Tuesday 29 January 2019


Pelan Perlindungan Lengkap (INSURAN NYAWA)



Untuk memilih pelan perlindungan yang lengkap, mula-mulanya saya menasihati anda memilih produk takaful dan jauhi produk insurans. Ini kerana takaful adalah pelan perlindungan patuh syariah manakala insurans pula pelan perlindungan yang tidak patuh syariah. Apakah perbezaan antara dua jenis pelan ini, saya akan kupas di artikel lain.

Syarikat yang menawarkan pelan perlindungan takaful banyak di Malaysia seperti PruBSN Takaful, MAA Takaful, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful, Great Eastern Takaful dan sebagainya. Kesemua syarikat ini menawarkan pelan yang lengkap kepada pelanggan-pelanggan mereka.
Apakah yang dimaksudkan oleh saya pelan perlindungan yang lengkap? Mari kita sama-sama menelitinya. Bagi saya, saya akan membahagikan pelan ini kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1 dan Bahagian 2.





Bahagian 1

Bahagian ini kebiasaan disebut sebagai “investment link”. Nama produk Bahagian 1 ini berbeza-beza mengikut syarikat takaful. Bagi PruBSN Takaful dan MAA Takaful Bahagian 1 ini dikenali sebagai Takafulink, Etiqa Takaful (MESRA) dan Takaful Ikhlas (IST).

Apakah yang terkandung dalam Bahagian 1? Anda boleh rujuk gambar yang dilampirkan. Bahagian 1 terdiri daripada “life takaful” dan simpanan. Life takaful terdiri daripada unsur pampasan kematian, pampasan sakit kritikal, pampasan hilang anggota atau upaya dan elaun wad.

Bahagian 1 ini akan berfungsi apabila:
  1. setelah peserta meninggal dunia dimana waris peserta akan mendapat manfaat kematian peserta.
  2. setelah peserta disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit krtikal (rujuk ketetapan syarikat masing-masing) dan peserta akan mendapat pampasan sakit kritikal.
  3. setelah peserta hilang upaya atau anggota badan atau lumpuh akibat kemalangan maka peserta akan memperolehi pampasan ini.
  4. setelah peserta masuk wad minima 6 jam (rujuk ketetapan syarikat masing-masing) peserta akan mendapat elaun wad.


Bahagian 2

Bahagian ini dikenali sebagai kad perubatan.

PruBSN Takaful dikenali Takaful Health, MAA Takaful dikenali Smart Medic 100, Takaful Ikhlas dikenali Ikhlas Medic Assist Takaful (IMAT) dan Etiqa Takaful dikenali Mesra Medic. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing serta mampu memberi khidmat yang amat baik kepada pelanggan mereka.
Apakah fungsi kad perubatan ini? 

Kad perubatan ini digunakan untuk membantu kita menanggung kos rawatan hospital apabila kita memasuki wad untuk rawatan. Sinonim penggunaan kad adalah untuk menanggung kos rawatan sakit krtikal kerana kosnya amat besar.
Sebagai contoh merawat sakit jantung berjumlah RM50,000.00, maka peserta akan menggunakan kad perubatan itu untuk membayar bil rawatan yang dikenakan. Ini adalah sumber bantuan kita yang amat bernilai kerana jika anda tidak memilikinya anda akan menghadapi kesukaran yang amat perit.

Ini kerana anda akan menggunakan semua simpanan, menjual aset, membuat hutang serta memohon bantuan masyarakat semata-mata untuk membayar kos rawatan tadi. Oleh itu, pelan perlindungan yang lengkap haruslah terdiri daripada dua bahagian ini. Kenapa? Saya berikan 3 situasi untuk kita memahami lebih jelas.


Situasi 1 (Peserta hanya mempunyai Bahagian 1 sahaja)

En. Ali telah disahkan menghidapi penyakit jantung dan perlu dirawat. Oleh itu, En.Ali telah dimasukkan ke hospital kerajaan dan doktor menyatakan En.Ali perlu menunggu selama 3 bulan untuk mendapatkan pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) atau mendapatkan pembedahan segera di hospital pakar. Kos rawatan yang perlu ditanggung adalah RM40,000.00 (di IJN ataupun hospital pakar).

