Tuesday 18 February 2014

TAKAFUL IKHLAS

Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Mobile Equipment

Takaful?

IKHLAS COMPREHENSIVE PERILS TAKAFUL (for Mobile Equipment) melindungi kerugian atau kerosakan kepada kenderaan/peralatan dan aksesori-aksesorinya dan alat gantinya disebabkan:

a) Kemalangan pertembungan atau kenderaan terbalik
b) Kebakaran
c) Pecah masuk atau kecurian.


PENGECUALIAN:-


a)
Kenderaan yang dilesenkan untuk kegunaan di jalanraya.
b)
Kerugian yang disebabkan kecacatan mekanikal, kerosakan mekanikal atau elektrikal.
c)
Kerugian atau kerosakan kepada tayar kecuali kenderaan juga mengalami kerosakan.
d)
Kehilangan aksesori-aksesorinya dan alat-alat ganti kecuali jika kenderaan dicuri pada masa yang sama.
e)
Kerugian atau kerosakan kepada pendawaian elektrikal atau mesin-mesin disebabkan oleh atau terjadi disebabkan pemanasan sendiri akibat penggunaan berlebihan atau kebocoran elektrik dari sebarang sebab.

HARTA-BENDA YANG BOLEH DILINDUNGI DI BAWAH TAKAFUL PERALATAN.

Semua kenderaan yang tidak dilesenkan untuk kegunaan di jalanraya seperti traktor, jentera penggali atau mesin pengangkat (forklift). Usia kenderaan mestilah tidak melebihi 5 (lima) tahun.

ASAS INDEMNITI

Jumlah yang dilindungi boleh diatur ke atas nilai penggantian.


SUMBANGAN MINIMUM
RM 100.00 setiap sijil

________________________________________________________________________________

IKHLAS Electronic Equipment Takaful

Takaful ini memberi perlindungan kepada peralatan elektronik seperti komputer dan alat-alat perantinya disebabkan oleh kejadian tidak diduga atau kerugian fizikal secara mengejut atau kerosakan yang diakibatkan oleh lain-lain sebab selain daripada sebab-sebab yang dikecualikan secara spesifik oleh sijil. Ia juga akan membayar ganti rugi ke atas kerugian atau kerosakan kepada data media luaran termasuk maklumat yang disimpan yang boleh diproses secara langsung di dalam sistem EDP. Selain daripada itu ia juga memberi perlindungan kepada perbelanjaan tambahan yang dikenakan ke atas penggunaan peralatan gantian EDP semasa dalam tempoh gangguan.

SKOP PERLINDUNGAN

Seksyen I - Kerosakan Material

Di bawah seksyen ini, Syarikat bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada item-item yang dilindungi yang mengalami sebarang kejadian tidak diduga atau kerugian fizikal secara mengejut atau kerosakan yang diakibatkan oleh mana-mana sebab selain daripada sebab-sebab yang dikecualikan secara spesifik dan terjadi semasa tempoh sijil.

(Seksyen 2 - Data Media Luaran)

Di bawah Seksyen 2 Syarikat juga bersetuju jika data media luaran termasuk maklumat yang disimpan yang boleh diproses secara langsung di dalam sistem EDP mengalami sebarang kerosakan material dijamin ganti rugi di bawah Seksyen 1 Sijil ini, Syarikat akan membayar ganti rugi berkaitan kerugian atau kerosakan dengan syarat yang data media tersebut disimpan di dalam premis.


Seksyen 3 - Peningkatan Kos Bekerja

Syarikat akan membayar ganti rugi kepada Peserta untuk sebarang perbelanjaan tambahan  yang dikenakan ke atas penggunaan peralatan gantian EDP yang tidak dilindungi di bawah Sijil ini setakat satu jumlah yang telah dipersetujui

________________________________________________________________________________

IKHLAS PLATE GLASS TAKAFUL memberi perlindungan ke atas pemecahan (tidak termasuk kerosakan oleh calaran) mana-mana item kaca yang dinyatakan secara khusus (termasuk mana-mana tulisan, penghiasan ke atasnya, jika dimasukkan). Ia membayar atau menambahbaik nilai intrinsik kaca, termasuk mana-mana peningkatan kos-kos mustahak kerana kelewatan penggantiannya.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Plate Glass 

Takaful?

a)

Penggantian kaca di dalam premis-premis dan dinyatakan secara spesifik di dalam jadual akibat daripada pemecahan kaca tersebut.

b)

Peningkatan kos –kos mustahak kerana kelewatan penggantiannya.


PENGECUALIAN

a)Pemecahan yang diakibatkan oleh Kebakaran, Gempa Bumi, Peperangan, Mogok, Rusuhan dan Kegemparan Awam.
b)Pemecahan terjadi semasa pemindahan atau pengubahan premis-premis.
c)Sebarang kesalah-terangan mengenai kaca.
d)

Kerosakan kepada rangka-rangka atau ke atas rangka kerja mana-mana deskripsi.

