Apa
Itu Insurans?
Insurans adalah pemindahan
risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti
syarikat anda kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali
sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda
dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau
kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.
Tempoh
Atau Berlakunya Kerugian Mesti Pasti.
Kadar kerugian mestilah
boleh dijangka, agar dapat menetapkan premium (harga) yang menjamin serta mampu
menganggar risiko dengan tepat. Sekiranya perlindungan itu unik, pemegang insuran
akan membayar premium tinggi yang lebih seimbang.
Kerugian
mesti boleh dijangka pada tahap makro.
Pengeluar insurans perlu
tahu berapa banyak mereka perlu bayar apabila kejadian yang dilindung berlaku.
Kebanyakan jenis insuran mempunyai tahap maksima bayaran, tetapi bukan semuanya
ada, terutama insurans kesihatan.
Kerugian
Mestilah Banyak
Prinsip perundangan De minimis menetapkan
bahawa perkara remeh tidak dilindungi. Tambahan lagi, pengambil insuran yang
rational (rational insurance) menggunakan insuran sedia ada apabila kos
transaksi menetapkan bahawa mengisi tuntutan adalah tidak masuk akal.
Kerugian
mestilah bukannya melapetaka
Sekiranya pengeluar
insuran muflis (insolvent), ia tidak akan mampu membuat pembayaran
kepada pengambil insuran. Di Amerika Syarikat, terdapat sistem Jaminan Dana
yang kurang diketahui ramai untuk melindungi mereka yang syarikat insuran telah
menjadi muflis. Program ini dijendalikan oleh National Association of Insurance
Commissioners (NAIC).
Jaminan
Gani Rugi
Sebarang entiti yang cuba
mengalih risiko (perseorangan, korporat atau sebarang bentuk persatuan) menjadi
pihak 'pengambil insurans' sebaik sahaja risiko diambil alih oleh 'pengeluar
insuran -insurer', pihak pembeli insuran menurut kontrak, ditakrifkan sebagai
'polisi' insuran. Kontrak perundangan ini menyatakan syarat dan terma (terms
and conditions) menyatakan jumlah perlindungan (ganti rugi) yang akan
diberikan kepada pembeli insuran, oleh pengeluar insuran sebaik sahaja
menanggung risiko, sekiranya berlaku kerugian, dan kesemua bencana yang
dilindungi (jaminan dan ganti rugi), bagi tempoh kontrak.
Apabila pihak pembeli
insuran mengalami kerugian bagi bencana khusus, yang jaminan tersebut memberi
hak kepada pemegang polisi bagi membuat 'tuntutan' terhadap pemberi insuran
bagi jumlah yang ditetapkan oleh kontrak polisi. 'Yuran' yang dibayar oleh pembeli
insuran kepada pemberi insuran bagi menangung risiko dikenali sebagai
'premium'. Premium insuran adalah daripada pelanggan yang digunakan bagi
membiayai akaun dana yang diketepikan bagi pembayaran tuntutan akan datang -
secara teori bagi sejumlah kecil penuntut - dan bagi kos ‘overhead’. Selagi
pembekal insuran mengekalkan dana mencukupi yang diketepikan bagi kerugian yang
dijangkakan, perbezaan baki menjadi untung mereka.
Sumber :
No comments:
Post a Comment