En.Ali tidak mempunyai kad perubatan maka En.Ali perlu mengumpul wang sebanyak RM40,000.00 untuk rawatannya dengan cara terpaksa mengeluarkan tabungan ASB, TH, KWSP, berhutang dengan ahli keluarga dan rakan serta mohon bantuan orang ramai. Keadaan ini amat memeritkan sesiapa sahaja yang mengalaminya.

Namun, En.Ali boleh membuat tuntutan sakit krtikal daripada syarikat takaful yang beliau langgan. Jumlah pampasan mengikut berapa yang En.Ali carumkan. Pampasan ini akan diperolehi setelah berurusan dalam tempoh masa 1 bulan jika semua dokumen tuntutan lengkap (sila rujuk syarikat takaful anda untuk maklumat lebih tepat untuk polisi anda).

Kesimpulannya, jika anda hanya mempunyai Bahagian 1 sahaja anda akan menghadapi kesusahan yang amat apabila ingin mengumpul duit yang banyak untuk mendapat rawatan. Anda harus ingat, setiap detik boleh membuatkan penyakit anda pulih atau menjadi parah. Mendapatkan rawatan yang cepat dapat menyelamatkan keadaan anda.


Situasi 2 (Peserta hanya mempunyai Bahagian 2 sahaja)

En.Kasim hanya mempunyai kad perubatan sahaja. Apabila En.Kasim disahkan menghidapi sakit jantung, beliau terus boleh mendapatkan rawatan di hospital pakar yang beliau sukai.

En.Kasim tidak perlu bersusah payah untuk mengumpul duit yang banyak untuk membayar kos rawatannya malah hanya perlu menyiapkan maksimum RM1000 sahaja (jika pelan PruBSN Takaful) dan selebihnya dibiayai oleh syarikat takaful. Andaikan kos rawatan jantung En.Kasim berjumlah RM50,000.00 dan En.Kasim memiliki kad perubatan di bawah PruBSN Takaful,

En.Kasim hanya membayar RM1000 sahaja dan selebihya (RM49,000.00) akan di bayar oleh PruBSN Takaful. (RM1000 itu adalah untuk bayaran ko-takaful 10% daripada kos rawatan tertakluk minima RM300 dan maksima RM1000)
Kini En.Kasim telah menjalani pembedahan. Namun beliau tidak boleh membuat tuntutan sakit krtikal kerana beliau tidak mempunyai polisi Bahagian 1.


Situasi 3 (Peserta mempunyai Bahagian 1 dan 2)

En.Ismail juga menghidapi sakit jantung seperti mana En.Ahmad dan En.Kasim namun En.Ismail lagi untung daripada mereka. Kenapa? Untuk rawatan En.Ismail menggunakan kad perubatan seperti En.Kasim dan selepas itu En.Ismail menuntut pampasan sakit kritikal, elaun wad, elaun bedah seperti En. Ahmad.
Untung En.Ismail ialah:
  1. tidak bersusah payah hendak mengumpul duit, rawatan PERCUMA
  2. mendapat pampasan untuk digunakan rawatan susulan ataupun menyara keluarganya. 

Inilah 3 situasi yang akan berlaku kepada kita jika pelan perlindungan kita tidak lengkap. Anda boleh pilih situasi yang manakah yang anda ingin pilih. Bagi saya Situasi 3 adalah terbaik, Situasi 2 adalah kedua terbaik dan Situasi 1 adalah ketiga terbaik. Ini adalah nasihat saya :
  1. kepada yang tidak mempunyai Bahagian 1 dan 2...silalah mohon sekarang jika anda sayang pada diri anda dan keluarga anda,
  2. kepada yang mempunyai Bahagian 1 sahaja, saya nasihatkan anda mengambil Bahagian 2 untuk melengkapkan pelan perlindungan anda.
  3. kepada yang telah memiliki Bahagian 1 dan 2 saya ucapkan TAHNIAH!!! kerana anda telah bertindak bijak dalam pengurusan menyelamatkan wang dan diri anda!!!

Saya telah memiliki pelan perlindungan lengkap di bawah pelan Takafulink dan Takaful Health PruBSN Takaful. Mengapa PruBSN Takaful? Saya telah mendapat kelebihan itu dan saya rasa patut berkongsi dengan anda supaya kita sama-sama dapat merasainya. SESUATU YANG MENARIK YANG SAYA INGIN KONGSIKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMILIKI BAHAGIAN 1 DAN 2. 

