Panduan Tukar Hakmilik Secara Sukarela
Panduan Pertukaran Hak Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Melalui
Pengesahan Biometrik
1. SYARAT AM:
- Pemilik
berdaftar(penjual) dan pemunya baharu(pembeli) bagi kenderaan persendirian
individu hendaklah hadir sendiri bagi urusan pengesahan cap jari secara
biometrik;
- Wakil
hanya boleh dilantik bagi pihak pemilik berdaftar atau pemunya baharu bagi
kenderaan selain milik persendirian individu;
- Dokumen
asas:
- Pengesahan identiti individu: Pemilik
berdaftar dan Pemunya baharu hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan
diri antaranya seperti myKad, myTentera, myPR dan passport.
- Pengesahan identiti Kerajaan / bank / syarikat
kewangan / insurans / Pertubuhan / Koperasi / Syarikat
Sendirian Berhad / Syarikat Berhad / Perniagaan Milikan Tunggal /
Perniagaan Perkongsian / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan /
Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan Antarabangsa:
·
Salinan Borang 49, Salinan Resolusi /
Minit Mesyuarat Berkenaan Persetujuan Penjualan Kenderaan, Borang 9 Atau Borang
13 Yang Disahkan Oleh Setiausaha Syarikat Atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia(SSM) (Mana-Mana Yang Berkenaan);Atau
·
Salinan Borang D Yang Disahkan SSM;Atau
·
Apa-Apa Dokumen Lain Yang Berkaitan
Pengesahan Identiti (Yang Berkaitan);
·
Surat Persetujuan Penjualan Kenderaan
Motor.
- Surat rasmi lantikan wakil hendaklah dibawa
bersama oleh wakil;syarat di 1.a.i adalah juga terpakai ke atas wakil.
- Borang JPJK3 yang lengkap diisi;
- Perakuan pendaftaran kenderaan motor.
- Tiada
sekatan kepada urusniaga THM seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat
kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senaraihitam
dan sebagainya;
- Kenderaan
motor kecuali motosikal hendaklah dibawa untuk pemeriksaan di PUSPAKOM;
- Permit
kenderaan perdagangan bagi pemunya berdaftar telah dibatalkan terlebih
dahulu;
- Fi
dibayar seperti yang ditetapkan.
2. SYARAT KHAS / DOKUMEN KHAS
a) Pemilik berdaftar yang berada di
luar negara
i.
Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar
berada;
ii.
Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar
dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar
berada.
b) Pemilik berdaftar yang tidak dapat
dikesan atau tidak dapat dihubungi
i.
Perintah Mahkamah.
c) Kenderaan milik syarikat /
perkongsian yang telah digulungkan / dalam proses pembubaran yang diuruskan
oleh Receivers and Managers / Liquidators
i. Surat
persetujuan penjualan kenderaan;
ii. Salinan borang
59 yang disahkan oleh SSM;atau
iii. Salinan borang 70
yang disahkan oleh SSM;atau
iv. Salinan borang 72 yang
disahkan oleh SSM;
d) Kenderaan Perdagangan
i. Khusus untuk
kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom
terlebih dahulu;
ii. Khusus untuk kenderaan
jentera / kenderaan bomba / trak tunda / kenderaan mayat / hendaklah menjalani
pemeriksaan awalan PG11A / PG13B;
iii. Surat pembatalan
permit / surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD / LPKP / Kementerian
Pelancongan
iv. Surat tawaran
kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat;
v. Borang JPJK1 yang
lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai
decontrolled;atau
vi. Borang JPJK11 yang
lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;
vii. Salinan surat
pengecualian daripada Perbendaharaan / MITI / kastam yang disahkan (jika berkenaan).
No comments:
Post a Comment