BEZA INSURAN KONVENSIONAL VS TAKAFUL YANG
KITA SEMUA PATUT TAHU
Semua
orang ada ambil insuran, kan?
Sebagai
umat Islam, kita digalakkan mengambil insuran yang berlandaskan agama supaya ia
terjamin suci.
Tapi,
tahu tak kita pasal perbezaan antara insuran konvensional dan insuran takaful?
Bagi yang
belum tahu, mari hadamkan bersama-sama perkongsian ilmu Tuan Ariff Shah ini.
Apa beza
ketara 2 jenis insuran ini?
Kalau nak
cerita pendek dia, takaful ni adalah produk yang fungsinya sama macam insuran
konvensional. Cuma ia lebih terjamin kesuciannya.
Manakala
insuran konvensional pula tak terjamin kesuciannya. Kalau nak cerita panjang,
teruskan pembacaan.
Apa yang
anda patut tahu tentang insuran konvensional
Konsep
yang digunakan dalam produk insuran konvensional ni mudah dan boleh diterangkan
dalam beberapa point bawah ni:
1)
Pemegang polisi bayar premium kepada syarikat insuran. Semua duit dipegang oleh
syarikat insuran.
2)
Syarikat insuran akan laburkan duit kutipan premium ni tadi ke mana sahaja yang
mereka rasakan sesuai.
Objektif
adalah untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Bila keuntungan diutamakan,
status pelaburan sama ada halal atau tak akan ditolak tepi.
3)
Lebihan keuntungan pelaburan tadi adalah kepunyaan syarikat insuran.
4)
Syarikat insuran akan membayar tuntutan daripada pemegang polisi berdasarkan
pelan yang diambil.
Apa yang
anda patut tahu tentang insuran takaful
(Sumber
gambar: http://bijaktakaful.com)
Dalam
konsep takaful, pemegang sijil menggunakan konsep menyumbang kepada tabung
takaful.
Dana
dalam tabung takaful kemudiannya akan digunakan untuk menyumbang kepada ahli
takaful lain yang memerlukan.
Secara
asasnya, konsep takaful lebih kepada konsep tolong-menolong antara sesama
penyumbang tabung takaful.
Selain
itu, takaful lebih mementingkan konsep keadilan dan kesamarataan, di mana
takaful tak mengambil semua pendapatan daripada pelaburan.
Ini
adalah konsep takaful:
1)
Pemegang polisi menyumbang ke dalam tabung takaful.
Sebahagian
daripada bayaran sumbangan bulanan dibayar kepada syarikat pengendali tabung
takaful dan bayaran ini dikenali sebagai fi wakalah.
2)
Bayaran fi wakalah adalah jelas dan nyata, dan tak ada bayaran lain yang
tersembunyi.
Dalam dokumen
polisi, akan ditunjukkan berapa fi wakalah yang korang bayar sehingga tempoh
matang polisi.
3)
Sumbangan yang terkumpul di dalam tabung takaful akan dilaburkan dalam
instrumen patuh syariah.
Walaupun
matlamat pelaburan ini adalah untuk mendapatkan pulangan yang maksimum, status
pelaburan sentiasa dipantau oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat
pengendali takaful.
4)
Pulangan daripada pelaburan tabung takaful dipulangkan semula ke dalam tabung
ini.
5)
Mana-mana lebihan daripada tabung takaful akan diagihkan semula kepada pemegang
polisi.
6)
Mana-mana tuntutan perubatan pemegang polisi akan dibayar menggunakan dana yang
dikumpulkan dalam tabung takaful tadi.
Pembayaran
tuntutan adalah berdasarkan konsep derma / tolong-menolong.
Kelebihan
konsep takaful terletak pada saiz dananya. Syarikat takaful yang popular, sudah
lama bertapak dan dikenali ramai mempunyai dana takaful yang besar.
Bermakna,
kalau apa-apa yang buruk berlaku, tabung takaful mampu bertahan lama.
Selain
daripada itu, syarikat yang sudah lama bertapak mempunyai porfolio dana yang
teguh, dan pulangan dana pelaburan yang lebih baik berbanding syarikat yang
lebih muda.
Kenapa
pelan insuran takaful tak sehebat pelan insuran konvensional?
Kalau
dibandingkan manfaat takaful dengan insuran konvensional, korang akan nampak
sedikit perbezaan pada plan takaful.
Ini
memang wujud kat mana-mana sahaja syarikat takaful yang mempunyai produk
insuran konvensional.
Hal ini
adalah kerana produk takaful masih baru, kira-kira 10 tahun sahaja sejak ia mula
dilancarkan dulu. Dari segi pembangunan dana dalam tabung takaful, ia masih
lagi kati peringkat awal.
Untuk
insuran konvensional, dana insuran adalah kepunyaan syarikat dan sudah lama
bertapak biasanya mempunyai aset yang lebih banyak.
Majoriti syarikat
insuran konvensional sudah bertapak berpuluh tahun lamanya.
Prudential
Assurance Malaysia telah bertapak di negara kita sejak tahun 1924 lagi dan
telah menyambut ulang tahunnya yang ke-91 pada tahun 2015.
Adalah
tanggungjawab kita untuk menyokong produk takaful supaya produk ini terus
berkekalan sehingga ke generasi seterusnya.
Mungkin
korang atau saya tak dapat rasa manfaat yang lebih baik atau setara berbanding
insuran konvensional.
Tapi
siapa tahu. Satu hari nanti, mungkin generasi kita yang seterusnya akan dapat
merasainya.
Kenapa
kita patut utamakan pelan takaful dulu daripada insuran konvensional?
Sebagai
orang Islam, diwajibkan untuk kita mencari rezeki daripada sumber yang halal.
Disebabkan
segala tuntutan daripada pelan insuran konvensional datang daripada dana
syarikat insuran (yang mendapat pendapatan daripada sumber yang tak patuh
syariah), secara automatiknya ia dianggap mendapat manfaat daripada sumber yang
tak patuh syariah.
Bukankah
kita dah menyusahkan diri bila gunakan pelan insuran konvensional?
Bayangkan.
Korang berusaha setiap hari mencari rezeki yang halal dan tak buat apa-apa yang
melanggar syariat untuk mencari pendapatan.
Tapi bila
sakit, manfaat perubatan yang korang dapat datang daripada sumber yang korang
cuba elakkan ini.
Lebih
teruk lagi, sekiranya korang meninggal dunia nanti, pampasan nyawa korang
datang daripada sumber yang tak diberkati.
Dan
pampasan inilah yang akan digunakan oleh anak-anak korang untuk teruskan hidup.
Korang tak rasa bersalah ke dengan hakikat ini?
Sekiranya
korang masih memegang polisi insuran konvensional, bertukarlah ke polisi
takaful sekarang.
Dalam
mencari rezeki, adalah tanggungjawab kita untuk pastikan ia berasal dari sumber
yang bersih, supaya ia diberkati Allah S.W.T.
Kalau tak
berkat, takut nanti anak bini termakan duit yang berasal daripada pelaburan
yang tak patuh syariah.
Kalau
korang tengah gunakan insuran konvensional, masih sempat untuk buat perubahan.
Bertindak segera.
No comments:
Post a Comment