MASIH KELIRU DI ANTARA MARKET VALUE DAN AGREED VALUE?
Tiba
masa untuk renew takaful kereta, ejen kita pun mula lah hantar reminder pada
Whatsapp. Dihantar sekali quotation (sebutharga) polisi baru. Tiba-tiba
ternampak perkataan Agreed Value.
Ataupun, tiba masa untuk renew, kita pun kelam kabut
cari ejen untuk tolong renewkan takaful untuk tahun yang akan datang.
Ejen pula bertanya, nak insure mengikut agreed value (nilai dipersetui) atau
market value (nilai pasaran)? Apa tu? Apa bezanya?
Perbezaan di antara market value dan agreed value
Market Value/ Nilai Pasaran
Secara
amnya, nilai pasaran atau market value adalah nilai kereta anda mengikut harga
pasaran ketika pembaharuan takaful dibuat. Jadi jika anda menginsuranskan
kereta anda pada harga pasaran, anda akan dibayar pampasan mengikut harga
pasaran ketika berlakunya kemalangan atau kecurian.
Contohnya: Takaful kereta anda tamat pada bulan Disember 2017.
Semasa pembaharuan takaful, harga pasaran kereta Honda City anda yang berusia
dua tahun ketika itu adalah RM45,000.
10
bulan kemudian, kereta anda dicuri dan anda membuat tuntutan ke atas polisi
anda. Kerana 10 bulan telah berlalu, nilai kereta anda telah pun susut. Kini
nilai pasaran kereta anda bukan lagi RM45,000 tetapi RM42,500. Maka anda akan
diberi pampasan sebanyak RM42,500 sahaja dan bukan RM45,000.
Agreed Value/ Nilai Dipersetujui
Nilai
dipersetujui adalah nilai yang telah dipersetujui oleh pemegang polisi dan juga
pengendali takaful terlebih dahulu ketika pembaharuan polisi dibuat. Nilai ini
ditentukan oleh faktor-faktor underwriting tertentu. Jika berlaku kecurian atau
tuntutan total loss, pengendali takaful akan membayar pampasan penuh mengikut
nilai yang telah dipersetujui ini.
Contohnya: Anda telah menginsuranskan kereta anda atas nilai dipersetujui
sebanyak RM60,000. 10 bulan kemudian, anda kemalangan di mana kereta anda
hancur dan tidak lagi boleh diperbaiki. Pampasan yang anda akan dapat daripada
pengendali takaful anda ialah sebanyak RM60,000. Walaupun mungkin pada masa itu
nilai pasaran kereta anda hanya RM53,000.
Perbezaan premium di antara polisi mengikut market value dan
agreed value
Jika
anda membeli polisi mengikut harga pasaran (market value), and sebenarnya
membayar premium (harga takaful/ insurans) mengikut harga pasaran kereta anda
di ketika pembaharuan dibuat. Contohnya, harga pasaran ketika renewal adalah
RM50,000 dan premium anda ialah RM1,500 setahun.
Tetapi
ketika tuntutan dibuat kerana kecurian, pampasan yang diterima adalah lebih
rendah daripada RM50,000. Di sini punca ketidak-puasan hati pelanggan di mana
mereka berasa mereka tertipu kerana membayar premium bagi nilai yang lebih
tinggi.
Manakala
premium bagi polisi mengikut nilai dipersetujui (agreed value) dianggap lebih
adil kerana premium polisi yang dibayar adalah mengikut jumlah diinsuranskan
(sum insured) yang sama dengan pampasan yang akan diperolehi.
Risiko Membeli Takaful Mengikut
Nilai Pasaran
Nilai pasaran kenderaan sering mengikut panduan yang
diberikan oleh MyCarInfo. Inilah
jumlah yang diinsuranskan atau sum insured bagi kenderaan anda. Bahayanya
membeli perlindungan takaful mengikut nilai pasaran adalah kemungkinan
terkurang atau terlebih insurans (under-insurance atau over-insurance).
Jika
berlakunya terkurang insurans, anda hanya akan diberi pampasan sebahagian
daripada jumlah yang sepatutnya. Jika terlebih insurans pula, anda hanya
akan dibayar mengikut nilai pasaran ketika kecurian atau kemalangan berlaku,
walaupun premium yang anda bayar adalah mengikut nilai diinsuranskan yang lebih
tinggi.
Malangnya
tiada jawapan yang tepat bagi soalan ini. Apa yang penting adalah pengguna
perlu terlebih dahulu faham perbezaan di antara kedua-dua kaedah ini bagi
membolehkan pengguna membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan.
Bilakah market value bersesuaian
bagi anda?
Selalunya,
jika anda mempunyai kenderaan yang bukan lagi dianggap baru, dan tiada
ubah-suai dilakukan pada kereta. Bagi contoh seperti ini, ianya dicadangkan
agar pengguna membeli takaful mengikut nilai pasaran. Jika berlaku kecurian,
pampasan pada nilai pasaran mungkin masih boleh bagi pemegang polisi untuk
mendapatkan kereta yang lebih kurang sama keadaannya dengan kereta miliknya
yang dicuri.
Bilakah agreed value bersesuaian
bagi anda?
Jika
anda memiliki kereta yang baru dibeli, dan mungkin telah membelanjakan wang
ringgit yang lumyan untuk mengubah suai kereta anda, ianya dicadangkan anda
membeli polisi takaful mengikut nilai dipersetujui. Polisi mengikut nilai
dipersetujui dapat memasukkan nilai tambahan yang tidak dipertimbangkan dalam
kaedah polisi nilai pasaran.
Dengan
cara ini, jika berlaku kecurian atau total loss, anda akan dapat pampasan yang
setimpal dengan nilai kenderaan anda yang dicuri atau total loss. Dan ini
membolehkan anda membeli kereta baru yang sama dan masih memilik wang lebihan
untuk lakukan semula pengubah-suaian pada kereta baru itu.
Keputusan
sama ada pengguna ingin mengikut kaedah polisi nilai pasaran atau nilai
dipersetujui adalah keputusan peribadi pengguna. Jika anda memutuskan polisi
mengikut nilai dipersetujui adalah lebih sesuai bagi anda, pastikan syarikat
insurans atau pengendali takaful anda memberikan pilihan ini. Kerana mungkin
bukan semua syarikat yang menawarkannya.
https://www.ibanding.com/masih-keliru-di-antara-market-value-dan-agreed-value/
No comments:
Post a Comment