Monday 17 December 2018


PEMANDU, PENUMPANG GRABCAR DILINDUNGI INSURANS
Gambar sumber ihsan Google

Perkhidmatan e-hailing GrabCar hari ini memberi jaminan pemandu dan penumpang mereka dilindungi insurans sekiranya berlaku kemalangan.
Ketua Grab Malaysia Sean Goh berkata, skim insurans itu dilancarkan tahun lepas tanpa sebarang caj tambahan kepada penumpang.
“Insurans ini meliputi penumpang dan pemandu GrabCar.”
Beliau berkata, polisi untuk pemandu dan penumpang melindungi mereka daripada kemalangan yang mengakibatkan kematian, kecacatan kekal anggota badan dan kecederaan.
“Ia adalah perlindungan terbesar di Malaysia dengan jumlah manfaat kemalangan sehingga RM64,200 seorang, bagi pemandu dan penumpang.”
Insiden akan dinilai secara individu oleh penyedia insurans dan jumlah perlindungan berbeza, katanya.
Sementara itu, seorang jurucakap Uber juga memberi jaminan pemandu dan penumpang juga memberi jaminan penumpang dan pemandunya dilindungi insurans.
Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM) baru-baru ini membangkitkan kebimbangan sama ada skim insurans yang diperkenalkan kerajaan hanya melindungi pemandu, tidak termasuk penumpang jika berlaku kemalangan.
Presiden 4PAM, Ajit Johl berkata memandangkan kerajaan gagal mengawal selia industri perkhidmatan itu melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, penumpang boleh meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan sekiranya berlaku kemalangan.
Dilaporkan sebelum ini lebih daripada 100,000 pemandu teksi, Grab dan akan dilindungi Skim Bencana Pekerjaan (EIS) apabila Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerja 2017 menjadi undang-undang tahun ini.


No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...