___________________________________________________________________________________________________

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Workmen 

Compensation Takaful?


IKHLAS WORKMEN’S COMPENSATION TAKAFUL menggantirugi Peserta berkenaan dengan liabiliti perundangan ke atasnya:-


1.Untuk membayar gantirugi di bawah Ordinan Pampasan Pekerja kepada semua pekerja iaitu “orang yang bekerja/pekerja” dan yang berkaitan dengan kematian atau kecederaan yang diakibatkan oleh kemalangan oleh penyakit-penyakit pekerjaan yang terjadi semasa dalam tempoh bekerja.
2.Di bawah Perundangan Awam – jika pekerja memilih untuk menuntut pampasan di mahkamah daripada mengguna-pakai Ordinan Pampasan Pekerja, liabiliti syarikat di bawah Perundangan Awam adalah tertakluk kepada had minimum sebanyak RM1,000,000.00.

PENGECUALIAN

1.Risiko-risiko peperangan dan perbalahan saudara.
2.Liabiliti kepada para pekerja kontraktor-kontraktor kepada Peserta.
3.Mana-mana pekerja yang bukan “orang yang bekerja/pekerja” dalam lingkungan maksud di bawah Ordinan.
4.Sebarang liabiliti berkontrak.
5.Jumlah wang dimana peserta mempunyai hak untuk mendapatkannya dengan syarat perjanjian telah dibuat antara peserta dan pihak tersebut.
6.Sebarang liabiliti ke atas – pencemaran radioaktiviti atau bahan-bahan senjata nuklear.

 

 

Nota pengecualian:Maklumat ini bukan merupakan satu kontrak. Sila rujuk kontrak asal untuk butiran penuh.

___________________________________________________________________

Para pekerja yang tidak dilindungi oleh Skim SOCSO berhak untuk menfailkan saman terhadap majikan mereka di bawah akta perundangan pampasan umum sekiranya mereka tercedera atau mengalami kecederaaan teruk yang boleh membawa maut akibat kemalangan semasa dalam tempoh pekerjaan. Bila majikan didapati lalai di dalam mengambil tindakan di mana kelalaian tersebut menyumbang kepada berlakunya kemalangan, mereka boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar kerugian.


Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Employers 

Liability (Liabiliti Majikan) Takaful?


IKHLAS EMPOYERS LIABILITY TAKAFUL melindungi perkara-perkara berikut:-
a)Untuk melindungi/menggantirugi peserta (majikan) bila dikehendaki untuk membayar kepada kerosakan.
b)Untuk membayar kos – kos pembelaan perundangan yang dikenakan semasa tuntutan-tuntutan pembelaan.

PENGECUALIAN

a)Pengecualian peperangan, pemberontakan, revolusi.
b)Liabiliti peserta kepada pekerja-pekerja kontraktor atau sub-kontraktor.
c)Kecederaan yang dialami di luar kawasan geografi.

_______________________________________________________________

IKHLAS NIAGA TAKAFUL direka untuk memberi perlindungan komprehensif bukan sahaja kepada industri kecil sederhana (SMI) dan pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana (SME), termasuklah rumah kedai dan pejabat-pejabat, peruncit dan pemborong juga klinik-klinik, hotel-hotel, dan rumah-rumah tumpangan. Pelan yang unik ini menawarkan flesksibiliti dan direka khusus untuk memberi perlindungan berdasarkan keperluan spesifik pemilik-pemilik perniagaan persendirian.


Apakah yang diltawarkan oleh IKHLAS Niaga 

Takaful?

Ia memberi perlindungan yang luas dan manfaat-manfaat yang direka untuk memberi perlindungan maksimum kepada perniagan berlainan sektor.

IKHLAS OfficeNIAGA - for untuk pejabat-pejabat dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang serupa.

IKHLAS RetailNIAGA - Untuk SMI dan SME, pemborong-pemborong dan peruncit-peruncit, bengkel-bengkel dan kontraktor-kontraktor.

IKHLAS ComercialNIAGA - Untuk hotel-hotel, tempat -tempat percutian dan rumah-rumah tetamu.

IKHLAS ClinicNIAGA - Untuk klinik-klinik/pusat pembedahan doktor-doktor dan doktor-doktor gigi.


