Diskaun Tiada Tuntutan (No Claim Discount/NCD) Mampu
Menjimatkan Premium Insurans Anda
Sebenarnya ramai yang terlepas pandang mengenai Diskaun
Tiada Tuntutan (No Claim Discount/NCD) semasa membuat proses jual beli kereta.
NCD atau dikenali juga sebagai No Claim Bonus, adalah suatu jenis bonus atau
diskaun yang diberikan kepada pengguna sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap
polisi kenderaan untuk tempoh 12 bulan sebelum itu. Anda akan berjimat dengan
memindahkan NCD kereta lama anda ke kereta baharu, lagi lama anda tidak membuat
tuntutan lagi banyak diskaun yang anda dapat.
Banyak mana diskaun yang anda dapat?
Diskaun adalah bergantung pada jenis kenderaan. Kenderaan
persendirian menikmati diskaun lebih tinggi berbanding kenderaan komersial dan
motosikal. Untuk melayakkan anda mendapat diskaun, anda perlu memenuhi syarat
12 bulan tanpa tuntutan. Pada tahun pertama tiada diskaun diberikan,
namun ada akan mula mendapat diskaun setelah memperbaharui polisi untuk tahun
kedua dan seterusnya.
Carta di bawah menunjukkan kadar diskaun mengikut jenis
kenderaan dan jumlah tempoh mengikut tahun. Ia adalah kadar tetap yang ditentukan
oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
Bermula dari
|
Kenderaan Persendirian
|
Motosikal
|
Komersil
|
Tahun Pertama
|
0%
|
0%
|
0%
|
Tahun Kedua
|
25%
|
15%
|
15%
|
Tahun Ketiga
|
30%
|
20%
|
20%
|
Tahun Keempat
|
38.3%
|
25%
|
25%
|
Tahun Kelima
|
45%
|
25%
|
25%
|
Tahun Keenam
|
55%
|
25%
|
25%
|
Tahun Ketujuh
|
55%
|
25%
|
25%
|
Sekiranya anda terpaksa membuat
tuntutan, apa yang akan terjadi?
Kami ambil contoh, jika pada tahun kedua anda kemalangan dan
terpaksa membuat tuntutan dari pihak insurans, maka semasa membuat pembaharuan
polisi, diskaun anda akan kembali kepada 0 peratus seperti tahun pertama.
Faktor penting mengenai NCD:
Kerosakan yang bukan dilakukan
sendiri (No-Fault Damage)
No-fault damage adalah tuntutan kerosakan yang
bukan dilakukan sendiri. Diskaun NCD kereta anda tidak akan hilang atas
tuntutan sebegini. Sebagai contoh, jika berlaku kemalangan berpunca dari pihak
ketiga (orang lain), anda mempunyai pilihan samada membuat tuntutan terhadap
polisi dari pihak ketiga atau polisi komprehensif anda sendiri tanpa
menjejaskan NCD kereta anda.
NCD boleh dipindahkan
Sebagai contoh : Jika anda ingin menjual kereta dan NCD
kereta lama anda sebanyak 30 peratus, anda boleh memindahkan diskaun 30 peratus
tersebut kepada kereta baharu. Namun begitu, NCD tidak boleh digunakan
pada lebih dari satu kenderaan (jika anda membeli kereta baharu tetapi masih
menyimpan kenderaan lama, maka NCD kereta baharu anda adalah 0 peratus).
Untuk mendapatkan penjimatan premium, anda dinasihatkan
untuk memindahkan NCD yang tertinggi diskaunnya ke kereta yang paling tinggi
harga pasarannya sekiranya memiliki lebih dari satu kenderaan. NCD kereta anda
juga tidak akan terjejas sekiranya anda ingin menukar syarikat
insurans/takaful.
Polisi cermin kereta
Polisi cermin kenderaan adalah satu polisi tambahan pada
insurans komprehensif dan ramai yang memilihnya kerana kos yang tinggi
untuk membaiki/menukar cermin yang pecah. Jika anda memiliki polisi ini dan
membuat tuntutan, NCD kereta anda tidak akan terjejas, tetapi jika anda tidak
memilikinya dan terpaksa membuat tuntutan, maka NCD anda akan hilang.
Bagaimana untuk mendapat ganjaran
NCD sepenuhnya?
Bagi mengelak kehilangan NCD dan jika anda mempunyai
kemampuan, anda disarankan untuk membayar kos kerosakan sendiri daripada
membuat tuntutan insurans jika kos membaiki adalah sedikit. Kami berikan contoh
situasi:
A. Jika anda tidak mempunyai polisi cermin kereta:
Jika kos membaiki cermin adalah RM 500 tetapi kadar NCD anda
ialah 55 peratus yang membolehkan anda mendapat diskaun sebanyak RM 600, maka
tidak perlulah membuat tuntutan dari pihak insurans dan sebaiknya anda membayar
sendiri kos tersebut. Senang cerita, anda bukan sahaja dapat berjimat RM 100
dan anda tak perlu bermula dari 0 peratus seperti tahun pertama semula kerana
NCD kereta anda akan meningkat setiap tahun.
B. Jika anda mempunyai polisi cermin kereta:
Jika anda mempunyai polisi ini, terpulanglah kepada anda sama
ada hendak membuat tuntutan atau sebaliknya kerana NCD anda tidak akan
terjejas. Kalau sayang duit eloklah tuntut sebab anda tak rugi apa apa pun.
Kami berharap informasi ini dapat
membantu anda menjadi pengguna yang bijak. Dengan memahami polisi anda, ia
bukan sahaja dapat melindungi hak anda sebagai pemegang polisi, tetapi juga
menjimatkan kos. Jika mempunyai sebarang kemusykilan, sila rujuk kepada ejen
insurans anda untuk maklumat lanjut. Jom semak kadar NCD kereta anda di MyCarInfo.com.my
No comments:
Post a Comment