Sekian sahaja kupasan saya hari ini. Sebarang pertanyaan boleh nyatakan kepada kami..





sumber:

http://www.urusduit.com/p/pelan-perlindungan-lengkap.html

Friday 25 January 2019


5 Sebab Mengapa Tuntutan Takaful Kenderaan Anda Mungkin Ditolak
Gambar Sumber Mr Google

Tak ramai di antara kita yang mengambil inisiatif membaca dan fahami dengan teliti terma dan syarat yang tertakluk dalam polisi insurans atau takaful kenderaan kita. Sehinggalah sesuatu musibah berlaku, barulah kelam kabut memunggah laci mencari polisi. Tapi sudah baca pun masih tak faham.
Jadi kami mudahkan kerja anda di sini dan terangkan sebab-sebab lazim mengapa tuntutan takaful atau insurans kenderaan anda ditolak oleh syarikat insurans atau pengendali takaful.

1. Pemandu tidak dinamakan/ Unnamed driver
Adakah kereta anda dipandu oleh pasangan anda, anak atau rakan anda ketika kemalangan berlaku? Tahukah anda, polisi insurans/ takaful anda hanya melindungi anda?
Tetapi ini tak bererti orang lain tak lagi boleh memandu kereta anda. Perlindungan yang sama boleh ditawarkan kepada orang lain dengan mendaftarkan mereka sebagai “named driver” di dalam polisi anda. Jadi jika kereta anda sering dipandu oleh orang lain selain anda, contohnya, anak, suami atau isteri, maka wajarlah mendaftarkan nama mereka.
Tapi jangan risau, jikalau kemalangan sudah berlaku dan pemandu bukanlah seorang named driver, anda masih boleh buat tuntuta. Anda hanya perlu membayar excess sebanyak RM400.
Di Malaysia, anda boleh masukkan dua nama ke dalam polisi kenderaan anda secara percuma. Nama-nama tambahan dikenakan RM10 seorang.

2. Tiada laporan polis
Jika anda tidak pasti tentang prosedur yang perlu diambil jika berlakunya kemalangan, anda boleh rujuk artikel ini.
Salah satu perkara yang paling kritikal perlu anda lakukan ialah melapurkan kemalangan tersebut kepada pihak polis trafik dalam masa 24 jam. Jangan sesekali terlepas pandang atau mengambil mudah langkah ni! Buruk padahnya. Kerana jika tiada laporan polis, atau laporan dibuat hanya setelah masa 24jam berlalu, tuntutan anda mungkin ditolak terus oleh pihak syarikat insurans.
Jadi jangan berlegah. Segera pergi ke balai polis sebaik sahaja kemalangan berlaku. Dan pastikan anda ke balai polis trafik!
3. Polisi anda tidak melindunginya
Ramai yang beranggapan memiliki insurans atau takaful sahaja sudah cukup untuk melindungi segala apa sahaja jenis kerosakan atau kemalangan. Tak tepat tu.
Misalnya anda memiliki Third Party atau Polisi Pihak Ketiga, polisi jenis ini tidak melindungi kos membaiki bagi KERETA ANDA SENDIRI! Fahamkan betul-betul. Memanglah premium perlindungan jenis ini mudah berbanding polisi komprehensif. Tetapi ia hanya menampung kos membaiki kereta milik pihak ketiga. Ini bererti jika berlaku kemalangan, walaupun bukan salah anda, seperti kes langgar lari katakan, pihak syarikat tidak akan membayar kos membaiki kereta anda.
Bagi polisi komprehensif pula, jangan berfikir yang anda selamat dari segala jenis kes. Contoh-contoh jenis kerosakan yang TIDAK dilindungi ialah:
·         kerosakan/ kerugian akibat rusuhan
·         kecurian aksessori
·         kerugian/ kerosakan akibat banjir
·         kecederaan atas diri sendiri (jadi pastikan anda miliki perlindungan kemalangan peribadi)
Untuk fahami jenis-jenis perlindungan, rujuk artikel ini.

