Tuesday 18 February 2014

ETIQA TAKAFUL KORPORAT


PERTANIAN 

Etiqa menyediakan perlindungan insuran dan bantuan kewangan untuk para petani sekiranya berlaku kemusnahan tumbuh-tumbuhan disebabkan oleh bencana alam, serangan haiwan dan penyakit. Ini adalah untuk menggalakkan para petani untuk mengadaptasikan cara-cara pertanian yang lebih progresif seperti penggunaan teknologi yang canggih agar dapat menstabilkan hasil pertanian walaupun berlaku permasalahan.


  1.  MOTOR                                                                                                                                                            Melindungi peserta bagi kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan dan liabiliti kepada pihak ketiga.

    Manfaat 
    Seksyen I - Kehilangan atau kerosakan 

    Peserta akan dilindungi apabila kenderaan mengalami kerosakan atau hilang dalam keadaan berikut:
    • Perlanggaran atau terbalik yang tidak disengajakan
    • Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh kerosakan teknikal 
    • Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh haus dan lusuh 
    • Kerosakan akibat hentaman oleh objek yang terjatuh dengan syarat tiada berlaku banjir, taufan, hurikan, ribut, badai, letupan gunung berapi,    gempa bumi, tanah runtuh atau lain-lain konvulsi alam semulajadi 
    • Kebakaran, letupan atau kilat 
    • Perbuatan mencuri dari rumah kediaman, pecah rumah atau kecurian 
    • Perbuatan niat jahat 
    • Dalam perjalanan (termasuk memuat atau memunggah) melalui: 
    • Jalan raya, rel, jalan air pendalaman 
    • Jalan laut lepas merentasi selat antara Pulau Pinang dan Tanah Besar

    Seksyen II - Liabiliti kepada pihak ketiga

    Kami juga akan mengendalikan bayaran jumlah yang mana peserta atau pemandu yang dibenarkan yang bertanggungjawab di sisi undang-undang termasuk kos dan perbelanjaan pihak yang menuntut bagi:

    • Kematian atau kecederaan anggota yang dialami oleh pihak ketiga 
    • Kerosakan harta benda akibat kemalangan disebabkan oleh penggunaan kenderaan Peserta

    Jenis Sijil
    • Sijil Kereta Persendirian 
    • Sijil Motorsikal 
    • Sijil Kenderaan Komersial                                                                                                                                     
  2. WANG                                                                                                                                                                         Skim Etiqa Insuran Wang disediakan untuk mengendalikan pembayaran gantirugi kepada peserta sekiranya wang peserta yang dilindungi hilang dicuri dari dalam premis perniagaannya atau semasa di dalam perjalanan dari bank ke pejabat atau sebaliknya.

    Walaupun saiz operasi perniagaan sesebuah organisasi itu agak kecil atau sederhana, adalah amat penting untuk organisasi tersebut mendapatkan perlindungan ini.

    Manfaat
    Pada asasnya sijil ini memberikan perlindungan seperti berikut:

    Seksyen A
    Kehilangan wang di dalam perjalanan dari bank ke premis perniagaannya atau sebaliknya. Jika wang untuk pembayaran gaji, perlindungan adalah sehingga selesai pembayaran gaji.

    Seksyen B
    Kehilangan wang yang disimpan di dalam peti besi atau laci yang berkunci akibat daripada kecurian atau pecah masuk.

    Seksyen C
    Kerosakan kepada peti besi atau bilik kebal akibat daripada perbuatan pecah tersebut.

    Sijil perlindungan ini juga memberikan perlindungan tambahan kemalangan diri kepada warga kerja peserta yang ditugaskan untuk membawa wang tersebut.                                                  
  3. KEBAKARAN                                                                                                                                                         Skim Etiqa Insuran Kebakaran memberikan perlindungan Takaful ke atas harta benda seperti bangunan kediaman, kedai, kompleks membeli belah, kilang perindustrian dan apa jua bentuk premis perniagaan dan juga isi kandungannya.

    Manfaat
    Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kerosakan atau kerugian kepada harta benda yang dilindungi akibat kebakaran, kilat/petir atau letupan domestik.

