Friday 25 January 2019


5 Sebab Mengapa Tuntutan Takaful Kenderaan Anda Mungkin Ditolak
Gambar Sumber Mr Google

Tak ramai di antara kita yang mengambil inisiatif membaca dan fahami dengan teliti terma dan syarat yang tertakluk dalam polisi insurans atau takaful kenderaan kita. Sehinggalah sesuatu musibah berlaku, barulah kelam kabut memunggah laci mencari polisi. Tapi sudah baca pun masih tak faham.
Jadi kami mudahkan kerja anda di sini dan terangkan sebab-sebab lazim mengapa tuntutan takaful atau insurans kenderaan anda ditolak oleh syarikat insurans atau pengendali takaful.

1. Pemandu tidak dinamakan/ Unnamed driver
Adakah kereta anda dipandu oleh pasangan anda, anak atau rakan anda ketika kemalangan berlaku? Tahukah anda, polisi insurans/ takaful anda hanya melindungi anda?
Tetapi ini tak bererti orang lain tak lagi boleh memandu kereta anda. Perlindungan yang sama boleh ditawarkan kepada orang lain dengan mendaftarkan mereka sebagai “named driver” di dalam polisi anda. Jadi jika kereta anda sering dipandu oleh orang lain selain anda, contohnya, anak, suami atau isteri, maka wajarlah mendaftarkan nama mereka.
Tapi jangan risau, jikalau kemalangan sudah berlaku dan pemandu bukanlah seorang named driver, anda masih boleh buat tuntuta. Anda hanya perlu membayar excess sebanyak RM400.
Di Malaysia, anda boleh masukkan dua nama ke dalam polisi kenderaan anda secara percuma. Nama-nama tambahan dikenakan RM10 seorang.

2. Tiada laporan polis
Jika anda tidak pasti tentang prosedur yang perlu diambil jika berlakunya kemalangan, anda boleh rujuk artikel ini.
Salah satu perkara yang paling kritikal perlu anda lakukan ialah melapurkan kemalangan tersebut kepada pihak polis trafik dalam masa 24 jam. Jangan sesekali terlepas pandang atau mengambil mudah langkah ni! Buruk padahnya. Kerana jika tiada laporan polis, atau laporan dibuat hanya setelah masa 24jam berlalu, tuntutan anda mungkin ditolak terus oleh pihak syarikat insurans.
Jadi jangan berlegah. Segera pergi ke balai polis sebaik sahaja kemalangan berlaku. Dan pastikan anda ke balai polis trafik!
3. Polisi anda tidak melindunginya
Ramai yang beranggapan memiliki insurans atau takaful sahaja sudah cukup untuk melindungi segala apa sahaja jenis kerosakan atau kemalangan. Tak tepat tu.
Misalnya anda memiliki Third Party atau Polisi Pihak Ketiga, polisi jenis ini tidak melindungi kos membaiki bagi KERETA ANDA SENDIRI! Fahamkan betul-betul. Memanglah premium perlindungan jenis ini mudah berbanding polisi komprehensif. Tetapi ia hanya menampung kos membaiki kereta milik pihak ketiga. Ini bererti jika berlaku kemalangan, walaupun bukan salah anda, seperti kes langgar lari katakan, pihak syarikat tidak akan membayar kos membaiki kereta anda.
Bagi polisi komprehensif pula, jangan berfikir yang anda selamat dari segala jenis kes. Contoh-contoh jenis kerosakan yang TIDAK dilindungi ialah:
·         kerosakan/ kerugian akibat rusuhan
·         kecurian aksessori
·         kerugian/ kerosakan akibat banjir
·         kecederaan atas diri sendiri (jadi pastikan anda miliki perlindungan kemalangan peribadi)
Untuk fahami jenis-jenis perlindungan, rujuk artikel ini.

4. Kegagalan memenuhi syarat/ memberikan maklumat yang tepat
Ketika membuat pemharuan/ renewal, terutama sekali jika anda melakukannya dengan sendiri contohnya melalui online, pastikan anda memberikan maklumat yang 100 peratus tepat.
Dengan terlancarnya liberalisasi tarif insurans kenderaan pada Julai 2017, syarikat insurans dan takaful memerlukan lebih banyak maklumat sebelum dapat menentukan harga insurans kereta. Di antaranya: taraf perkahwinan, pekerjaan, ciri-ciri keselamatan kenderaan dan juga tempat meletak kereta.
Contohnya, tempat letak kereta persendirian yang dikawal rapi memiliki risiko kecurian lebih rendah berbanding tempat letak kereta awam yang terbuka. Jadi jika berlaku kecurian kerana maklumat yang anda berikan adalah tidak tepat dengan realiti, pihak syarikat berhak menolak tuntutan anda.
5. Memandu dalam keadaan mabuk
Memang ternyata ini melanggar undang-undang jalan raya. Bukan sekadar memandu dalam keadaan mabuk, tetapi juga dalam keadaan khayal akibat penyambilan substan seperti dadah. Jika anda terlibat dalam kemalangan ketika di dalam keadaan sedemikian, tuntutan insurans anda tidak akan dilayani. Malah anda mungkin akan dikenakan denda atau dihadapi ke mahkamah.
Berhati-hatilah, kerana walaupun anda pemandu cekap walaupun dalam keadaan mabuk, anda mungkin berkemalangan akibat pemandu lalai atau tidak berpengalaman.
Sebab-sebab lain yang wajar difikirkan adalah:
·         Penggunaan kenderaan peresendirian untuk tujuan perniagaan atau komersil. Jika anda terlibat dalam kemalangan contohnya ketika menghantar barangan perniagaan kepada pelanggan, jika diketahui pihak syarikat, mereka mempunyai hak untuk menolak tuntutan anda.
·         Under-insurance atau terkurang insurans. Ini tidak semestinya mengakibatkan penolakan tuntutan, tetapi anda mungkin hanya akan dapat menuntut jumlah yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya.

Tuntutan anda ditolak? Nak buat apa sekarang?
Jika anda berasakan anda telah dilayan secara tidak adil oleh syarikat insurans atau pengendali takaful anda, ketahui jika anda boleh melakukan rayuan. Jika masih tidak mendapat keputusan yang anda inginkan, anda boleh membawa aduan atau pertikaian anda ke PIAM (Persatuan Insurans Am Malaysia), Bank Negara Malaysia atau Ombudsman Financial Services.


No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...