4. Kegagalan memenuhi syarat/ memberikan maklumat yang tepat
Ketika membuat pemharuan/ renewal, terutama sekali jika anda melakukannya dengan sendiri contohnya melalui online, pastikan anda memberikan maklumat yang 100 peratus tepat.
Dengan terlancarnya liberalisasi tarif insurans kenderaan pada Julai 2017, syarikat insurans dan takaful memerlukan lebih banyak maklumat sebelum dapat menentukan harga insurans kereta. Di antaranya: taraf perkahwinan, pekerjaan, ciri-ciri keselamatan kenderaan dan juga tempat meletak kereta.
Contohnya, tempat letak kereta persendirian yang dikawal rapi memiliki risiko kecurian lebih rendah berbanding tempat letak kereta awam yang terbuka. Jadi jika berlaku kecurian kerana maklumat yang anda berikan adalah tidak tepat dengan realiti, pihak syarikat berhak menolak tuntutan anda.
5. Memandu dalam keadaan mabuk
Memang ternyata ini melanggar undang-undang jalan raya. Bukan sekadar memandu dalam keadaan mabuk, tetapi juga dalam keadaan khayal akibat penyambilan substan seperti dadah. Jika anda terlibat dalam kemalangan ketika di dalam keadaan sedemikian, tuntutan insurans anda tidak akan dilayani. Malah anda mungkin akan dikenakan denda atau dihadapi ke mahkamah.
Berhati-hatilah, kerana walaupun anda pemandu cekap walaupun dalam keadaan mabuk, anda mungkin berkemalangan akibat pemandu lalai atau tidak berpengalaman.
Sebab-sebab lain yang wajar difikirkan adalah:
·         Penggunaan kenderaan peresendirian untuk tujuan perniagaan atau komersil. Jika anda terlibat dalam kemalangan contohnya ketika menghantar barangan perniagaan kepada pelanggan, jika diketahui pihak syarikat, mereka mempunyai hak untuk menolak tuntutan anda.
·         Under-insurance atau terkurang insurans. Ini tidak semestinya mengakibatkan penolakan tuntutan, tetapi anda mungkin hanya akan dapat menuntut jumlah yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya.

Tuntutan anda ditolak? Nak buat apa sekarang?
Jika anda berasakan anda telah dilayan secara tidak adil oleh syarikat insurans atau pengendali takaful anda, ketahui jika anda boleh melakukan rayuan. Jika masih tidak mendapat keputusan yang anda inginkan, anda boleh membawa aduan atau pertikaian anda ke PIAM (Persatuan Insurans Am Malaysia), Bank Negara Malaysia atau Ombudsman Financial Services.


Saturday 19 January 2019


Bagaimana Insurans Binatang Berfungsi?


Menurut Persatuan Insurans Kesihatan Amerika Utara, terdapat 179 juta haiwan peliharaan di Amerika Utara yang membuat anggaran $ 58. 5 bilion perbelanjaan tahunan. Penjagaan kediaman adalah perbelanjaan ketiga terbesar dalam kategori ini, yang membiayai pemilik haiwan peliharaan sekitar $ 15. 25 bilion setahun.

Amerika telah mengambil perhatian terhadap kenaikan kos rawatan veterinar. Lebih daripada satu juta haiwan peliharaan kini dilindungi di bawah polisi insurans haiwan pada kos kolektif sebanyak $ 595 juta. Ia adalah industri yang agak baru: Tidak sampai taring yang terkenal, Lassie, pertama menerima polisi insurans haiwan pada tahun 1982 bahawa insurans haiwan menjadi pilihan rasmi. Sejak tahun 2009, industri telah berkembang purata sebanyak 13% setahun; dari 2012 hingga 2013 terdapat peningkatan sebanyak 14.6% dalam dasar aktif.
Walaupun populariti semakin meningkat, mencari maklumat tentang insurans haiwan kesayangan tidak mudah kerana hanya segelintir syarikat memegang hampir 90% bahagian pasaran. Inilah yang anda perlu ketahui.

