Saturday 8 September 2018


 Perbezaan Insuran Kereta dan Takaful
                   Related image

6 Perbezaan Insuran Kereta dan Takaful

Sila teruskan baca jika anda ingin tahu perbezaan insuran kereta dan takaful yang sudah nyata lagi sah antara kedua jenis insuran ini.
1.     Perjanjian insuran konvensional adalah satu kontrak jual beli biasa sahaja. Manakala perjanjian motor takaful pula adalah kontrak tabbaru’ (derma & sumbangan) yang disertakan dengan pelaburan.

2.    Peserta insuran konvensional membayar premium kepada syarikat insuran. Manakala peserta motor takaful pula membuat sumbangan ke dalam takaful. Setiap peserta menjamin sesama sendiri di bawah skim takaful.

3.    Bayaran wang premium peserta dianggap sebagai wang syarikat insuran konvensional. Manakala motor takaful tidak menganggap sumbangan takaful sebagai wang syarikat dan akan diasingkan dalam tabung takaful.

4.    Syarikat insuran konvensional bertanggungjawab membayar manfaat insuran seperti dalam kontrak jual beli daripada asetnya sendiri. Manakala syarikat takaful bertindak sebagai pengendali atau pemegang amanah dan membayar manfaat insuran daripada kumpulan wang peserta.

5.    Pelaburan wang insuran konvensional bebas beroperasi tanpa sebarang kekangan syariah. Seperti juga pelaburan saham dan mutual fund lain, sudah pasti syarikat konvensional memilih instrumen yang membawa pulangan terbesar di Malaysia iaitu perjudian dan minuman keras. Manakala pelaburan motor takaful hanya menggunakan instrumen yang mematuhi dan berlandaskan syariah Islam

6.    Peserta insuran konvensional tidak mendapat apa-apa bahagian jika syarikat insuran untung, jika bernasib baik mereka hanya akan diberi diskaun oleh ejen tertentu sebagai gula-gula mendapatkan pelanggan. Manakala motor takaful akan berkongsi lebihan keuntungan dengan peserta pada tahun tersebut daripada tabung takaful secara konsep mudharabah.

keputusan adalah berada di tangan anda, jika mahu harga insuran atau takaful dengan kadar yang terbaik, pilihlah kami sebagai egen pilihan anda di:

SALAM UKHUWAH ONE STOP CENTRE
019-2214320/ 019-3334320
atau fax; 05-8904320




No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...