Friday 24 August 2018

MARKET VALUE VS AGREE VALUE



Apakah Nilai Pasaran?
Jika anda menginsuranskan kereta anda pada Nilai Pasaran, bermakna ianya diinsuranskan pada nilai terkini ‘di pasaran’. Nilai ini ditentukan oleh sistem penilaian yang diluluskan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Jika Nilai Pasaran tersebut berubah selepas beberapa bulan, nilai dalam insurans anda juga berubah.

Katakan anda menginsuranskan Perodua Myvi berusia 10 tahun pada Nilai Pasaran. Ketika insurans dibeli, ianya bernilai RM15,000. Tetapi ketika anda kemukakan tuntutan insurans, ianya hanya bernilai RM12,000 sahaja. Maka, itulah jumlah yang anda akan terima jika kereta anda yang tidak dapat dibaiki lagi, ataupun dicuri.

Nilai Pasaran turun seiring dengan susut nilai. Jadi semakin tua kenderaan anda, semakin kurang tuntutan yang anda akan dapat.

Apakah Nilai yang Dipersetujui?




Nilai yang Dipersetujui adalah amaun yang anda dan pihak insurans bersetuju untuk kereta anda. Nilai ini biasanya lebih tinggi dari Nilai Pasaran dan mungkin berbeza antara syarikat insurans yang lain.

Jika anda mengambil insurans pada Nilai yang Dipersetujui, syarikat insurans akan membayar tuntutan sebanyak yang dijanjikan tanpa menghiraukan susut nilai kenderaan anda.

No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...