Ia Tidak Seperti Insurans Kesihatan Insan
Anda suka haiwan kesayangan anda seperti ahli keluarga tetapi industri insurans melihat Fido atau Fluffy lebih sebagai harta. Itu sebabnya insurans asuransi berfungsi lebih seperti insurans harta daripada insurans kesihatan. Tetapi sebelum anda mengingatkan seseorang bahawa haiwan kesayangan anda bukan sekeping harta, penunjukan ini berfungsi dengan baik. Membaca dan memahami polisi adalah cakewalk berbanding polisi insurans kesihatan yang ditulis untuk manusia. Pertimbangkan kelebihan ini:

1. Anda boleh memilih doktor haiwan anda. Selagi doktor haiwan berlesen, penanggung insurans haiwan tidak akan memberitahu anda siapa yang anda boleh dan tidak dapat melihat. Tidak ada doktor dalam atau keluar dari rangkaian seperti polisi insurans kesihatan anda sendiri yang mungkin menentukan.

2. Dasar mudah. Kebanyakan syarikat mempunyai beberapa tahap untuk dipilih. Satu boleh meliputi hanya kemalangan, yang lain mungkin meliputi kemalangan dan penyakit, dan yang ketiga menyediakan lebih banyak liputan untuk lebih banyak keadaan.

3. Premium adalah agak murah. Kos purata bulanan untuk anjing dengan dasar peringkat terendah adalah kurang daripada $ 14 sebulan. Pelan teratas purata $ 98 setiap bulan. Sudah tentu, kos bergantung kepada pelbagai pembolehubah termasuk baka dan umur haiwan, di mana anda tinggal, dan pilihan yang anda pilih sebagai sebahagian daripada dasar anda. Kucing juga lebih murah.

Jika anda memahami bercakap tentang insurans, anda boleh mengetahui dasar insurans haiwan kesayangan. Anda akan membayar premium bulanan atau tahunan, anda perlu membayar potongan (jumlah tertentu sebelum dasar sepertinya) dan anda mungkin mempunyai bayar bersama. Potongan tahunan biasanya pada tahap rendah - antara $ 100 dan $ 250 - dan mengharapkan bayaran bersama anda tidak lebih daripada 30% daripada kos dalam senario terburuk.

Terdapat satu perbezaan utama berbanding dengan banyak dasar penjagaan kesihatan manusia. Orang pertama yang membajak wang adalah anda - bukan syarikat insurans.Dalam erti kata lain, sebagai tanda di beberapa pejabat doktor mengatakan, "Pembayaran akan dibayar pada masa perkhidmatan. "Selepas anda membayar, anda memfailkan tuntutan dengan penyedia insurans haiwan peliharaan anda dan tunggu sebentar.

Sesetengah doktor haiwan boleh membenarkan anda membayar balik sehingga syarikat insurans membayar bahagiannya. Tetapi sebelum anda mengatakan ya kepada prosedur dolar yang tinggi pastikan anda jelas mengenai cara pembayaran.

Bagaimana jika Binatang saya Bukan Anjing atau Kucing?

Pilihan penanggung insurans anda mungkin hanya satu atau dua. Malah, anjing sahaja mewakili 90% daripada semua dasar di Amerika pada tahun 2013 - data terkini yang tersedia. Kucing menyumbang sebahagian besar baki 10%.

Jika anda mempunyai seekor burung, iguana atau pet haiwan lain, lihat Insurans Binatang Veterinari, (VPI) satu bahagian penginsurans popular di seluruh Negara. Ia mungkin penyedia insurans haiwan eksotik yang terbesar dan terkenal.

Apa Yang Akan Menonton Untuk

Pertama, jika haiwan kesayangan anda mempunyai keadaan yang sedia ada, dasar anda mungkin tidak akan melindungi mereka. Sekiranya haiwan anda mengalami sakit perut, contohnya, sesetengah syarikat mungkin cuba untuk menghadkan perlindungan pada keadaan yang menyenaraikan kesakitan perut sebagai salah satu gejalanya. Sebelum mengatakan ya kepada polisi insurans haiwan peliharaan, berbincanglah dengan syarikat itu dan jelaskan bagaimana ia memutuskan apa yang menjadi syarat sebelum ini. Sesuatu dalam rekod perubatan haiwan kesayangan anda yang tidak berbahaya boleh menjadi masalah besar jika anda kemudian memfailkan tuntutan.

Pada nota yang berkaitan, anda mungkin perlu mendapatkan haiwan kesayangan anda diperiksa oleh doktor haiwan sebelum mendapat liputan jika ia tidak melihat doktor haiwan dalam lebih dari setahun.

