Cara Membuat Claim Windscreen (Tuntutan Cermin)
Kereta Pecah / Retak
1) Semak kembali polisi, sama ada kita
ambil perlindungan takaful windscreen atau tidak.
Kadang-kadang
berlaku, apabila cermin pecah dan hendak claim baru teringat
coverage windscreen tidak diambil ketika melanggan polisi.
Jika ada,
boleh ke langkah seterusnya.
2) Kita ada
beberapa pilihan untuk membuat claim;
2.1) Boleh pergi ke mana-mana bengkel panel,
dan buat tuntutan di sana. Bengkel akan baiki tanpa perlu kita membuat sebarang
pembayaran. Bengkel akan membuat tuntutan kepada syarikat kemudiannya. Untuk
cara ini, pastikan kita membawa covernote atau polisi takaful untuk memudahkan
urusan.
atau;
2.2) Boleh pergi ke mana-mana bengkel bukan
panel dan baiki di sana, kemudian minta resit untuk membuat
reimbursement dengan syarikat takaful. Pastikan mengambil gambar cermin sebelum
dan selepas dibaiki. Dengan cara ini, kita pula perlu berurusan dengan syarikat
takaful / insurans untuk urusan reimbursement.
Cara ke dua
(no 2.2 bayar guna duit sendiri kemudian reimburse), agak leceh kerana kita
pula terpaksa menunggu reimbursement dengan syarikat insurans / takaful tapi
dengan cara ini, harga yang dikenakan oleh pihak bengkel adalah lebih
murah berbanding cara pertama (no 2.1 tanpa perlu bayar dan bengkel yang
akan uruskan claim).
Nota
tambahan:
1.
Claim windscreen tidak memberi kesan kepada NCD.
2.
Claim windscreen boleh dilakukan beberapa kali dalam satu tahun perlindungan.
Contoh, jika kita ambil cover windscreen RM1000 tapi hanya claim Rm500 maka ada
baki lagi RM500.
No comments:
Post a Comment