Sunday 17 February 2019


Cara Cara Claim CART atau Loss Of Use



Sekiranya kereta saya dilanggar, apakah yang boleh saya lakukan?

Ada 2 cara untuk membuat tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar org lain tapi mestilah ada keputusan polis bahawa orang itu bersalah. sekiranya dia disaman, bermakna dia bersalah. dan barulah anda boleh membuat tuntutan dari insurans mereka dan melindungi NCD anda.

1. Cara pertama ialah tuntutan pihak ketiga atau 3rd party claim. Anda baiki kereta anda, bayar dan gunakan resitnya untuk buat tuntutan terhadap insurans itu. antara kelebihan claim ini ialah anda boleh buat tuntutan loss of use. contohnya, kereta anda tersadai selama 20 hari di bengkel dan anda dibolehkan menuntut kerugian. contohnya sehari RM50 x 20 hari = RM1,000.


2. Cara kedua dipanggil OD KFK atau Own Damage Knock-For-Knock. Proses tuntutan sama iaitu anda claim pada insurans pihak bersalah TETAPI melalui syarikat insurans anda. Dalam pengertian yang ringkas, anda claim melalui syarikat insurans anda kerana lebih cepat dan kemudian syarikat insurans anda akan membuat tuntutan semula dari syarikat insurans pihak ketiga. NCD anda tidak akan terjejas.


Kadar rate PIAM
Kalau rasa kadar PIAM ni rendah sangat, anda juga boleh tuntut kos kereta sewa (sama jenis dan kapasiti) untuk jumlah hari yang diperlukan untuk baiki kenderaan anda. Kalau nak tuntut yang ini, mesti sertakan resit dari syarikat kereta sewa yang berdaftar.
.
Caranya, setelah kereta anda siap dibaiki oleh bengkel panel, maklumkan kepada bengkel anda ingin buat tuntutan Loss of Use. Minta bengkel berikan laporan beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda.

Hantar dokumen dan laporan tersebut ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda untuk diproses. Dapatkan maklumat officer in charge dan follow up dari masa ke semasa.


Lazimnya pihak insurans akan mengambil masa 2 minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan sebelum membuat pembayaran kepada anda.

Sumber : http://www.roadtaxmyeg.com/2017/11/cara-claim-cart-atau-loss-of-use.html



No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...