Seterusnya, tempoh menunggu. Anda tidak boleh mengambil insurans haiwan kesayangan apabila anda mengetahui bahawa haiwan kesayangan anda memerlukan prosedur yang mahal. Penanggung insurans tahu trik itu. Itulah sebabnya mereka memulakan tempoh menunggu. Tempoh menunggu berbeza-beza mengikut keadaan, tetapi secara amnya akan menjadi 24 hingga 48 jam untuk kemalangan, dan dari 14 hari untuk penyakit kepada satu tahun pada keadaan perubatan tertentu, bergantung pada jenis.

Tanya tentang pembayaran maksimum. Ini mungkin termasuk maksimum setiap insiden, setiap tahun atau sepanjang hayat polisi. Pada dasarnya, dasar peringkat tertinggi mempunyai pembayaran tertinggi.

Akhirnya, kebanyakan polisi akan meningkatkan premium anda untuk menjelaskan kenaikan kos dan untuk keadaan dan umur haiwan kesayangan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah syarikat tidak. Tanya tentang kenaikan kadar sebelum menandatangani polisi.

Adakah Ia Betul?

Menurut satu majalah pengguna yang dihormati, mungkin tidak. Laporan Pengguna mengkaji dasar-dasar dari tiga syarikat insurans yang memegang bahagian pasaran 90% kolektif dalam industri insurans haiwan dan membandingkannya dengan hayat doktor haiwan seumur hidup untuk seorang pahlawan berusia 10 tahun yang tinggal di New York dengan kesihatan yang agak baik.

Majalah itu mendapati bahawa tiada sembilan dasar yang akan dibayar lebih banyak daripada jumlah keseluruhan premium yang dibelanjakan oleh pemilik.

Tetapi ketika Laporan Pengguna menambahkan beberapa keadaan kesihatan hipotetis dan mahal ke dalam campuran itu, ia melaporkan bahawa "beberapa dasar" telah mengembalikan pembayaran positif.

Dalam kes kucing, CR memandang anak kucing dengan keadaan jantung yang berharga kira-kira $ 7, 100 dan kucing berusia 10 tahun yang memerlukan $ 9,000 rawatan untuk kanser.Dalam kedua-dua kes ini, mempunyai insurans haiwan kesayangan akan menyelamatkan wang pemiliknya.

Laporan itu juga mendapati bahawa insurans haiwan kesayangan untuk penjagaan kesihatan tidak sepadan dengan kos. Menurut laporan itu, mungkin lebih baik untuk membayar penjagaan doktor rutin keluar dari saku.

Tetapi ingat bahawa insurans haiwan kesayangan, atau sebarang insurans untuk perkara itu, tidak direka untuk menjadikan keuntungan (selain untuk penanggung insurans). Anda membeli insurans untuk melindungi daripada peristiwa bencana dan tidak boleh mengharapkan untuk menghasilkan wang.


Tuesday 15 January 2019


#TahukahAnda: 10 Silap Penyenggaraan Kereta yang Kerap Pemandu Buat

RAMAI kalangan kita kerap melakukan kesilapan penyenggaraan kereta. Paling kerap dilakukan ialah mengambil mudah perkara yang perlu diberikan keutamaan segera. Sesetengahnya tidaklah menelan kos yang besar, cuma sikap kita yang suka menangguh.
Akibatnya, benda yang asalnya murah saja, tetapi boleh menelan belanja ribuan ringgit jika kerosakan berlaku. Jangan sambil lewa ok!
1. ABAIKAN AMARAN PERIKSA ENJIN

Banyak kes mendedahkan sikap pemandu yang hanya mengabaikan tanda amaran Periksa Enjin (Check Engine)yang menyala. Alasannya, kereta masih mampu beroperasi secara normal. Tapi ingat, situasi tersebut boleh menyebabkan kereta anda berhenti beroperasi tiba-tiba.
Paling teruk, kos baik pulih menelan belanja besar dan kereta terpaksa bermalam di bengkel berhari-hari lama. Semakin lama anda tidak peduli tentang amaran itu, semakin tinggi pula kos yang bakal dilaburkan.
2. TIDAK PERIKSA TEKANAN TAYAR

