. Tapi, hanya minta jika masalah kereta anda tidak dapat diselesai di tempat kejadian itu dan memang memerlukan pemeriksaan di bengkel.
Harap tips-tips ini dapat membantu anda untuk faham lebih mendalami berkaitan perkhidmatan tunda percuma yang diberi oleh syarikat insurans. Dengan pengetahuan ini, tidak perlu bimbang lagi semasa kereta anda memerlukan servis tunda.


No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...