Mengapa Kita Perlu Beli Insurans Kereta dan
Bagaimana Fungsinya?
Insurans
kereta adalah satu bentuk sekuriti yang disediakan oleh
syarikat insurans kepada pemilik atau pemandu kereta terhadap sebarang
kemungkinan tuntutan kerosakan dan / atau kerugian akibat pemanduan kereta di
atas jalan.
Ini
adalah struktur asas contoh insurans kereta: Apabila anda bayar premium kepada
syarikat insurans kereta anda, premium anda sekali dengan premium
pemegang-pemegang polisi yang lain akan dikumpulkan ke dalam sebuah “dana” yang
ditubuhkan oleh penginsurans. Syarikat insurans akan menguruskan dana ini, dan
wang dari dana ini akan digunakan dalam pembayaran ganti rugi kepada pemegang
polisi bila berlaku kemalangan.
Mengapa perlu beli insurans kereta?
Pemandu
di Malaysia, di bawah akta Pengangkutan Jalan 1987, adalah dimestikan membeli
insurans kereta – sekurang-kurangnya Perlindungan Pihak Ketiga. Jenis-jenis
perlindungan yang lain (Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian atau Perlindungan
Komprehensif) adalah pilihan pemandu dan tidak dimestikan.
Walaupun
sesetengah dari kita percaya bahawa pemanduan selamat dapat memastikan sekuriti
diri dan juga orang lain, maklumat yang dikumpulkan oleh Persatuan Insurans Am
Malaysia menunjukkan sebaliknya. Menurut Persatuan tersebut, jumlah kenderaan
bermotor yang terlibat dalam kemalangan tidak menurun di tahun-tahun
kebelakangan ini.
Ramai
orang tak sedar akan potensi kos atas kerosakan yang berlaku dan peranan yang
dimainkan oleh insurans dalam melindungi kita dari peristiwa yang tak diingini.
Mempunyai perlindungan insurans kereta dapat meringankan beban kewangan apabila
berlaku kemalangan atau kecurian terhadap kenderaan anda. Lebih penting lagi,
ia melindungi anda dari menjadi mangsa kepada pemandu yang merbahaya.
Bandingkan insurans kereta
Walaupun
kos sesetengah pakej insurans kereta adalah mahal, terdapat banyak opsyen yang
anda boleh pilih bergantung kepada jenis dan liputan perlindungan yang anda
mahu. Di Malaysia, premium insurans kereta dikawal dan ditetapkan oleh Bank
Negara, yang bermakna untuk pakej atau perlindungan tertentu, premiumnya adalah
sama walaupun anda pilih syarikat insurans yang berlainan.
Ini
bererti apabila anda buat perbandingan di antara syarikat insurans, anda perlu
bandingkan ciri atau faktor selain dari harga. Sesetengah ciri atau faktor yang
kita telah kenal pasti harus dipertimbangkan termasuklah:
- · Perkhidmatan nilai tambahan, contohnya bantuan kecemasan percuma
- · Mudah membuat pembaharuan, contohnya kemudahan membuat pembaharuan atas talian
- · Kerumitan proses tuntutan
- · Jumlah dan lokasi bengkel panel
- · Perkhidmatan pelanggan
No comments:
Post a Comment