Proses
Membuat Tuntutan Insurans Kemalangan Peribadi
Setelah anda beli insurans kemalangan peribadi
pilihan anda, lazimnya anda ingin nak tahu bagaimana polisi ini berfungsi dan
prosedur yang betul untuk kemudahan anda.
Berikut adalah beberapa perkara
penting diketahui supaya proses tuntutan insurans kemalangan peribadi anda tak
jadi sukar, serta juga mengapa tuntutan anda boleh jadi bermasalah untuk
diluluskan oleh syarikat insurans.
Bagaimana nak
buat tuntutan insurans kemalangan peribadi?
Membuat tuntutan kepada syarikat
insurans anda boleh jadi satu proses yang mengecewakan jika anda tak sediakan
perkara yang diperlukan, atau jika anda tak biasa dengan prosedurnya. Anda
dinasihatkan ambil tahu tentang sekurang-kurangnya tuntutan kematian dan
kecederaan.
Dalam kes kecederaan yang dilindungi
oleh polisi anda, anda perlu beritahu syarikat insurans anda dan mendapatkan
borang tuntutan. Isi borang tersebut dan kepilkan laporan perubatan yang
diperlukan, bil dan lain-lain dokumen berkenaan kecederaan anda. Ingatlah
bahawa masa adalah penting, jika satu tempoh masa telah berlalu dalam membuat
tuntutan anda, ini juga akan menyusahkan anda. Jadi awaslah dengan
syarat-syarat polisi berkenaan dengan tempoh masa dan lain-lain syarat.
Untuk meneruskan tuntutan kematian,
penting anda serahkan laporan polis dan segala dokumen berkenaan kepada
syarikat insurans. Juga, borang tuntutan perlu diisi berserta dengan dokumen
yang diperlukan (dalam hal ini sijil kematian). Penting bagi orang yang
kemukakan dokumen-dokumen ini buat perkiraan segera untuk mengelakkan tuntutan
ditolak atau bertangguh.
Apa faktor
utama tuntutan anda mungkin ditolak?
Ketiadaan maklumat berkenaan. Dokumen sokongan yang perlu disertakan sekali dengan tuntutan mungkin
merupakan aspek paling penting dalam tuntutan anda. Dokumen-dokumen ini adalah
sumber bukti dan bila tak cukup maklumat untuk menyokong tuntutan anda, adalah
sukar bagi syarikat insurans membayar ganti rugi kepada anda. Lebih teruk lagi
jika maklumat anda mengelirukan atau salah, ia akan mengakibatkan tuntutan anda
batal sama sekali. Kadang-kadang terdapat situasi di mana pihak terlibat
berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Salah faham di pihak pemegang polisi. Anda buat tuntutan terhadap perkara yang tidak dilindungi dalam
polisi. Tak menghairankan jika ada kes di mana penyakit atau kecederaan orang
diinsurankan tidak dilindungi dalam polisinya. Fasal pengecualian patut dibaca
secara halus dan difahami sebaik-baiknya. Kegagalan anda memahaminya jelas bukan
tanggungjawab syarikat insurans.
Bagaimana kalau
anda tak puas hati dengan tuntutan?
Jika anda dapat anda masih tak puas
hati dengan penyelesaian tuntutan atau kerana kegagalannya memberi ganti rugi
kepada anda, ada cara lain anda boleh dapatkan bantuan:
Buat aduan. Anda boleh buat aduan bertulis kepada Jabatan Komunikasi Korporat,
Bank Negara Malaysia. Selain itu anda boleh serah aduan kepada Biro
Pengantaraan Kewangan.
Dapatkan bantuan undang-undang. Jika anda ada
rasa hak anda telah terjejas atau terdapat kemungkiran kontrak; anda boleh
rujuk kepada mahkamah. Apapun, jika anda mempunyai tuntutan yang benar, anda
tak perlu risau apa-apa.
No comments:
Post a Comment