Oleh Messrs.
Azimah & Co.
Bagi mereka yang terlibat dalam
kemalangan jalan raya (untuk kes yang melibatkan kerosakan kereta sahaja dan
tiada sebarang kecederaan fizikal) berikut saya senaraikan langkah-langkah yang
perlu diambil dalam membuat laporan polis dan tuntutan insurans:
1. Sejurus selepas kemalangan
berlaku, berhentikan kenderaan anda di bahu jalan dan pastikan kenderaan anda
tidak menghalang lalu lintas.
2. Keluar dari kenderaan untuk
memeriksa kerosakan kenderaan anda dan mengambil details pihak yang melanggar
atau kenderaan yang anda langar.
3. Ambil gambar kenderaan yang
melanggar @ dilanggar, nombor plat kenderaan yang melanggar @ dilanggar,
roadtax kenderaan yang melanggar @ dilanggar.
4. Dapatkan details pemandu
kenderaan yang melanggar @ dilanggar.
Sebaiknya minta ic mereka dan snap
gambar ic mereka. Sekiranya mereka enggan untuk memberikan kerjasama, nyatakan
kepada mereka di bawah seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987, anda mempunyai
hak di sisi undang-undang sebagai orang yang dilanggar untuk mendapatkan
details pihak yang melanggar.
Seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan
1987 menyatakan seperti berikut:
Kewajipan berhenti jika berlaku
kemalangan
52. (1) “Jika dalam apa-apa hal,
disebabkan adanya suatu kenderaan motor di sesuatu jalan, suatu kemalangan
berlaku, pemandu kenderaan motor itu hendaklah berhenti dan, jika dikehendaki
berbuat demikian oleh mana-mana orang yang mempunyai alasan yang munasabah bagi
menghendaki sedemikian, memberikan nama dan alamatnya dan juga nama dan alamat
pemunya dan nombor pendaftaran kenderaan motor itu”.
5. Dapatkan nombor telefon pemandu
kenderaan yang melanggar @ dilanggar.
Untuk memastikan pemandu tersebut
tidak memberikan nombor telefon palsu, minta pemandu tersebut keluarkan hp
mereka dan suruh pemandu tersebut “missed call” hp anda.
Yang ni saya sendiri dah banyak kali
“terkena”. Bila minta no hp, pemandu kenderaan yang melanggar akan bagi entah
apa-apa nombor yang bila kita call balik selepas kemalangan tersebut, nombor hp
yang diberikan itu tidak wujud atau tidak dapat dihubungi.
6. Sekiranya kenderaan anda masih
selamat untuk dipandu, segeralah memandu kenderaan anda ke balai polis trafik
yang berhampiran untuk membuat laporan polis.
Sekiranya kenderaan anda sudah tidak
selamat untuk dipandu, telefon hotline syarikat insurans kereta anda bagi
mendapatkan khidmat tow truck dari pihak insurans.
JANGAN sesekali tergopoh gapah
dengan memberikan keizinan kepada ulat-ulat tow truck yang datang ke tempat
kemalangan dan menawarkan khidmat towing ke bengkel mereka.
7. Pegawai Penyiasat / Penolong
Pegawai Penyiasat / Ketua Polis Balai atau mana-mana Sarjan di Balai yang
menerima repot polis anda akan menjalankan siasatan awal bagi kes kemalangan
jalan raya tersebut.
Pegawai Penyiasat (IO) kes akan
merakam percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan
mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan serta menjalankan siasatan di tempat
kejadian dan menyediakan rajah kasar sekiranya kejadian berlaku di kawasan
pentadbiran balai yang menerima repot.
8. Pegawai Penyiasat akan
mengeluarkan keputusan kes dalam masa 15 hari selepas kemalangan. Salinan
report akan dibekalkan serta merta atau tidak melebihi 3 hari bekerja manakala
bagi rajah kasar dan gambar kemalangan adalah tidak melebihi 15 hari.
