Prudential BSN
Takaful : Apa Itu Insurans Dan Fungsi Insurans?
APA ITU INSURANS ?
Gambar Ihsan Google |
Secara mudahnya insurans ialah MEMINDAHKAN risiko/kerugian
individu seperti anda atau sebuah organisasi seperti syarikat anda KEPADA
SYARIKAT INSURANS. Ini bermakna SYARIKAT INSURANS akan MEMBAYAR segala
kerugian yang di tanggung oleh anda.
Termasuklah menanggung anda dan nyawa anda seperti risiko kematian, kesakitan, ketidakupayaan dan memasuki wad hospital. Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans dan bergantung pada jenis insurans. Anda atau syarikat anda dikenali sebagai pemegang polisi.
Termasuklah menanggung anda dan nyawa anda seperti risiko kematian, kesakitan, ketidakupayaan dan memasuki wad hospital. Tetapi ianya berfungsi selepas anda membeli polisi insurans dan bergantung pada jenis insurans. Anda atau syarikat anda dikenali sebagai pemegang polisi.
Terdapat pelbagai jenis perlindungan
yang ditawarkan oleh insurans seperti:
· Polisi Perjalanan
· Polisi Empunya Rumah
· Polisi Berkaitan Pelaburan
· Polisi Kemalangan Diri dan
macam-macam lagi…
Sebagai contoh Insurans Perubatan dan
Kesihatan. Insurans ini akan melindungi anda untuk kos rawatan perubatan di
hospital swasta yang mungkin mahal macam kos pembedahan atau rawatan khas. Jadi
anda tidak perlu bimbang tentang kos untuk dapatkan rawatan. Insurans ni jugak
akan membayar anda sejumlah wang tertentu semasa anda menjalani rawatan.
APA ITU TAKAFUL ?
Takaful adalah pelan perlindungan
berdasarkan Syariah. Anda yang bersetuju untuk menyertai dana takaful dan juga
bersetuju untuk saling membantu peserta yang lain sekiranya mengalami kerugian
yang ditetapkan. Tapi sebelum tu anda kenalah mencarum sejumlah wang dalam
bentuk caruman penyertaan (tabarru’) dan anda perlu memeterai kontrak (aqad).
Jenis-jenis perlindungan yang
ditawarkan dalam takaful adalah seperti:
· Pelan Motor
· Pelan Perubatan dan Kesihatan
· Pelan Keluarga
· Pelan Kemalangan Diri dan macam-macam
lagi…
Kalau Takaful/Pelan Perubatan
dan Kesihatan, lebih kurang sama dengan Insurans/Polisi Perubatan dan
Kesihatan di mana ia akan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan
persendirian. Dalam kedua-dua insurans dan takaful ni ada jenis-jenis
perlindungan yang anda perlu pilih mengikut kesesuaian dan keperluan serta
kemampuan anda.
Selain itu, di bawah pelan takaful,
anda boleh menikmati perkongsian lebihan atau keuntungan daripada dana takaful
berdasarkan nisbah yang anda telah persetujui itu pun jika anda tidak membuat
sebarang tuntutan sepanjang tahun tersebut.
No comments:
Post a Comment