INSURANS KEMALANGAN DIRI: PERLINDUNGAN DAN PENGECUALIAN
Definisi:
Insurans Kemalangan Diri adalah polisi insurans
tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau
kematian yang semata-mata berlaku akibat kemalangan. Kemalangan pula
didefinisikan sebagai kejadian yang bersifat ganas, tidak disengajakan,
berbentuk luaran dan jelas kelihatan.
Apa Yang Anda Perlu Ketahui:
Insurans Kemalangan Diri berbeza daripada insurans
hayat atau insurans perubatan dan kesihatan dan ia boleh didapati secara
individu atau keluarga dan juga berkumpulan (biasanya disediakan oleh majikan
untuk pekerja-pekerja di dalam sesuatu syarikat). Insurans Kemalangan Diri juga
umumnya memberikan 24 jam perlindungan di dalam dan luar negara/seluruh
dunia.
Perlindungan:
Jenis perlindungan dan skala manfaat yang
disediakan di dalam Insurans Kemalangan Diri di Malaysia adalah berbeza-beza di
antara syarikat insurans. Oleh itu adalah penting untuk anda membandingkan
dahulu skala manfaat dan terma-terma syarat yand ditawarkan oleh
syarikat-syarikat insurans sebelum membeli polisi agar anda mendapat
perlindungan yang memenuhi kehendak dan keperluan perlindungan anda.
Kebiasaannya,
manfaat-manfaat perlindungan yang terdapat di dalam Insurans Kemalangan Diri
adalah:
- Kematian
akibat kemalangan
- Hilang
Upaya Kekal akibat kemalangan
- Hilang
Upaya Sementara Menyeluruh / Separa akibat kemalangan
- Belanja
Perubatan akibat kemalangan
- Pembedahan
pembetulan akibat kemalangan
- Manfaat
kemasukan ke hospital akibat kemalangan
- Belanja
pengebumian
Perlindungan Berganda:
Anda boleh mempunyai lebih daripada
satu Insurans Kemalangan Diri malahan ia memberikan anda kelebihan
untuk membuat tuntutan berganda tertakluk kepada had maksimum
perlindungan yang terdapat di dalam polisi Insurans Kemalangan Diri anda. Walau
bagaimanapun, untuk tuntutan tertentu seperti belanja perubatan yang
pampasannya berdasarkan pembayaran gantian/ pembayaran balik, anda akan dibayar
pampasan sekali sahaja berdasarkan jumlah sebenar yang tertera di dalam bil/
resit asal tuntutan.
Pengecualian:
Sebelum anda ditawarkan sebarang dengan Insurans
Kemalangan Diri, perkara pertama yang akan ditanyakan oleh syarikat insurans
adalah: “Apakah pekerjaan anda?” Ini kerana anda mungkin tidak
layak untuk perlindungan Kemalangan Diri sekiranya anda terlibat di dalam
pekerjaan tertentu yang di anggap berbahaya di antaraya:
- Mengambil
bahagian didalam tugas berhubung dengan pasukan tentera laut, tentera
darat, tentera udara, polis, jabatan bomba atau sebarang operasi yang
berkaitan dengan ketenteraan atau sebarang pekerjaa yang bersenjata
- Penyelam
- Juruterbang
dan anak kapal
- Penguji
pesawat
- Ahli
sukan profesional
- Pelaut
dan nelayan laut
- Pekerjaan
yang melibatkan penggerudian, pembalakan, kerja-kerja bawah tanah,
pembuatan atau pengendalian atau penjagaan atau meletupkan bahan letupan
pengeluaran gas
Selain itu, perkara penting yang anda perlu ketahui
adalah pengecualian-pengecualian am lain yang tidak dilindungi oleh Insurans
Kemalangan Diri seperti berikut:
- Risiko peperangan
- Bunuh diri, cubaan membunuh diri dan
ketidaksiuman
- Kecederaan yang disengajakan
- Di bawah pengaruh arak, dadah atau narkotik
- AIDS/HIV atau sebarang penyakit kelamin
- Pembunuhan atau serangan yang dirancang
- Melahirkan anak, mengandung atau keguguran
atau sebarang komplikasi berkaitan
- Terlibat dalam kegiatan jenayah yang menyalahi
undang-undang
- Sukan berbahaya
- Mengendali atau menunggang kenderaan bermotor
beroda dua
- keuzuran/ penyakit, parasit, bakteria,
jangkitan kuman atau sebarang keadaan semulajadi atau proses hilang upaya
Sekali lagi, ingin ditekankan bahawa polisi
Insurans Kemalangan Diri adalah berbeza-beza di antara syarikat insurans. Untuk
senarai penuh dan lengkap mengenai pengecualian-pengecualian, pastikan anda
menyemak terlebih dahulu terma-terma dan syarat-syarat sesuatu polisi Insurans
Kemalangan Diri.
Pastikan
juga anda melakukan perkara berikut sebelum membeli sesuatu polisi Insurans
Kemalangan Diri, jika gagal permohonan anda mungkin boleh ditolak atau polisi
anda tidak sah.
- Baca
dan fahami “Notis Mustahak” di dalam Borang Cadangan
- Jawab
semua soalan dengan lengkap dan tepat
- Lengkapkan
dan tandatangan Borang Cadangan anda sendiri
No comments:
Post a Comment