Kelebihan dan Keburukan Membeli
Insurans Kenderaan Online
Sekian
hari sekian ramai pengguna Malaysia yang membeli insurans kenderaan secara
online (atau di talian). Ada yang berbuat demikian kerana ianya mudah bagi
mereka, atau ada yang berbuat kerana harga yang lebih murah Di dalam artikel
ini kita akan tinjau kelebihan dan kekurangan pembelian insurans
kenderaan secara online.
Jika anda
seorang pemandu, anda tentu sudah biasa membeli insurans bagi kenderaan anda.
Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, semua kenderaan bermotor perlu memiliki
sekurang-kurangnya polisi pihak ketiga dan cukai jalan yang sah.
Semenjak
2 tahun yang lalu, iBanding telahpun menjalankan kaji selidik untuk
mengenalpasti Syarikat Insurans dan Takaful Motor Terbaik di Malaysia. Kaji
selidik ini bertujuan untuk mengetahui pendapat orang ramai tentang syarikat
insurans kenderaan mereka. Salah satu fakta penting yang diketahui dari kajian
ini ialah bahawa lebih ramai pengguna Malaysia bertukar ke pembelian secara
online manakala pembelian melalui ejen berkurangan. Pada tahun 2016, jumlah
pengguna yang membeli melalui online telah bertambah 2 kali ganda dari 8.7% to
16.9%.
Kelebihan
membeli insurans kenderaan secara online
Terdapat 2 kelebihan utama:
1.
Kemudahan
Pembelian
melalui internet (online) boleh dilakukan di mana-mana sahaja termasuklah di
rumah anda sendiri, 24 jam sehari. Tidak perlu keluar dari rumah, tidak perlu
bersusah payah mencari parking dan beratur panjang di kaunter.
Beli online? Di mana-mana dan
bila-bila masa pun boleh!
2. Masa
Jika anda
tahu bagaimana untuk mengisi segala butiran yang diperlukan, anda boleh dapatkan
insurans dan road tax anda dalam masa 24 jam.
Kekurangan
pembelian insurans kenderaan melalui online
Kelemahan
utama pembelian secara online ialah tiadanya ejen yang boleh kita harapkan:
1. Tiada
bantuan ketika pembelian dibuat
Apabila
anda membeli secara online, banyak butiran yang perlu anda ketahui. Contoh
seperti jenis polisi, coverage, nilai dipersetujui, nilai pasaran,
pengecualian, rider dan sebagainya. Anda juga perlu tahu VIN dan chasis
kenderaan anda. Jika anda tidak biasa dengan terma-terma ini, agak payah bagi
anda untuk membeli secara online dengan sendiri. Jika masih ingin membeli
secara online, maka perlulah dapatkan semua maklumat ini dan fahami sedikit
sebanyak tentang insurans terdahulu.
Maklumat
yang silap jika dimasukkan mungkin tidak akan menghalang anda daripada mendapat
polisi yang dibeli, akan tetapi masalah akan berlaku sekira berlakunya
kemalangan atau kecurian di mana anda perlu lakukan tuntutan. Pihak syarikat
insurans ada hak untuk menolak tuntutan anda sekiranya terdapat butiran yang
tidak tepat.
2. Anda
perlu tahu cara membuat tuntutan
Pengetahuan
asas tentang insurans perlu dimiliki jika ingin membeli secara online. Walaupun
pembelian insurans secara online mungkin mudah jika sudah ada maklumat yang
diperlukan, tetapi jika berlakunya kemalangan atau kecurian, proses tuntutan
tidaklah semudah yang diharapkan. Jika adanya ejen, semua permasalahan tuntutan
boleh diserahkan kepada ejen yang selalunya sedia membantu. Pihak syarikat
insurans memerlukan banyak butiran yang kita sendiri mungkin tidak tahu dari
mana untuk dapatkannya.
Ini akan
mengambil masa yang lama lebih-lebih lagi bagi mereka yang langsung tidak
pernah lalui proses ini. Penangguhan proses hanya akan memberi manfaat kepada
syarikat insurans kerana mereka tidak perlu membuat bayaran dengan serta-merta.
Ada kalanya, proses yang panjang ini akan memutuskan semangat pemegang polisi
dan akhirnya membuat keputusan untuk tidak teruskan tuntutan.
3. Beli
online, tapi mana diskaunnya?
Membeli
secara online di sini bererti membeli terus dari laman web syarikat insurans
atau Takaful. Cara ini membolehkan anda dapatkan diskaun 10% kerana anda tidak
membeli melalui ejen. Akan tetapi ramai ejensi kini sudah ada laman web sendiri
di mana mereka juga tawarkan penjualan insurans online. Jika anda membeli
melalui laman sebegini, anda tidak akan mendapat diskaun. Contoh terbaik ialah
MyEG.
Beli secara online, tapi mana
diskaunnya?
MyEG
tidak memberi diskaun 10%
Apabila
anda membeli melalui MyEG, janganlah harap untuk dapatkan diskaun yang
disebutkan tadi. Ini kerana MyEG adalah ejen insurans yang berdaftar di mana
mereka mengenakan 10% komisyen.
Jika MyEG
ialah ejen berdaftar, adakah mereka akan bantu ketika kemalangan?
Berdasarkan
infomasi yang kami dapat daripada laman web mereka, jika berlakunya kemalangan,
MyEG akan menyambungkan pertanyaan anda ke call center syarikat insurans anda.
Ini bererti walaupun anda membayar 10% komisyen kepada MyEG, anda masih perlu
membuat tuntutan dengan syarikat insurans sendiri.
Perlukah
saya membeli insurans kenderaan secara online?
Bagi
mereka yang tidak mempunyai banyak pengetahuan tentang insurans dan pengalaman
dalam membuat tuntutan, membeli insurans secara online mungkin suatu yang tidak
digalakkan kerana jika sesuatu kecelakaan berlaku, susah untuk ditangani
sendiri. Jika difikirkan faktor ini, 10% yang dibayar sebagai komisyen kepada
ejen mungkin boleh dikatakan berbaloi juga. Jadi terpulanglah kepada individu.
Jika hanya inginkan penjimatan wang, maka pembelian secara online adalah
jawapan bagi anda.
Lebih selamat lagi jika anda membuat dengan ejen insurans yang bertauliah. Tidak perlu susah-susah. Hanya telefon atau whatsApp ejen untuk melihat sebut harga. Jika sudah berkenan dengan harga di berikan, pembayaran melalui online boleh di buat. Pakej bersama cukai jalan. Lebih mengunyungkan dan menjimatkan masa.
No comments:
Post a Comment