Thursday 20 September 2018


KEMALANGAN JALAN RAYA & TUNTUTAN INSURANS


Kemalangan jalan raya adalah sesuatu yamg sangat ditakuti oleh kesemua pengguna jalan raya. Seboleh mungkin, setiap pengguna jalan raya mahu mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan.

Namun, ada kalanya walaupun di pihak kita telah memandu dgn penuh cermat dan berhati-hati tapi dek kerana kecuaian pemandu yang lain kita turut sama terlibat dengan insiden kemalangan jalan raya.

Hari ini admin ingin berkongsikan tentang kemalangan jalan raya dan tuntutan insurans kepada pembaca-pembaca blog post ini.

Apabila berlaku kemalangan, perkara pertama yg perlu dilakukan adalah BERTENANG. Tidak perlu keluar menyerang si pemandu yang melanggar anda atau yang telah mengakibatkan kemalangan tersebut dengan steering-lock.

Ya, bukan mudah untuk meminta sesorang bertenang apabila ditimpa musibah seperti ini tetapi ingatlah seandainya anda panik dan marah, ianya juga tidak akan boleh menyelesaikan masalah yang terjadi.

Jadi bertenanglah, tarik nafas dan cuba untuk berfikir dengan bijak.

Berikut, admin senaraikan perkara-perkara penting yg perlu dilakukan apabila anda terlibat dengan kemalangan jalanraya:
1) Sila bertenang dan jangan cemas.
2) Periksa jika anda ada mengalami sebarang kecederaan atau pun tidak. Kemudian, periksa penumpang-penumpang lain di dalam kenderaan anda. Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
3) Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
4) Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
5) Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
6) Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
7) Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).
8) Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/ pengendali takaful masing-masing.
9) Keluarkan handphone anda dan ambil gambar (bukan suruh guna monopod selfie upload masuk FB tapi ambil gambar-gambar penting untuk rekod anda).
Ambil gambar kerosakan kereta anda, serpihan-serpihan kemalangan di tempat kejadian, gambar lokasi, nama jalan, keadaan di sekitar kwsn kemalangan ketika itu. Gambar-gambar ini akan memudahkan urusan anda ketika membuat laporan polis nanti.
10) Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
11) Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/ pengendali takaful anda atau nombor “hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.
12) Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
13) Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/ pengendali takaful anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/ pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.
14) Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat insurans/ pengendali takaful anda.

Bagi kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan atau bodily injury, baik yang melibatkan si pemandu mahupun para penumpang, berikut admin senaraikan perkara-perkara yang perlu anda lakukan:
1) Dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Seboleh mungkin untuk rawatan awal pergi ke hospital kerajaan bagi mendapatkan laporan perubatan berhubung dengan kecederaan anda. Sekiranya melibatkan kecederaan teruk, dapatkan laporan perubatan doktor pakar.
2) Simpan semua resit perbelanjaan bagi kos rawatan, rawatan susulan, ubat-ubatan, supplement atau vitamin tambahan, resit-resit perjalanan ke hospital dan segala perbelanjaan lain yang telah anda keluarkan sepanjang tempoh mendapatkan rawatan tersebut.
3) Setelah anda discharge daripada hospital, dapatkan khidmat nasihat peguam bagi memulakan tuntutan terhadap insurans pihak yang melanggar anda.

Sebaiknya, sebelum anda membuat laporan polis bincang terlebih dahulu dengan peguam tersebut bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan bagaimana untuk membuat laporan polis yang betul.
Banyak kes yang ditanya kepada kami sebelum ini berkenaan dengan tuntutan insurans bagi kemalangan jalan raya yang tidak mendapat pampasan insurans yang sewajarnya kerana membuat laporan polis yang tidak tepat.

Penggunaan bahasa yang betul dan penerangan yang tepat tentang bagaimana berlakunya kemalangan tersebut semasa membuat laporan polis adalah sangat penting bagi menentukan liabiliti pihak yg terlibat dalam kemalangan tersebut.

Setelah laporan polis dibuat, pihak pegawai penyiasat akan menyiasat laporan kemalangan tersebut. Kebiasannya pihak polis akan pergi ke tempat kejadian kemalangan bagi menyiasat dan mengambil gambar serta bukti yang masih terdapat di situ.
Bayangkan sekiranya kemalangan tersebut menyebabkan kecedaraan parah dan pemandu serta penumpang-penumpang lain di dalam kenderaan tersebut terpaksa ditahan di hospital selama berbulan-bulan lamanya, laporan polis hanya boleh dibuat setelah mereka keluar daripada hospital.

Setelah tempoh masa yang lama sebegitu, apabila pihak polis pergi ke tempat kejadian bagi menyiasat kes kemalangan tersebut pastinya bukti-bukti penting dan gambaran kasar tentang kemalangan jalan raya tersebut seperti serpihan kaca dari kereta, seretan tayar di permukaan jalan, kesan darah dan sebagainya sudah hilang.

Di sinilah pentingnya untuk mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya untuk mengambil gambar di tempat kejadian sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku.

Sekiranya anda mengalami kecederaan parah dan tidak boleh bergerak ketika itu, cuba untuk dapatkan bantuan daripada mereka yang berada di tempat kejadian untuk mengambil gambar bagi pihak anda.

Setelah siasatan polis selesai, pihak polis akan mengeluarkan saman kepada pihak yang bersalah. Sekiranya saman telah dikeluarkan, kes anda akan menjadi lebih mudah bagi membuat tuntutan dengan pihak insurans.

Tetapi sekiranya pihak polis tidak dapat menentukan siapa yang bersalah dalam mengakibatkan kemalangan tersebut, pihak polis akan mengarahkan supaya kes tersebut dirujuk kepada pihak Insurans (Refer to Insurans- RTI) atau dirujuk kpd Magistrate (Refer to Magistrate- RTM).

Langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah bawa semua dokumen-dokumen penting (salinan IC, salinan geran kenderaan yang terlibat dalam kemalangan), laporan perubatan dan laporan pakar, resit-resit perjalanan dan perbelanjaan anda sepanjang berada di hospital, dan laporan polis berjumpa dengan pihak peguam bagi kes tuntutan kemalangan tersebut.

Moga Bermanfaat~

Sumber :

No comments:

Post a Comment

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...