Pelan Perlindungan Lengkap
(INSURAN NYAWA)
Untuk
memilih pelan perlindungan yang lengkap, mula-mulanya saya menasihati anda
memilih produk takaful dan jauhi produk insurans. Ini kerana takaful adalah
pelan perlindungan patuh syariah manakala insurans pula pelan perlindungan yang
tidak patuh syariah. Apakah perbezaan antara dua jenis pelan ini, saya akan
kupas di artikel lain.
Syarikat
yang menawarkan pelan perlindungan takaful banyak di Malaysia seperti PruBSN Takaful, MAA Takaful, Takaful Ikhlas,
Etiqa Takaful, Great Eastern Takaful dan sebagainya. Kesemua syarikat ini
menawarkan pelan yang lengkap kepada pelanggan-pelanggan mereka.
Apakah yang
dimaksudkan oleh saya pelan perlindungan yang lengkap? Mari kita sama-sama
menelitinya. Bagi saya, saya akan membahagikan pelan ini kepada dua bahagian
iaitu Bahagian 1 dan Bahagian 2.
Bahagian 1
Bahagian ini kebiasaan disebut sebagai “investment
link”. Nama produk Bahagian 1 ini berbeza-beza mengikut syarikat takaful.
Bagi PruBSN Takaful dan MAA Takaful Bahagian 1 ini dikenali
sebagai Takafulink, Etiqa Takaful (MESRA) dan Takaful Ikhlas
(IST).
Apakah yang
terkandung dalam Bahagian 1? Anda boleh rujuk gambar yang dilampirkan. Bahagian
1 terdiri daripada “life takaful”
dan simpanan. Life takaful terdiri
daripada unsur pampasan kematian, pampasan sakit kritikal, pampasan hilang
anggota atau upaya dan elaun wad.
Bahagian 1
ini akan berfungsi apabila:
- setelah peserta meninggal dunia dimana waris peserta akan mendapat manfaat kematian peserta.
- setelah peserta disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit krtikal (rujuk ketetapan syarikat masing-masing) dan peserta akan mendapat pampasan sakit kritikal.
- setelah peserta hilang upaya atau anggota badan atau lumpuh akibat kemalangan maka peserta akan memperolehi pampasan ini.
- setelah peserta masuk wad minima 6 jam (rujuk ketetapan syarikat masing-masing) peserta akan mendapat elaun wad.
Bahagian 2
Bahagian ini
dikenali sebagai kad perubatan.
PruBSN
Takaful dikenali Takaful Health, MAA Takaful dikenali Smart Medic 100, Takaful
Ikhlas dikenali Ikhlas Medic Assist Takaful (IMAT) dan Etiqa Takaful dikenali
Mesra Medic. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing
serta mampu memberi khidmat yang amat baik kepada pelanggan mereka.
Apakah
fungsi kad perubatan ini?
Kad perubatan ini digunakan untuk membantu kita
menanggung kos rawatan hospital apabila kita memasuki wad untuk rawatan.
Sinonim penggunaan kad adalah untuk menanggung kos rawatan sakit krtikal kerana
kosnya amat besar.
Sebagai
contoh merawat sakit jantung berjumlah RM50,000.00, maka peserta akan
menggunakan kad perubatan itu untuk membayar bil rawatan yang dikenakan. Ini
adalah sumber bantuan kita yang amat bernilai kerana jika anda tidak
memilikinya anda akan menghadapi kesukaran yang amat perit.
Ini kerana
anda akan menggunakan semua simpanan, menjual aset, membuat hutang serta
memohon bantuan masyarakat semata-mata untuk membayar kos rawatan tadi. Oleh
itu, pelan perlindungan yang lengkap haruslah terdiri daripada dua bahagian
ini. Kenapa? Saya berikan 3 situasi untuk kita memahami lebih jelas.
Situasi 1
(Peserta hanya mempunyai Bahagian 1 sahaja)
En. Ali telah disahkan menghidapi penyakit jantung dan perlu dirawat. Oleh itu,
En.Ali telah dimasukkan ke hospital kerajaan dan doktor menyatakan En.Ali perlu menunggu selama 3 bulan untuk mendapatkan pembedahan di Institut Jantung
Negara (IJN) atau mendapatkan pembedahan segera di hospital pakar. Kos rawatan
yang perlu ditanggung adalah RM40,000.00 (di IJN ataupun hospital pakar).
