Friday 24 August 2018


Apa Itu Insurans?

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Tempoh Atau Berlakunya Kerugian Mesti Pasti.
Kadar kerugian mestilah boleh dijangka, agar dapat menetapkan premium (harga) yang menjamin serta mampu menganggar risiko dengan tepat. Sekiranya perlindungan itu unik, pemegang insuran akan membayar premium tinggi yang lebih seimbang.

Kerugian mesti boleh dijangka pada tahap makro.
Pengeluar insurans perlu tahu berapa banyak mereka perlu bayar apabila kejadian yang dilindung berlaku. Kebanyakan jenis insuran mempunyai tahap maksima bayaran, tetapi bukan semuanya ada, terutama insurans kesihatan.

Kerugian Mestilah Banyak
Prinsip perundangan De minimis menetapkan bahawa perkara remeh tidak dilindungi. Tambahan lagi, pengambil insuran yang rational (rational insurance) menggunakan insuran sedia ada apabila kos transaksi menetapkan bahawa mengisi tuntutan adalah tidak masuk akal.

Kerugian mestilah bukannya melapetaka
Sekiranya pengeluar insuran muflis (insolvent), ia tidak akan mampu membuat pembayaran kepada pengambil insuran. Di Amerika Syarikat, terdapat sistem Jaminan Dana yang kurang diketahui ramai untuk melindungi mereka yang syarikat insuran telah menjadi muflis. Program ini dijendalikan oleh National Association of Insurance Commissioners (NAIC).

Jaminan Gani Rugi
Sebarang entiti yang cuba mengalih risiko (perseorangan, korporat atau sebarang bentuk persatuan) menjadi pihak 'pengambil insurans' sebaik sahaja risiko diambil alih oleh 'pengeluar insuran -insurer', pihak pembeli insuran menurut kontrak, ditakrifkan sebagai 'polisi' insuran. Kontrak perundangan ini menyatakan syarat dan terma (terms and conditions) menyatakan jumlah perlindungan (ganti rugi) yang akan diberikan kepada pembeli insuran, oleh pengeluar insuran sebaik sahaja menanggung risiko, sekiranya berlaku kerugian, dan kesemua bencana yang dilindungi (jaminan dan ganti rugi), bagi tempoh kontrak.
Apabila pihak pembeli insuran mengalami kerugian bagi bencana khusus, yang jaminan tersebut memberi hak kepada pemegang polisi bagi membuat 'tuntutan' terhadap pemberi insuran bagi jumlah yang ditetapkan oleh kontrak polisi. 'Yuran' yang dibayar oleh pembeli insuran kepada pemberi insuran bagi menangung risiko dikenali sebagai 'premium'. Premium insuran adalah daripada pelanggan yang digunakan bagi membiayai akaun dana yang diketepikan bagi pembayaran tuntutan akan datang - secara teori bagi sejumlah kecil penuntut - dan bagi kos ‘overhead’. Selagi pembekal insuran mengekalkan dana mencukupi yang diketepikan bagi kerugian yang dijangkakan, perbezaan baki menjadi untung mereka.

Sumber :





MARKET VALUE VS AGREE VALUE



Apakah Nilai Pasaran?
Jika anda menginsuranskan kereta anda pada Nilai Pasaran, bermakna ianya diinsuranskan pada nilai terkini ‘di pasaran’. Nilai ini ditentukan oleh sistem penilaian yang diluluskan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Jika Nilai Pasaran tersebut berubah selepas beberapa bulan, nilai dalam insurans anda juga berubah.

Katakan anda menginsuranskan Perodua Myvi berusia 10 tahun pada Nilai Pasaran. Ketika insurans dibeli, ianya bernilai RM15,000. Tetapi ketika anda kemukakan tuntutan insurans, ianya hanya bernilai RM12,000 sahaja. Maka, itulah jumlah yang anda akan terima jika kereta anda yang tidak dapat dibaiki lagi, ataupun dicuri.

Nilai Pasaran turun seiring dengan susut nilai. Jadi semakin tua kenderaan anda, semakin kurang tuntutan yang anda akan dapat.

Apakah Nilai yang Dipersetujui?




Nilai yang Dipersetujui adalah amaun yang anda dan pihak insurans bersetuju untuk kereta anda. Nilai ini biasanya lebih tinggi dari Nilai Pasaran dan mungkin berbeza antara syarikat insurans yang lain.

Jika anda mengambil insurans pada Nilai yang Dipersetujui, syarikat insurans akan membayar tuntutan sebanyak yang dijanjikan tanpa menghiraukan susut nilai kenderaan anda.

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...