9. Selepas keputusan kes, lakaran
rajah kasar dan gambar kemalangan dikelurakan oleh pihak polis, anda boleh
datang semula ke balai polis tempat anda membuat laporan tersebut untuk membeli
salinan keputusan kes, lakaran rajah kasar dan gambar kemalangan bagi kegunaan
tuntutan insurans untuk kos membaiki kerosakan kereta anda.
10. Tuntutan kerosakan kereta
terhadap pihak insurans yang melanggar kenderaan anda hendaklah dibuat secepat
mungkin.
Dalam kes saya, saya menghantar
kereta saya ke Pusat Service Perodua untuk dibaiki pada bulan October iaitu
kira-kira 5 bulan selepas dari tarikh kemalangan berlaku.
Sekiranya ada delay dalam membuat
tuntutan insurans, anda perlu membuat surat kepada pihak insurans untuk memaklumkan
sebab kelewatan dalam membuat tuntutan kerosakan kereta.
Seperti dalam kes saya, saya
menghantar surat kepada pihak insurans memaklumkan kelewatan dalam membuat
tuntutan kerosakan kereta adalah disebabkan saya cuti bersalin.
11. Sebaiknya hantar kereta anda
untuk dibaiki di service centre.
Jika kereta anda yang dilanggar
model Honda, hantar ke Service Centre Honda bagi memastikan kerosakan kereta
anda dibaiki dengan sempurna dan segala spare parts digantikan dengan spare
parts yang asli model keluaran kereta anda.
12. Apabila anda menghantar kereta
anda untuk dibaiki di Service Centre, bagi mempercepatkan proses tuntutan
insurans dan membaiki kerosakan kereta anda, pihak Service Centre lazimnya akan
membuat tuntutan kos kerosakan kereta ke atas insurans kereta anda.
Kemudianya, pihak insurans kereta
anda yang akan membuat tuntutan ke atas insurans pihak kenderaan yang melanggar
anda.
Jangan risau, NCD insurans kereta
anda tidak akan terjejas!
13. Selain daripada kos membaiki
kerosakan kereta, anda juga layak untuk menuntut Loss of Use daripada pihak
insurans.
Tuntutan bagi Loss of Use adalah
tuntutan yang dibuat oleh pihak yang dilanggar terhadap syarikat insurans pihak
yang melanggar bagi kos kenderaan gantian selama mana kenderaan anda yang dilanggar
berada di bengkel bagi urusan repair.
Loss of Use juga bertujuan untuk
memberikan wang pampasan kepada anda bagi kos pengangkutan yang terpaksa anda
bayar selama mana kenderaan anda tidak boleh digunakan.
14. Ada sesetengah bengkel yang
menyediakan kereta gantian untuk anda gunakan.
Namun, bukan semua bengkel ada
khidmat itu.
Service Centre contohnya tidak
menyediakan khidmat kenderaan gantian untuk anda. Jadi, anda boleh membuat
tuntutan Loss of Use daripada pihak insurans kenderaan yang melanggar kenderaan
anda.
15. Setelah kereta anda siap dibaiki
oleh pihak Service Centre, anda hanya perlu memaklumkan kepada pihak Service
Centre yang anda ingin membuat tuntutan untuk Loss of Use.
Pihak Service Centre akan
menyediakan laporan lengkap beserta dengan salinan dokumen yang diperlukan
untuk tuntutan anda.
Kebiasaanya laporan dan dokumen
untuk tuntutan Loss of Use ini akan dikeluarkan dalam masa 3-5 hari bekerja
setelah kereta anda siap dibaiki.
16. Hantar dokumen dan laporan
tersebut ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan anda untuk
diproses.
Dapatkan details officer in charge
untuk tuntutan Loss of Use anda dan buat follow up dari semasa ke semasa.
Lazimnya pihak insurans akan
mengambil masa 2 minggu hari bekerja untuk memproses tuntutan Loss of Use anda
sebelum membuat pembayaran kepada anda.
No comments:
Post a Comment