________________________________________________________________


IKHLAS Machinery Breakdown Takaful

Sijil 'Standard Machinery Breakdown' Takaful membayar gantirugi berikutan dari kerosakan tidak diduga dan kerosakan mengejut ke atas peralatan jentera para peserta ketika sedang beroperasi, semasa direhatkan, semasa pembersihan, pemeriksaan , pembaikpulihan atau pemindahan ke lain-lain lokasi di dalam premis. Kerosakan tidak diduga dan kerosakan mengejut termasuk juga kerosakan kepada peralatan jentera peserta disebabkan oleh:-

1.Kerosakan bahan, reka bentuk, pembinaan dan pemasangan.
2.Getaran, ketidaksesuaian, ketidaksejajaran.
3.Kerosakan pelinciran, kelonggaran alat ganti, tekanan luarbiasa, kelemahan molekul, pembahangan sendiri dan tekanan emparan.
4.Tekanan elektrik yang berlebihan sama ada disebabkan oleh atmosfera elektrik atau sebaliknya.
5.Kegagalan penebat, litar pintas, litar terbuka atau cas elektrik diantara mesin.
6.Kegagalan mesin penyambungan atau peralatan kawalan.
7.Kurang kemahiran, kecuaian atau perbuatan kianat seseorang samada digaji oleh peserta atau tidak.
8.Kerosakan disebabkan terjatuh, pukulan kuat, pelanggaran dan kerosakan seumpamanya.
9.Petir dan ribut, halangan atau kerosakan yang disebabkan oleh sumber-sumber luar.

Oleh itu, perlindungan utama bagi takaful ini ialah kerosakan elektrik dan mekanikal dan kerosakan akibat kemalangan yang disebabkan unsur-unsur luar
.

________________________________________________________________________________________________

IKHLAS Marine Cargo Takaful


Insurans Marin sangat signifikan dalam perdagangan maritim sejak 300 tahun lalu. Namun kebanyakan terminologi asal yang lama kini mula hilang dengan pengenalan polisi Marin Semua Risiko (MAR) pada 1.1.82. Perdagangan maritim sebahagian besarnya merupakan perdagangan luar negara dan kita mesti bersedia untuk mengintrepretasikan kontrak penjualan, kontrak pengangkutan atau kontrak Insurans Marin dengan cara lebih elastik berbanding dengan perdagangan dalam negara.


Maklumat lanjut klik sini.

__________________________________________________________________


IKHLAS Boiler & Pressure Takaful

Skop Perlindungan

Perlindungan termasuk:

1.Kerosakan (selain daripada kebakaran) kepada mana-mana dandang atau tekanan vesel yang dinyatakan di dalam jadual.
2.Kerosakan kepada facet tambahan atau bangunan-bangunan di sekeliling, jentera-jentera dan harta-benda lain milik Peserta.
3.Liabiliti kerana kerosakan kepada harta-benda yang bukan dimiliki oleh Peserta.
4.Liabiliti kepada pihak ketiga kerana kemalangan membawa maut (fatal) atau kecederaan diri tidak membawa maut (non fatal personal injuries) yang disebabkan semata-mata kerana letupan atau runtuhan mana-mana dandang atau tekanan vesel semasa menjalankan kerja-kerja biasa.

Jenis-Jenis Jentera Yang Dilindungi

Antara jentera-jentera yang dilindungi di bawah takaful ini adalah :-
  • Dandang Wap Dandang pemanas air panas, alat pemanas dan radiator
  • "Economizers" ( alat penjimatan)
  • Pemanas berkuasa tinggi
  • Wap/Paip penyalur
  • Vesel Tekanan Wap
  • Kawah bertutup dan lain-lain vesel menggunakan wap atau tekanan udara
  • Selinder
  • "Calorifiers"
  • Mesin Penghancur (Digesters )
  • Penyedut Udara
  • Minyak Pra- Pemanas (Oil Pre-heaters)
  • Oven Wap Steam Presses
  • Mesin-mesin Wap
  • "Autoclaves"
_______________________________________________________________________________________________



Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS FWCS?


IKHLAS FWCS menyediakan manfaat berikut kepada pekerja asing:-


Seksyen 1 - Manfaat Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal
Manfaat seperti yang disediakan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952:-
Manfaat Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal sehingga RM25,000.00 disebabkan oleh kemalangan ketika waktu bekerja.

Seksyen 2 - Perbelanjaan Penghantaran Balik
Perbelanjaan Penghantaran Balik sehingga RM4,800.00 merangkumi kos penghantaran balik pekerja asing ke negara asal disebabkan Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal.

Seksyen 3 - Kemalangan Peribadi (di luar waktu bekerja) 

a)Kematian atau Kehilangan Upaya Kekal sehingga RM23,000.00
b)Kehilangan Upaya Separa Kekal - mengikut jadual Hilang Upaya Kekal di bawah Jadual Pertama Akta
c)Hilang Upaya Sementara
d)Perbelanjaan Perubatan

_______________________________________________________________

IKHLAS Erection All Risks

Takaful ini memberi perlindungan ke atas risiko yang terlibat dalam pembinaan loji/kilang, struktur-struktur jentera dan besi dan seumpamanya. Ia juga memberi perlindungan ke atas tuntutan-tuntuan pihak ketiga yang berkaitan dengan kerosakan harta-benda atau kecederaan tubuh badan yang diakibatkan oleh kerja-kerja berkaitan mendirikan bangunan.

Maklumat lanjut klik sini.




No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...