Kepentingan Insurans
Perjalanan / Travel Insurance
RAKYAT MALAYSIA MASIH MEMANDANG RINGAN INSURANS
PERJALANAN
Kita kerap mendengar atau
membaca berita tentang rakyat Malaysia yang terlantar di hospital sambil
menunggu ehsan orang ramai di tanahair kerana tidak mampu menanggung kos
perubatan ketika terjatuh sakit di luar negara. Perkara ini tidak mungkin
berlaku seandainya kita melindungi diri dengan membeli insurans dan Takaful
perjalanan setiap kali kita ke luar negara. Akan tetapi masih ramai yang tidak
mengambil berat tentang kepentingan dan keperluan perlindungan ini.
Menurut kajian yang
dilakukan di talian oleh syarikat insuras am Tune Protect baru-baru ini,
walaupun 80% rakyat Malaysia yang memahami kepentingan perlindungan tersebut,
malangnya hanya 34.8% yang membelinya untuk perlindungan
diri.
Sikap pelancong
Malaysia
Apabila merancang sesuatu
perjalanan atau percutian, rakyat Malaysia masih hanya pentingkan keseronokan
dan tidak mengambil endah tentang keselamatan diri. Ini berpunca daripada sikap
yang menganggap kemalangan tidak akan berlaku pada diri sendiri.
Segala persiapan dilakukan
dengan rapi. Dari tiket kapalterbang ke penginapan hotel perlu terlebih dahulu
ditempah. Bahkan ramai yang menghabiskan masa berjam-jam melayari laman
Tripadvisor dan Agoda untuk memilih hotel yang cantik dan sesuai dengan
citarasa dan bajet.
Pakaian yang ingin dibawa
juga perlu lengkap. Baju sejuk diperlukan jika melancong ke negara sejuk.
Selipar dan topi pula jika ke kepulauan tropika.
Sebelum bermula perjalanan
atau percutian pula, kunci rumah ditinggalkan dahulu bersama adik-beradik jika
berlakunya sebarang kecemasan. Agenda percutian dan itinerari perjalanan diberi
kepada ibu dan ayah agar mereka tahu di mana kita berada di sepanjang
percutian.
Tapi berapa ramai yang
melayari laman syarikat insurans untuk membuat sedikit kajian tentang produk
insurans perjalanan yang ditawarkan? Dan berapa ramai pula yang membelinya?
Japawannya telah pun disebut di atas: 3 atau 4 dalam setiap 10 orang.
FUNGSI INSURANS PERJALANAN. APA
YANG DILINDUNGI?
Malang tidak berbau. Ianya
boleh menimpa sesiapa, di mana jua dan pada bila-bila masa sahaja. Dan ianya
hanya perlu berlaku sekali, padah dan akibatnya mungkin kita tanggung sepanjang
hayat, seperti kes-kes yang disebut di atas.
Di sini senarai risiko yang
dilindungan insurans perjalanan untuk pemahaman kita:
1.
Pembatalan atau pemendekan perjalanan
Kos yang ditanggung bagi
perjalanan yang tidak dapat dituntut semula seperti deposit hotel dan tiket
penerbangan setelah perjalanan terpaksa dibatalkan atau dipendekkan akan diberi
pampasan oleh syarikat insurans. Sebab-sebab pembatalan dan pemendekan
perjalanan perlulah munasabah dan mengikut syarat.
2.
Kelewatan perjalanan
Kos yang ditanggung akibat
kelewatan penerbangan atau pelayaran akan dibayar oleh polisi insurans
perjalanan. Tempoh kelewatan yang ditetapkan untuk memenuhi syarat mungkin
berbeza mengikut syarikat insurans. Kebiasaannya ianya tidak kurang dari 12
jam. Pampasan juga diberi ke atas belanja makan dan penginapan akibat kelewatan
ini.
3.
Kelewatan bagasi
Anda diberi ganti rugi
sekiranya berlaku kelewatan bagasi jika melebihi sesuatu tempoh waktu. Bayaran
juga diberikan jika anda terpaksa membeli pakaian baru atau keperluan lain
disebabkan oleh kelewatan bagasi anda ketika di luar negara.
4.
