INSURANS MANA YANG SENANG CLAIM?
Ketika
ingin memperbaharui cukai jalan, kebanyakan pengguna akan bertanya “Insurans
mana yang senang claim?”
Sebenarnya,
semua insurans senang claim. Asalkan kita beli insurans secukupnya (bukan
undervalue atau third party) dan tuntutan tersebut bukan penipuan (fraud).
Memang tuntutan akan cepat dapat. Pihak insurans tak mampu nak lambatkan
tuntutan begini sebab setiap hari mereka ada banyak tuntutan nak proses. Kes
yang genuine dan tiada keraguan biasanya terus lulus.
Bila
kita nak buat tuntutan, bagus juga untuk tahu jenis-jenis tuntutan insurans
kenderaan yang ada. Supaya bila berurusan dengan bengkel, kita tak lah
terpinga-pinga. Jadi, jom semak apa jenis tuntutan insurans kenderaan yang ada:
1. Tuntutan OD (Own Damage)
· Merujuk
kepada tuntutan insurans anda sendiri. Mestilah insurans komprehensif dan anda
akan kehilangan NCD bila tuntutan dibuat.
· Dokumen
yang diperlukan:
·
Borang
tuntutan
·
Salinan
lesen memandu
·
Salinan
geran
·
Laporan
polis
· Selepas
dokumen lengkap diserahkan, biasanya insurans akan berikan jawapan dalam 7 hari
(kecuali tuntutan yang perlukan siasatan lanjut atau kerosakan teruk)
2. Tuntutan KFK (Knock For Knock)
·
Jika
kemalangan salah pihak lain, tetapi insurans anda KOMPREHENSIF. Jadi, insurans
anda akan tanggung dahulu kos tanpa tolak NCD.
·
Insurans
anda akan tuntut dari insurans pihak yang bersalah kemudian hari.
·
Ini
kerana tuntutan pihak ketiga biasanya lambat. Tanggungjawab pihak insurans
untuk pastikan anda boleh pakai kenderaan secepat mungkin. Sebabkan itu
insurans anda akan keluarkan kos dahulu.
3. Tuntutan Pihak Ketiga (Third Party)
·
Jika
kemalangan salah pihak lain, dan anda tiada insurans kenderaan atau insurans
third party sahaja. Jadi, kena tuntut insurans pihak yang bersalah.
·
Biasanya
lambat boleh cecah 8 bulan.
·
Untuk
percepatkan kena rajin follow up dengan insurans pihak yang bersalah.
Kadang-kadang ada dokumen tertentu tak lengkap menyebabkan insurans lambat
proses.
·
Boleh
tuntut Compensation for Actual Repair Time (CART) – atau dikenali juga sebagai
Loss of Use. Loss Adjuster akan berikan tafsiran berapa hari yang sebenarnya
diperlukan untuk perbaiki kenderaan anda, dan anda boleh tuntut amaun tersebut
dari insurans pihak yang bersalah. Kadar standard oleh PIAM seperti berikut:
·
Cara
Tuntut CART atau Loss of Use:
· Setelah
kereta anda siap dibaiki oleh bengkel panel, maklumkan kepada bengkel anda
ingin buat tuntutan Loss of Use. Minta bengkel berikan laporan beserta dengan
salinan dokumen yang diperlukan untuk tuntutan anda.
· Hantar
dokumen dan laporan tersebut ke syarikat insurans kenderaan yang melanggar
kenderaan anda untuk diproses. Dapatkan details officer in charge dan follow up
dari semasa ke semasa. Lazimnya pihak insurans akan mengambil masa 2 minggu
hari bekerja untuk memproses tuntutan sebelum membuat pembayaran kepada anda.
·
Secara
alternatif, anda juga boleh tuntut kos kereta sewa yang sama jenis dan kapasiti
untuk jumlah hari yang ditafsirkan oleh Loss Adjuster. Boleh tuntut salah satu
sahaja.
4. Tuntutan Hilang
·
Biasanya
agen insurans yang tolong buatkan claim. Jika anda ambik insurans dengan agen
hanya hubungi semula agen. Jika anda beli insurans dari Pejabat Pos, MYEG atau
direct dengan pihak insurans, kena hubungi sendiri pihak insurans.
·
Serahkan
borang tuntutan berserta dokumen sokongan.
·
Anda
akan dapat tawaran insurans dalam masa 6 bulan atau apabila siasatan polis
selesai, yang mana dahulu.
No comments:
Post a Comment