En.Ali tidak mempunyai kad perubatan maka En.Ali perlu mengumpul wang sebanyak RM40,000.00 untuk rawatannya dengan cara terpaksa mengeluarkan tabungan ASB, TH, KWSP, berhutang dengan ahli keluarga dan rakan serta mohon bantuan orang ramai. Keadaan ini amat memeritkan sesiapa sahaja yang mengalaminya.
En.Ali tidak mempunyai kad perubatan maka En.Ali perlu mengumpul wang sebanyak RM40,000.00 untuk rawatannya dengan cara terpaksa mengeluarkan tabungan ASB, TH, KWSP, berhutang dengan ahli keluarga dan rakan serta mohon bantuan orang ramai. Keadaan ini amat memeritkan sesiapa sahaja yang mengalaminya.
Namun,
En.Ali boleh membuat tuntutan sakit krtikal daripada syarikat takaful yang
beliau langgan. Jumlah pampasan mengikut berapa yang En.Ali carumkan.
Pampasan ini akan diperolehi setelah berurusan dalam tempoh masa 1 bulan jika
semua dokumen tuntutan lengkap (sila rujuk syarikat takaful anda untuk maklumat
lebih tepat untuk polisi anda).
Kesimpulannya,
jika anda hanya mempunyai Bahagian 1 sahaja anda akan menghadapi kesusahan yang
amat apabila ingin mengumpul duit yang banyak untuk mendapat rawatan. Anda
harus ingat, setiap detik boleh membuatkan penyakit anda pulih atau menjadi
parah. Mendapatkan rawatan yang cepat dapat menyelamatkan keadaan anda.
En.Kasim
hanya mempunyai kad perubatan sahaja. Apabila En.Kasim disahkan menghidapi sakit
jantung, beliau terus boleh mendapatkan rawatan di hospital pakar yang beliau
sukai.
En.Kasim
tidak perlu bersusah payah untuk mengumpul duit yang banyak untuk membayar kos
rawatannya malah hanya perlu menyiapkan maksimum RM1000 sahaja (jika pelan PruBSN
Takaful) dan selebihnya dibiayai oleh syarikat takaful. Andaikan kos rawatan
jantung En.Kasim berjumlah RM50,000.00 dan En.Kasim memiliki kad perubatan di
bawah PruBSN Takaful,
En.Kasim
hanya membayar RM1000 sahaja dan selebihya (RM49,000.00) akan di bayar oleh
PruBSN Takaful. (RM1000 itu adalah untuk bayaran ko-takaful 10% daripada kos
rawatan tertakluk minima RM300 dan maksima RM1000)
Kini
En.Kasim telah menjalani pembedahan. Namun beliau tidak boleh membuat tuntutan
sakit krtikal kerana beliau tidak mempunyai polisi Bahagian 1.
Situasi 3
(Peserta mempunyai Bahagian 1 dan 2)
En.Ismail
juga menghidapi sakit jantung seperti mana En.Ahmad dan En.Kasim namun
En.Ismail lagi untung daripada mereka. Kenapa? Untuk rawatan En.Ismail
menggunakan kad perubatan seperti En.Kasim dan selepas itu En.Ismail menuntut
pampasan sakit kritikal, elaun wad, elaun bedah seperti En. Ahmad.
Untung
En.Ismail ialah:
- tidak bersusah payah hendak mengumpul duit, rawatan PERCUMA
- mendapat pampasan untuk digunakan rawatan susulan ataupun menyara keluarganya.
- kepada yang tidak mempunyai Bahagian 1 dan 2...silalah mohon sekarang jika anda sayang pada diri anda dan keluarga anda,
- kepada yang mempunyai Bahagian 1 sahaja, saya nasihatkan anda mengambil Bahagian 2 untuk melengkapkan pelan perlindungan anda.
- kepada yang telah memiliki Bahagian 1 dan 2 saya ucapkan TAHNIAH!!! kerana anda telah bertindak bijak dalam pengurusan menyelamatkan wang dan diri anda!!!
Saya telah
memiliki pelan perlindungan lengkap di bawah pelan Takafulink dan Takaful
Health PruBSN Takaful. Mengapa PruBSN Takaful? Saya telah mendapat kelebihan
itu dan saya rasa patut berkongsi dengan anda supaya kita sama-sama dapat
merasainya. SESUATU YANG MENARIK YANG SAYA INGIN KONGSIKAN WALAUPUN ANDA TELAH
MEMILIKI BAHAGIAN 1 DAN 2.
Sekian sahaja kupasan saya hari ini. Sebarang pertanyaan boleh nyatakan kepada kami..
sumber:
http://www.urusduit.com/p/pelan-perlindungan-lengkap.html
No comments:
Post a Comment