SEBELUM
MELANCONG, INI 10 FAKTA INSURANS PERJALANAN YANG PATUT ANDA TAHU
Tidak
semua aktiviti berisiko tinggi yang dilakukan semasa anda melancong dilindungi
insurans. (Gambar hiasan)
PERNAHKAH anda terfikir
sekiranya berdepan situasi kehilangan bagasi ketika sedang bercuti?
Sebenarnya
tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia mendapat perlindungan insurans
sehingga RM38,845 (AS$10,000).
Satu
kaji selidik yang dijalankan Zoom Travel Insurance baru-baru
ini mendedahkan 31 peratus pelancong tidak mengetahui sepenuhnya terma dalam
polisi insurans perjalanan mereka.
Malah,
mereka juga tidak tahu apa yang boleh dilindungi oleh insurans sewaktu bercuti.
Pengarah
Pemasaran Zoom Travel Insurance, Kate Smith berkata, memahami apa
yang boleh dilindungi oleh insurans adalah sesuatu yang sangat penting.
"Amat
penting untuk mereka memahami apa yang boleh menjadi penghalang kepada mereka
untuk membuat tuntutan perlindungan insurans.
"Tidak
kira sama ada ia pertama kali atau sudah beratus kali anda melancong,
pastikan merujuk kepada ejen insurans jika ada sesuatu yang tidak jelas.
"Tidak
salah jika anda memahami semua polisi insurans, malah ia akan memudahkan segala
urusan dan boleh mengelakkan kekecewaan sewaktu membuat tuntutan kelak,"
katanya.
Berikut
merupakan 10 fakta mengenai insurans perjalanan yang anda patut tahu.
1. Perlindungan bermula pada hari anda
membeli polisi insurans
Pembatalan
juga sebenarnya dilindungi oleh insurans. Andai kata terdapat hal kecemasan dan
anda perlu membatalkan perjalanan pada hari anda sepatutnya memulakan
percutian, anda layak untuk membuat tuntutan.
2. Terlepas penerbangan
Siapa
yang tidak bengang sekiranya terlepas penerbangan. Jika anda mengalami hal ini
kerana kelewatan anda sendiri, jangan bermimpi untuk membuat tuntutan. Namun, sekiranya
ia berlaku kerana isu mekanikal, lebihan tempahan ataupun penyelenggaraan
pesawat, anda layak untuk membuat tuntutan kerana ia adalah tanggungjawab
syarikat penerbangan itu.
3. Terlepas pandang, poket juga melepas
Sekiranya
bagasi dan barangan peribadi anda dicuri, ia masih dilindungi oleh insurans.
Namun, jika ia hilang kerana kecuaian dan kelalaian anda sendiri, tuntutan
insurans anda akan ditolak. Begitu juga dengan barangan yang tertinggal dalam
teksi atau di tempat pemunggahan bagasi, ia tidak akan dilindungi oleh
insurans.
4. Had setiap barangan
Kebanyakan
polisi perjalanan membenarkan anda untuk menginsuranskan barangan berharga
secara berasingan bersama dengan polisi perjalanan anda. Bagaimanapun, ramai
yang tidak menyedari hakikat bahawa setiap barang mempunyai had tertentu.
Memang benar bagasi dilindugi dengan insurans sebanyak RM38,845 (AS$10,000),
namun anda mungkin hanya boleh membuat tuntutan maksimum sebanyak RM2,910
(AS$750) bagi setiap barang tidak spesifik atau RM7,761 (AS$2000) untuk
komputer riba dan barangan eletronik. Penting juga untuk anda membuat
semakan bagi memastikan barangan berharga seperti kamera dan peralatan
perubatan mudah alih dilindungi sepenuhnya.
5. Lebih cepat lebih baik
Sudah
menempah perjalanan? Sekarang adalah masa terbaik untuk membeli insurans
perjalanan. Apabila berlakunya pembatalan kerana bencana alam, anda boleh
membuat tuntutan. Ini kerana jika bencana alam seperti gempa bumi dan letusan
gunung berapi sudah mula dilaporkan oleh media, pada waktu itu sudah tiada guna
untuk anda membeli polisi insurans perjalanan. Jadi, membeli insurans lebih
awal adalah satu kemestian.
6. Memberi perhatian kepada segala butiran
Terdapat
banyak jenis insurans perjalanan yang menawarkan perlindungan berbeza. Jadi,
amatlah penting untuk anda mengkaji perbezaan setiap polisi insurans. Perlu
anda tahu bahawa insurans perjalanan biasa hanya melindungi dari aspek
perubatan sahaja. Jika anda mahukan perlindungan dari aspek yang lebih meluas
seperti menunda perjalanan dan pembatalan, carilah insurans yang tepat.
7. Berfikir sebelum bergaya
Sekiranya
anda merancang untuk bergaya sakan dengan barang kemas dan perhiasan sewaktu
bercuti, anda patut memikirkan semula perancangan itu. Ini kerana insurans
tidak akan melindungi barangan berkenaan. Jika anda berkeras untuk membawa
cincin berlian mahal mahupun perhiasan lain sewaktu bercuti, ada baiknya jika
anda menginsuranskannya di bawah polisi rumah anda sendiri.
8. Mabuk sehingga menjejaskan perlindungan
insurans
Satu
kemestian bagi sesetengah orang (bukan Islam) untuk menikmati minuman keras
sewaktu bercuti. Namun, jika anda mabuk sehingga berkelakuan tidak baik, ia
mungkin boleh menjejaskan tuntuan perlindungan anda.
9. Mencabar adrenalin
Terfikir
untuk melakukan sesuatu yang mencabar sewaktu percutian? Jika anda mahu
melakukan sukan ekstrem dan aktiviti merbahaya, perlu diingat tidak semua
aktiviti berisiko tinggi dilindungi insurans. Jadi, ada baiknya jika anda
membeli insurans tambahan yang melindungi aktiviti anda.
10. Usia
Sekiranya
ahli keluarga jatuh sakit atau meninggal dunia sewaktu anda berada di luar
negara, skim insurans yang komprehensif akan melindungi segala kos perjalanan
balik. Namun, ia juga tertakluk kepada usia ahli keluarga anda yang jatuh sakit
atau meninggal dunia. Zoom tidak akan membayar perlindungan kecemasan keluarga
jika individu berkenaan sudah melepasi usia 84 tahun ataupun jatuh sakit kerana
penyakit sedia ada.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/jelajah/cerita/2018/01/27/tip-insurans-perjalanan/#i7EUwyF0v1QUWFSQ.99
No comments:
Post a Comment