Monday 17 February 2014

LAIN-LAIN PRODUK TAKAFUL IKHLAS



IKHLAS FIRE direka khusus untuk menyediakan perlindungan yang menyeluruh kepada harta KEDIAMAN dan PERDAGANGAN (termasuk strukturnya) terhadap pelbagai bencana. Kami pastikan anda beroleh ketenangan fikiran kerana harta anda yang berharga, terjamin dilindungi.


Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Fire?


IKHLAS FIRE menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan harta yang berpunca daripada kebakaran dan kilat.


Faedah Pilihan


Faedah berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-


• Petir 
• Letupan
• Kerosakan akibat impak pesawat udara
• Kerosakan impak
• Kerosakan yang disebabkan air
• Hurikan, siklon, taufan, ribut
• Gempa bumi dan letusan gunung berapi
• Banjir


_______________________________________________________________________________



Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS 

Houseowner/Householder?


IKHLAS Houseowner/HouseHolder direka untuk melindungi harta anda terhadap bencana berikut:-
  • Kebakaran
  • Kilat
  • Letupan
  • Kerosakan Pesawat Udara
  • Kerosakan Impak
  • tangki air pecah atau melimpah
  • Kecurian (masuk secara paksaan sahaja)
  • Hurikan, siklon, taufan, ribut
  • Gempa bumi dan letusan gunung berapi
  • Banjir
  • Hilang sewaan (tidak melebihi 10% daripada jumlah perlindungan)
  • Tanggungan Awam Peribadi


Sijil Ikhlas Houseowner

Pelan takaful ini melindungi BANGUNAN kediaman anda daripada kerugian atau kerosakan akibat ketidaktentuan No. 1 hingga 12 tersenarai di atas.


Sijil Ikhlas Householder

Pelan Takaful ini memberi perlindungan ke atas isi rumah kediaman anda seperti perabot, kemasan, barangan rumah, peralatan rumah dan lain-lain peralatan, set televisyen dan radio, dan lain-lain peralatan yang serupa, pakaian, barangan persendirian dan barang-barang kemas.
Ia juga melindungi ketidaktentuan yang sama di bawah Sijil Houseowner (item 1 hingga 12), TERMASUK perlindungan tambahan terhadap:
  • Pemecahan cermin ( selain daripada cermin tangan terhad kepada harga RM500 sekeping pada sebarang kejadian) semasa di dalam rumah anda
  • Pampasan ke atas kematian peserta
  • Harta milik pembantu rumah
______________________________________________________________________



Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS 

Personal Accident?

  • Kematian
  • Kehilangan Upaya Kekal
  • Kehilangan Upaya Menyeluruh Sementara
  • Kehilangan Upaya Separa dan Sementara
  • Perbelanjaan Perubatan
  • Perbelanjaan Pengkebumian
Pengecualian Am
  • Peperangan, pencerobohan kuasa luar, perseteruan dan operasi peperangan seumpamanya
  • Tindakan pengganas
  • Peralatan senjata nuklear
  • Menaiki atau menuruni pesawat
  • Sukan professional Kerja-kerja perkayuan menggunakan mesin kuasa mekanikal
  • Dadah atau alkohol
  • Sebarang jenis penyakit, hamil atau melahirkan anak atau kecacatan sedia ada atau tidak sihat, tidak siuman, membunuh diri atau niat mencederakan diri sendiri
  • Provoked murder or assault
  • Hasutan membunuh atau serangan
  • AIDS atau penyakit yang berkaitan dengan AIDS.

Takaful IKHLAS menawarkan kedua-dua Pelan Perlindungan Kemalangan Individu dan Kemalangan Diri Berkumpulan.


______________________________________________________________________________

IKHLAS PERDANA PA mampu menjamin ketenteraman minda anda. Skim Takaful ini memberikan perlindungan kepada diri anda dan keluarga sekiranya berlaku kematian atau kecederaan akibat kemalangan, walau di mana juga anda berada di seluruh dunia.


Pelan IKHLAS PERDANA PA juga direkacipta bagi membantu
meminimumkan kos rawatan harian di hospital selain perbelanjaan pengkebumian.

Ia menawarkan tiga pelan pilihan. Anda hanya perlu memilih pelan yang diinginkan dan sebaik sahaja sumbangan dibayar, anda akan dilindungi dengan serta-merta.