Risiko ke atas barang-barangan peribadi, wang ringgit serta passport
Insurans perjalanan memberi
perlindungan terhadap kerosakan atau kehilangan barangan peribadi disebabkan
oleh kenderaan pengangkut. Ini termasuklah bagasi, barangan peribadi serta wang
ringgit. Jika kehilangan passport dan dokumen perjalanan, pampasan akan
diberikan selama anda terpaksa menunggu passport/ dokumen diganti. Pampasan ini
termasuklah kos tambahan untuk penginapan, perbelanjaan perjalanan dan
komunikasi.
5.
Kos perubatan
Kos perubatan di negara
luar jauh berbeza dengan kos di negara kita. Perlindungan ini adalah yang
terpenting sekiranya anda ingin ke luar negara terutama negara-negara kos
tinggi seperti United Kingdom, Australia dan Jepun. Kos rawatan, pembedahan,
dan hospital ditanggung oleh syarikat insurans sekiranya anda jatuh sakit atau
kemalangan semasa dalam perjalanan anda.
6.
Pemindahan perubatan kecemasan
Sekiranya anda perlukan
rawatan semasa di luar negara manakala kemudahan perubatan di kawasan di mana
anda berada tidak memadai, polisi insurans perjalanan anda akan menanggung kos
pemindahan kecemasan anda ke hospital yang bersesuaian. Contoh sekiranya anda
melancong ke ski resort di puncak gunung dan mengalami kemalangan. Anda mungkin
perlu diterbangkan menaiki helikopter ke hospital terdekat.
7.
Penghantaran pulang jenazah
Sekiranya berlaku kematian
ketika dalam perjalanan, pihak syarikat insurans akan menanggung kos membawa
balik jenazah pemegang polisi insurans perjalanan.
8.
Liabiliti diri
Sekiranya anda menyebabkan
kecederaan kepada pihak ketiga atau mengakibatkan kerosakan harta benda pihak
ketiga, polisi insurans perjalanan akan lindungi anda daripada liabiliti dan
membayar perbelanjaan guaman.
Harga insurans perjalanan
sebenarnya tidaklah mahal, terutama sekali jika dibandingkan dengan kos
perjalanan itu sendiri. Jadi mengapa ambil risiko?
Jika inginkan lagi
keterangan lanjut atau ingin mula dapatkan sebutharga bagi jenis-jenis produk
perlindungan perjalanan yang ditawarkan, tanyakan kepada ejen-ejen di direktori
dengan mudah di sini.
~~~~~~~~~~~~~~~
Komen Dr Cat :
Auww terasa uols... ya..
saya jarang klik Travel Insurance Tune yang ada disediakan bersama tiket Air
Asia misalnya ( RM10.60 domestic, RM26.80 overseas).Biasanya saya menggunakan
flight dalam negeri sahaja...masa ke Bandung hari tu pun, saya menggunakan
insurans untuk kakitangan kerajaan yang cuma boleh guna once a year.(kalau nak
travel overseas lagi, kena beli insurans sendiri ya) Tapi setelah membaca artikel
ini dan melihat banyak kes - kes jatuh sakit di luar negara semasa melancong
dan secara tiba- tiba menanggung beban hutang beratus ribu ( 100-300k) untuk
rawatan di luar negara, rasa seriau pulak. Walaupun memang ada insurans
kesihatan( medical card ), kena semak balik sebab normal insurans ni cover
kesihatan shj, tak cover kecurian, flight delay, flight cancelled,bagasi
hilang, tebusan(huhu takut),rampasan kapalterbang - nauzubillah!
Dan perlu diingat semua insurans tak cover flight yang tuan badan sendiri
cancel kecuali anda tiba-tiba sakit sebelum berlepas(kena ada dokumen lah -
surta doktor etc- kena check polisi). Apa-apa pun check polisi insurans dan
ambillah mana yang berkenan di hati. Selalunya kos insurans perjalanan ni range
dia dalam RM20.00 hingga RM50++ ( single trip), dan maybe dalam RM150 - 250
(bagi mereka yang keluar negara dengan kerap dalam setahun-tak payah beli
insurans setiap kali nak keluar, beli sekali je). Dan ada banyak jenis dari
standard ke gold ke platinum dan VIP type. Bukan kita doakan benda tak baik
berlaku, namun sediakan payung sebelum hujan ya...mana nak cekau RM100k kalau
kena hospitalised 2 minggu misalnya di overseas? Bagi pendaki gunung pula,
boleh pilih insurans yang cover dengan helikopter evacuation sekiraya anda
bimbang anda tercedera di puncak gunung yang menyukarkan team penyelamat darat
nak selamatkan anda.
No comments:
Post a Comment