    Peril Bersekutu (Allied Perils)
    Perlindungan Takaful ini boleh dilanjutkan dengan sumbangan tambahan bagi melindungi kerugian atau kerosakan akibat perkara-perkara berikut:
    • Rusuhan, pemogokan dan kerosakan akibat perbuatan niat jahat
    • Kejatuhan pesawat udara dan lain-lain peralatan udara dan/atau barang-barang yang jatuh daripadanya
    • Perlanggaran ke atas bangunan atau hartabenda yang dilindungi oleh sebarang kenderaan jalanraya atau haiwan
    • Pecahan atau limpahan air tangki, peralatan atau paip-paip air di dalam bangunan yang dilindungi Ribut dan taufan
    • Gempa bumi dan letupan gunung berapi
    • Banjir
    • Gelinciran tanah dan tanah runtuh (subsidence & landslip)
    • Letupan.
    • Pemasangan peralatan elektrik
    • Pembakaran spontan
    • Kebakaran lalang/belukar
    • Kerosakan akibat pokok tumbang atau dahan atau objek daripadanya
    • Terdapat lain-lain Peril Bersekutu yang boleh dipertimbangkan oleh Syarikat.

    Sebarang penambahan Peril Bersekutu perlu mendapat Kelulusan/Kebenaran daripada Syarikat .                                                                                                                                                                             
  4. KECURIAN                                                                                                                                                            Skim Etiqa Insuran Kecurian ini memberi perlindungan Takaful kepada peserta sekiranya harta benda peserta hilang atau rosak akibat daripada kecurian atau pecah rumah.

    Sijil ini diterima pakai untuk rumah kediaman dan juga premis komersial.

    Manfaat
    Pada asasnya ianya memberikan perlindungan seperti berikut:
    • Kecurian dan/atau pecah rumah yang diikuti dengan kesan ganas yang nampak jelas untuk masuk atau keluar dari premis yang dilindungi   (premis tidak termasuk halaman, taman, varenda dan bangunan luar atau apa-apa peralatan berkaitan)
    • Kerosakan kepada premis semasa kejadian kecurian dan pecah rumah berlaku (tertakluk kepada had yang ditentukan.                                                                                                       
  5. KERUGIAN TURUTAN                                                                                                                                 Mengendalikan bayaran gantirugi berhubung kerugian disebabkan oleh sebarang kejadian yang dilindungi di bawah Skim Kebakaran yang berlaku semasa tempoh yang diinsurankan.

    Manfaat
    • Sijil perlindungan kerugian turutan ini akan hanya membayar kerugian sekiranya sijil takaful kebakaran mengesahkan yang tuntutan dibawah    takaful kebakaran adalah sah dan boleh dibayar gantirugi.

    Perlindungan takaful kerugian turutan ini hanya boleh dibeli bersama dengan takaful kebakaran. Indemnity yang diberikan adalah seperti berikut:-
    • Kerugian pendapatan/untung akibat daripada penurunan/susutan pendapatan perniagaan.
    • Pertambahan kepada kos pengeluaran akibat daripada kerugian yang dialami setelah berlakunya kebakaran atau kemusnahan yang dilindungi   oleh sijil takaful kebakaran.             
  6.  LIABILITI MAJIKAN                                                                                                                                   Skim Etiqa Insuran ini memberi perlindungan kepada para majikan terhadap sebarang tindakan undang-undang yang dikemukakan oleh pekerja-pekerja mereka bersabit dengan kecerderaan atau penyakit yang mereka alami yang berpunca daripada kelalaian atau dengan sengaja menyediakan persekitaran dan tempat kerja yang tidak mengikut peraturan dan kurang sempurna.

    Manfaat
    Sijil perlindungan ini akan membayar pampasan kepada pekerja-pekerja sekiranya:
    • Majikan adalah lalai dalam menjalankan tanggung jawab mereka
    • Majikan telah gagal memilih pekerja-pekerja yang mahir atau berpengalaman untuk menjalankan sesuatu tugas
    • Majikan telah gagal menyediakan peralatan yang sempurna dan perlu bagi menjalankan sesuatu tugas
    • Majikan gagal menyediakan satu tempat kerja yang sempurna dan selamat
    • Majikan telah gagal menyediakan satu jadual kerja yang teratur dan selamat.                              
  7. LIABILITI AWAM                                                                                                                                          Skim Etiqa Insuran ini memberikan pampasan/gantirugi kepada Peserta bagi sebarang pembayaran yang dipertanggungjawabkan (legal liability) kerana kemalangan yang menyebabkan kecederaan tubuh badan atau kerosakan harta benda pihak ketiga semasa menguruskan aktiviti perniagaan.