Produk ini menawarkan 3 jenis pelan seperti berikut:

Pelan 1 - Diri Sendiri
Pelan 2 - Diri Serta Pasangan
Pelan 3 - Keluarga
Kematian Disebabkan Kemalangan (Hilang Upaya Kekal Dan Menyeluruh) :
RM 20,000.00
RM 30,000;
Isteri RM 10,000
RM 30,000.00;
Isteri RM 10,000.00
Anak: RM2,000 Setiap Seorang
Perbelanjaan Pengkebumian Akibat Kematian Mengejut:
RM 500.00
RM 500.00;
Isteri RM 500.00
RM 500.00;
Isteri RM 500.00
Anak : RM300.00 Setiap Seorang
Faedah Harian Hospital:
(Hingga 30 Hari & Tidak Termasuk Hari Pertama)
RM 30.00
RM 50.00;
Isteri RM 20.00
RM 50.00;
Isteri RM 20.00
Anak: RM10.00 Setiap Seorang
Sumbangan Setahun
RM 30.00
RM 60.00
RM 63.00

Kelayakan Umur kelayakan : 1 - 65 tahun pada hari jadi berikutnya

Tempoh Perlindungan Tahunan

______________________________________________________________________________


Pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku ketika di dalam perjalanan, walaupun perancangan teliti dan terperinci telah dibuat sebelum memulakan langkah ke destinasi yang dituju. Oleh yang demikian, pakej perlindungan kewangan yang boleh memberi manfaat adalah diperlukan bagi membantu seseorang pengembara ketika berlakunya perkara yang tidak diingini.


Bagi memenuhi keperluan ini, Takaful IKHLAS menawarkan pakej perlindungan selama 24 jam di serata dunia, iaitu IKHLAS KEMBARA TAKAFUL di samping membayar ganti rugi terhadap musibah yang tidak diduga.


Jadual Manfaat

Manfaat
Pelan A (RM)
Pelan B (RM)
* Kematian Atau Hilang Upaya Kekal Menyeluruh Akibat Kemalangan
10,000.00
20,000.00
Bantuan Segera Perbelanjaan Pengkebumian
500.00
1,000.00
Pembatalan Atau Pemendekkan Perjalanan
1,000.00
2,000.00
Perlindungan Bagasi
1,000.00 With Limit Of 200.00 Per Item
2,000.00 With Limit Of 400.00 Per Item
Perbelanjaan Perubatan
1,000.00
2,000.00
Perbelanjaan Hospital
2,500.00
5,000.00
Liabiliti Persendirian
50,000.00
100,000.00

Jadual Sumbangan (RM)

Jangka Masa
(Hari)
Malaysia, Negara – Negara ASEAN
Dan Saudi Arabia
Negara – Negara Lain
Pelan
A
Pelan
B
Pelan
A
Pelan
B
1 To 5
3.00
5.00
4.00
6.00
6 To 10
6.00
10.00
8.00
12.00
11 To 18
10.00
16.00
13.00
17.00
19 To 31
15.00
20.00
18.00
23.00
Setiap Minggu Berikutnya Sehingga Tempoh Maksimum 180 Hari
3.00
5.00
4.00
6.00

Dengan IKHLAS KEMBARA TAKAFUL, seseorang mengembara ke mana sahaja dengan fikiran yang tenang.

_____________________________________________________________________


Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Public Liability

Plan?

IKHLAS PUBLIC LIABILITY TAKAFUL melindungi liaibiliti perundangan ke atas peserta akibat kerosakan atau gantirugi dan kos yang berhubung dengan:-

i)
Kecederaan tubuh badan/penyakit dan/atau/kerugian atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga.
ii)
Akibat kemalangan dan terjadi disebabkan oleh urusan perniagaan peserta yang berada di dalam had zon seperti ditetapkan di dalam sijil.

PENGECUALIAN-PENGECUALIAN

a)
Harta-benda yang dimiliki oleh atau di bawah jagaan peserta
b)
Para pekerja peserta
c)
Kerugian yang disebabkan oleh pencemaran
d)
Liabiliti Berkontrak seperti liabiliti tertanggung oleh peserta di bawah perjanjian
e)
Kerugian yang disebabkan oleh getaran/ kelemahan fungsi sokongan
f)
Kerugian yang muncul daripada kenderaan berlesen untuk kegunaan di jalanraya
g)
Kemalangan yang disebabkan oleh perlakuan yang disengajakan oleh peserta
h)
Kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana kapal, atau pesawat udara

______________________________________________________________________________

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Buglary plan?


IKHLAS BURGLARY TAKAFUL memberi perlindungan ke atas kerugian dan kerosakan harta-benda yang dilindungi akibat pecah masuk ketika berada dalam premis perniagaan atau perdagangan. Perlu terdapat tanda-tanda nyata menunjukkan kemasukan secara kekerasan di luar premis. Kerosakan kepada premis yang terjadi akibat cubaan memasuki premis oleh kejadian pecah rumah juga dilindungi di bawah pelan ini.

Nota Penting: IKHLAS Fire Takaful juga mesti disertakan dengan pelan ini untuk membolehkan kami menerima IKHLAS Burglary Takaful.

PENGECUALIAN

a)
Kerugian yang diakibatkan oleh penipuan, perlakuan tidak amanah atau perbuatan jenayah oleh peserta atau para pekerjanya.
b)
Peperangan, mogok, rusuhan, kegemparan awam dan kerosakan akibat dendam atau niat jahat.
c)
Kehilangan rekod-rekod manuskrip atau rekod perakaunan.
d)
Reaksi nuklear, kesan–kesan pencemaran atau pencemaran radioaktif.
e)
Kehilangan secara tiba-tiba, dalam penstoran atau kerugian turutan.
f)
Kerugian berlaku semasa berlaku perubahan dalam syarat-syarat risiko.
g)
Kerosakan disebabkan oleh vandalisme atau kerosakan akibat niat buruk


___________________________________________________________________


Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Money plan? 


