Tuesday 11 September 2018


JENIS-JENIS POLISI INSURANS KENDERAAN BERMOTOR DI MALAYSIA


Kebanyakan kita sudah terbiasa dengan insurans motor kerana ianya adalah perkara wajib dibeli jika ingin membeli kenderaan. Apabila anda membeli kenderaan bermotor anda diwajibkan membeli bersama insurans motor. Hal ini kerana insurans motor sama ada motorsikal, kereta, lori dan bas bertujuan untuk melindungi kenderaan anda dari kehilangan atau kerosakan akibat kemalangan.
Umumnya terdapat tiga jenis polisi insurans motor yang selalunya di tawarkan tetapi terma dan syarat mungkin terdapat perbezaan mengikut syarikat insurans. Antara polisi tersebut ialah: 

  • Polisi komprehensif.
  •  Polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.
  •  Polisi pihak ketiga.



POLISI KOMPREHENSIF.

Polisi ini adalah polisi perlindungan yang paling menyeluruh. Di negara kita jika anda membeli kenderaan baru dan membuat pinjaman dengan bank, anda di wajibkan mengambil polisi jenis ini.
Polisi ini melindungi anda dari menanggung kerugian kenderaan akibat kemalangan, kehilangan atau kerosakan kenderaan anda.


Sebagai contoh, anda membeli kenderaan baru atau kenderaan mewah, jika berlakunya kerosakan akibat kemalangan, kos untuk memperbaiki kenderaan tersebut semestinya agak mahal. Dalam kes ini, pihak insurans akan membantu anda untuk membaik pulih kenderaan anda.


Anda mungkin tidak memerlukan polisi ini jika,

  • Kenderaan anda sudah lama (tua) dan anda tidak kisah jika berlaku calar atau kemek kepada kenederaan anda.
  •  Anda memiliki kenderaan yang lebih murah dan kos untuk membaikinya tidak terlalu tinggi.




POLISI PIHAK KETIGA, KEBAKARAN DAN KECURIAN

Polisi ini lebih murah dari polisi komprehensif . Polisi ini melindungi kenderaan anda dari risiko kerugian akibat kemalangan, kenderaan dicuri atau kebakaran kenderaan secara tidak sengaja.
Jika anda membeli polisi ini , anda boleh membuat tuntutan jika kenderaan anda mengalami kerugian di sebabkan cubaan untuk mencuri. Contohnya, pintu kenderaan anda diumpil atau cermin tingkap kereta anda dipecahkan, anda berhak membuat tuntutan ke atas kerosakan ini.


Begitu juga jika kenderaan anda terbakar tanpa sengaja, anda berhak membuat tuntutan akibat kebakaran kenderaan anda.


Namun, polisi ini tidak menanggung kerugian untuk kenderaan anda jika berlaku kerosakan akibat kemalangan. Jika berlaku kemalangan polisi ini hanya melindungi kenderaan yang terlibat dan mangsa yang terlibat.



POLISI PIHAK KETIGA

Polisi ini merupakan polisi yang melindungi anda daripada sebarang kemalangan dan kerosakan yang berlaku kepada orang lain dan kenderaan mereka. Perlindungan polisi ini adalah terhad maka bayaran premiumnya adalah terendah berbanding polisi lain.


Di Malaysia, setiap kenderaan bermotor di wajibkan sekurang-kurangnya memiliki polisi pihak ketiga ini.


Polisi ini melindungi anda daripada tuntutan pihak ketiga (pihak lain) jika berlakunya kemalangan yang mengakibatkan kerugian pada kenderaan mereka. Mahupun tuntutan di atas kecederaan atau kematian pihak ketiga yang di sebabkan oleh kemalangan yang  berpunca daripada anda.


Tiada polisi yang melindungi diri anda atau penumpang di dalam kenderaan anda jika berlakunya sesuatu kemalangan. Jika anda ingin melindungi diri anda dan penumpang di dalam kenderaan anda, anda boleh mengambil insurans tambahan yang di sediakan oleh syarikat insurans. Insurans ini di kenali sebagai perlindungan kemalangan yang melindungi pemandu dan penumpang di dalam kenderaan anda.






No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...