Monday 3 September 2018

Apa Itu Takaful?

Jika sebelum ini saya telah berkongsi tentang apa itu insurans. Hari ini saya akan memperkenalkan pula apa itu takaful.

Dari segi perkataan, takaful diambil daripada perkataan arab iaitu ‘kafala’ yang bermaksud menjaga atau menjamin keperluan seseorang. Ini bermaksud permuafakatan antara dua pihak atau lebih, bersetuju untuk saling menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku kerugian disebabkan bencana atau musibah.
Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan dalam kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan. Secara mudahnya takaful ini macam khairiat kematian. Duit dikumpul oleh setiap ahli. Sekiranya berlaku kematian, jadi duit tersebut akan digunakan untuk proses pengurusan jenazah serta pengebumian. Konsep yang sama tapi lebih luas skop yang ditanggung dan terbuka kepada bukan tertakluk pada satu kawasan atau kumpulan sahaja.

Konsep saling menjamin atau insurans ini telah wujud sekian lama. Salah satu daripadanya ialah penggunaan konsep “Aqilah” yang digunapakai oleh masyarakat Arab jahiliyah. Keadaan bangsa Arab yang tinggal dalam bentuk kesukuan atau kabilah membolehkan amalan ini dilakukan. Sekiranya berlaku pergaduhan dan menyebabkan kematian satu pihak maka pihak yang membunuh akan dikehendaki membayar ganti rugi kepada keluarga orang yang terbunuh. Bayaran ganti rugi itu akan dikutip di kalangan ahli suku atau Kabilah si pembunuh. Ia merupakan satu bentuk jaminan yang wujud pada ketika itu.

Takaful yang wujud pada hari ini pula adalah Takaful berbentuk perniagaan (Tijari) di mana sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara’ iaitu terhindar daripada unsur Riba (bunga), Maisir (perjudian) dan Gharar (ketidakpastian). Untuk tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, perniagaan Takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru’ (derma) dan perjalanan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep “Mudharabah” dan “Wakalah”.

Dalam kontrak Takaful ini, peserta bersetuju untuk saling menjamin antara mereka. Ia berasaskan kepada sifat persaudaraan, kasih sayang dan saling bantu membantu. Dikatakan demikian kerana sumbangan wang yang diberikan oleh peserta akan dikumpulkan dan wang tersebut digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami musibah atau kerugian. 

Konsep Takaful
Para ulama telah bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai dengan kehendak syari’ah hendaklah berdasarkan konsep takaful islam. Didalam perlaksanaan takaful hendaklah tiada unsur-unsur riba, maisir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian). Dibawah ini saya senaraikan tentang ciri-ciri utama operasi takaful:
a. Pihak syarikat atau pengendali takaful bukanlah pihak yang menanggung risiko. Akan tetapi peserta yang saling menjamin dan bersetuju melindungi satu sama lain. Ini berbeza dengan Insurans. Dimana pihak syarikat adalah pihak yang menanggung risiko.
b. Syarikat bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak peserta dalam usaha menguruskan operasi takaful.
c. Semua bayaran sumbangan yang dibayar oleh peserta akan dikumpulkan dalam satu tabung dana. Dana ini dipanggil dana tabarru’.
d. Dalam masa yang sama, wang yang ada dalam dana tersebut boleh dilaburkan dalam mana-mana perlaburan yang diluluskan oleh Majlis Syariah.

Sumber :


No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...