Pada dasarnya terdapat 3 kategori utama di bawah sijil IKHLAS MONEY TAKAFUL:

a)
WANG DALAM PERJALANAN
Pelan ini menggantirugi peserta di atas kehilangan wang semasa ia dipindahkan daripada premis peserta ke bank peserta atau arah sebaliknya dengan ditemani oleh para pekerja yang diberi kuasa melakukannya.
b)
WANG DI DALAM PREMIS
Untuk menggantirugi peserta di atas kehilangan wang seperti oleh kemasukan ke premis secara paksaan dan kekerasan akibat daripada rompakan bersenjata atau rompakan dengan keganasan.
c)
KEROSAKAN PADA PREMIS
Kerosakan pada peti besi atau bilik kebal peserta akibat daripada kemasukan secara paksaan dan keganasan atau cubaan melakukannya di tempat tersebut.

PENGECUALIAN

a)
Kekurangan jumlah wang akibat kesalahan perakaunan.
b)
Perlakuan tidak amanah para pekerja, rakan-kongsi atau peserta.
c)
Pengecualian peperangan, SRCC, pemberontakan, revolusi dan sebagainya.
d)
Reaksi nuklear, radiasi nuklear atau pencemaran radioaktif.
e)
Kerugian akibat penggunaan mana-mana kunci atau kunci pendua, penyebab daripadanya, tidak kira sama ada kunci tersebut milik peserta ataupun tidak.
____________________________________________________________________________

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Fidelity Guarantee

(Jaminan Kesetiaan)?

a)

Pihak Syarikat akan bertanggungjawab membayar sebarang kerugian langsung wang ataupun harta-benda akibat perbuatan tidak amanah atau perlakuan jenayah yang dilakukan oleh mana-mana pekerja, peserta semasa mereka bertugas.

b)

Di bawah perlindungan ini kerugian hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 6 (enam) bulan daripada tarikh penamatan perjanjian ini atau tidak lewat daripada 6 (enam) bulan selepas kematian atau pemberhentian atau persaraan pekerja yang didapati bersalah.

c)

Mana-mana yang akan berlaku terlebih dahulu

PENGECUALIAN

a)
Sebarang salah pernyataan mengenai fakta yang menyebabkan berlakunya risiko semasa menguatkuasakan perjanjian ini.
b)
Pemeriksaan untuk memastikan ketepatan akaun dan pembatasan amaun wang yang boleh diterima atau diamanahkan kepada mana-mana pekerja tidak diperhatikan secara sepatutnya oleh Peserta.
c)
Sebarang perubahan dalam perihal-perihal dan keadaan-keadaan pengambilan pekerja ke jawatan tersebut tanpa kebenaran daripada pihak syarikat.

Peserta masih terus mengamanahkan mana-mana pekerja dengan wang atau apa-apapun selepas mengetahui perlakuan tidak amanah yang pernah dilakukan oleh pekerja tersebut.


___________________________________________________________________

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Peril

Komprehensif Takaful?


IKHLAS COMPREHENSIVE PERILS TAKAFUL melindungi kerugian, kerosakan atau kemusnahan kepada harta-benda akibat sebarang kemalangan, kebakaran, kecurian atau lain-lain malapetaka yang yang tidak dikecualikan secara spesifik.

Harta-benda seperti peralatan pejabat, komputer-komputer peribadi dan peralatan elektronik yang disewa-beli atau dipajak juga akan dilindungi di bawah seksyen ini.

PENGECUALIAN

a)
Kerugian-kerugian yang tidak dapat dielakkan seperti yang pasti akan berlaku samada berlaku kerugian atau tidak seperti haus dan usang, susut-nilai, berkulat, bercalar dan kemik atau lekuk.
b)
Kerugian yang berkaitan akibat mana-mana proses pembersihan, mencelup warna dan membaiki.
c)
Kerugian yang diakibatkan oleh kekusutan mekanikal atau elektrikal.
d)
Pemecahan benda-benda yang telah rapuh atau getas, jam tangan kecuali yang disebabkan oleh kebakaran atau kecurian
e)
Sebarang kerugian turutan contohnya, kerugian penggunaan/pendapatan kerana harta-benda yang dilindungi telah rosak.
f)
Dokumen-dokumen bernilai – saham, bon, wang syiling, setem, barangan antik, hasil-hasil seni, ukiran, benda lama yang berharga/benda aneh yang menarik.

HARTA-BENDA YANG BOLEH DILINDUNGI DI BAWAH PELAN INI ADALAH


a)
Peralatan pejabat, perabut, lekapan dan lengkapan seperti mesin taip, mesin faks, mesin teleks, penghawa dingin, meja, kerusi.
b)
Barangan rumah dan barangan berharga.
c)
Telefon bimbit.


_________________________________________________________________



No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...