    Manfaat
    • Kecederaan akibat daripada sesuatu kemalangan kepada seseorang yang bukan ahli keluarga peserta atau pun pekerja-pekerja   peserta.
    • Kerosakan kepada harta benda yang bukan kepunyaan peserta, ahli keluarga peserta dan juga pekerja-pekerja peserta.
    • Bayaran guaman yang dikenakan semasa membuat tindakan mahkamah didalam mempertahankan tindakan keatas peserta dengan   persetujuan bertulis dari syarikat.         
  8. MARIN                                                                                                                                                                      Skim Etiqa Insuran Marin Kargo memberikan perlindungan kepada barangan yang dihantar melalui pengangkutan laut, darat atau udara atau kombinasi ketiga-tiga pengangkutan ini.

    Risiko Marin Kargo
    Risiko Marin Kargo Berikut adalah risiko yang berkaitan dengan pengangkutan kargo
    1. Kemalangan kepada pengangkutan darat atau laut
    2. Risiko pengendalian dan penyimpanan
    3. Kebakaran tanpa disengajakan semasa perjalanan
    4. Kerosakan disebabkan faktor cuaca
    5. Risiko Pencemaran
    6. Tiada Penghantaran atau kekurangan penghantaran

    Jenis Perlindungan 
    Terdapat tiga kategori utama perlindungan tetapi perlindungan yang biasa dan memberi perlindungan yang meluas termasuk di dalam "Institute Cargo Clause (A)" 1/1/82.

    Pengecualian
    • Kerugian, kerosakan atau perbelanjaan akibat salah laku Peserta yang disengajakan
    • Kebocoran biasa, kehilangan atau isipadu biasa atau kargo dilindungi menjadi haus dan lusuh
    • Kerugian, kerosakan atau perbelanjaan berpunca daripada pembungkusan atau penyediaan yang tidak sesuai.
    • Kerugian, kerosakan atau perbelanjaan yang disebabkan oleh keadaan semulajadi item yang dilindungi
    • Kerugian, kerosakan atau perbelanjaan disebabkan oleh kelewatan, walaupun kelewatan tersebut disebabkan oleh risiko dilindungi.
    • Kerugian, kerosakan atau perbelanjaan akibat ketidaksolvenan atau pihak pemilik, pengurus atau pengendali kapal ingkar membayar hutang
    • Kerugian, kerosakan atau perbelanjaan berpunca daripada penggunaan senjata perang, pembelahan atau pelakuran bahan atom atau bahan   nuklear atau lain-lain tindak balas nuklear atau pencemaran radioaktif
    • Risiko-risiko peperangan
    • Kerugian, kerosakan atau perbelanjaan disebabkan oleh rusuhan, sekat masuk kerja atau seseorang terlibat di dalam kekacauan buruh, mogok   atau kegemparan awam
    • Kerugian, kerosakan atau perbelanjaan disebabkan oleh mana-mana pengganas atau seseorang bertindak bermotifkan politik.
    • Kerugian, kerosakan atau perbelanjaan timbul daripada tidaklayakan kapal untuk belayar atau ketidaksesuaian kapal atau pembawa, atau   ketidaksesuaian pengangkutan, kontena atau lifvan untuk membawa kargo dengan selamat dan Peserta atau wakilnya sedar mengenai      ketidaklayakan atau ketidaksesuaian tersebut pada masa kargo dimuatkan ke dalamnya.                                                                                                                                             
  9. PAMPASAN PEKERJA ASING                                                                                                                Etiqa Insuran telah dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia Malaysia sebagai salah satu panel Syarikat insurans yang menyediakan perlindungan kepada pekerja asing seperti disyaratkan di bawah Seksyen 26 (2) Skim Pampasan Pekerja 1952 (Pindaan Ogos 1996).

    Di bawah Skim ini, Kementerian telah mewajibkan agar setiap majikan dikehendaki memastikan pekerja-pekerja asing tersebut dilindungi daripada kecederaan disebabkan kemalangan atau penyakit yang berlaku semasa atau di luar waktu bekerja.

    Penentuan Sumbangan
    Wakil dinasihatkan agar menghubungi Pengunderait Syarikat bagi mendapatkan kadar sumbangan

    Pengeluaran Nota Lindung
    Sila rujuk contoh Nota Perlindungan yang dilampirkan

    Sila isikan nota perlindungan dengan segala maklumat-maklumat yang diperlukan

    Butiran-butiran penting dibawah tajuk 'Jenis Perlindungan' yang perlu diisi adalah seperti berikut:

    Jenis Perlindungan
    1. Sila nyatakan jumlah pekerja yang dilindungi.
    2. Senarai nama pekerja yang dilindungi. 


No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...