Ini kesalahan yang biasa dilakukan. Pemandu terlalu bergantung kepada pandangan mata sedangkan hakikatnya tayar kereta mereka kurang tekanan angin. Akibatnya, kereta bergerak dengan penggunaan bahan bakar yang lebih.
Tekanan angin tayar juga boleh berubah disebabkan cuaca luar sama ada sejuk atau panas. Jadi, anda mesti kerap memeriksa tekanan tayar dengan menggunakan tolok tekanan angin yang boleh dibeli di kedai aksesori kereta.
3. TANGGUH TUKAR MINYAK ENJIN

Teknologi bendalir kenderaan berkembang cukup maju seiring kepesatan teknologi automotif. Rata-rata kereta moden hari ini tidak perlu lagi menukar minyak enjin mereka pada setiap 5,000km perbatuan. Ia berita baik buat pemandu dari segi penjimatan kos dan masa penyenggaraan.
Namun, itu bukan bermakna anda boleh sesuka hati menangguh menukar minyak enjin apabila tiba masanya. Minyak enjin juga tidak boleh dibiarkan terlalu lama dalam enjin walaupun kereta anda kurang bergerak. Tukarlah mengikut masa atau perbatuan yang disyorkan.
4. ABAIKAN PERIKSA SISTEM BENDALIR DAN PELINCIR

Ramai salah faham bahawa hanya minyak enjin yang perlu diperiksa dan ditukar. Memang betul minyak enjin paling kritikal penjagaannya, tetapi banyak lagi bendalir lain yang mesti diperiksa, ditukar dan ditambah jika perlu. Minyak brek, minyak gear, penyejuk enjin (coolant) dan minyak stereng kuasa sepatutnya diperiksa dan diservis dari masa ke semasa seperti dimaklumkan pengeluar.
5. DEGIL MEMANDU KETIKA ENJIN PANAS LAMPAU (OVERHEATING)

Tanyalah mana-mana pakar automotif, mereka pasti menyuruh anda menghentikan kenderaan secepat mungkin. Sifat enjin secara semulajadi beroperasi dalam keadaan panas dan memerlukan sistem penyejukan untuk mengelak panas melampau (overheating). Apabila sistem itu gagal (boleh berlaku kepada sesiapa saja), anda perlu berhenti segera. Tiada penyelesaian terbaik melainkan memanggil perkhidmatan trak tunda.
6. TIDAK GUNA PENAPIS DISYORKAN

Penapis udara perlu bersih untuk memastikan enjin bekerja pada tahap optimum. Penapis yang bersih menghalang bendasing daripada memasuki sistem bahan api, enjin dan penyaman udara. Kegagalan menukar penapis menyebabkan komponen kereta cepat rosak selain menjejaskan penggunaan bahan api.
7. ABAIKAN PERIKSA BREK

Anda boleh mengabaikan brek semudah menganggap bunyi berkeriut dari kawasan tayar sebagai bunyi dari kenderaan sebelah. Faktanya, brek adalah antara komponen kereta paling penting. Ini kerana brek kereta yang sudah haus atau tidak berfungsi memberi isyarat hidup anda dan penumpang sudah tidak selamat atas jalan raya.
Jadi jangan abaikan apa saja bunyi yang anda dengar datang dari kawasan tayar kereta. Cepat-cepat ke bengkel untuk diperiksa.
8. TIDAK MEMUTARKAN TAYAR, ABAIKAN PENJAJARAN RODA

Anda masih boleh memandu dengan mengabaikan perkara di atas. Namun kegagalan melakukankannya boleh memendekkan jangka hayat tayar yang akan cepat haus atau rosak berbanding biasa. Situasi boleh jadi lebih buruk kerana boleh menjejaskan sistem pengendalian stereng, brek dan suspensi.
9. BUAT BAIK PULIH SENDIRI TANPA ADA ASAS KEMAHIRAN

Ada sesetengah perkara anda boleh baiki sendiri. Ada pula situasi anda perlu ke bengkel bertauliah kerana banyak komponen kereta hari ini melibatkan tetapan komputer yang memerlukan alatan, pengetahuan dan kelengkapan diagnostik khas. Jangan jadi seperti 'tikus membaiki labu'.
10. TIDAK TUKAR BILAH PENGELAP

Tahap optimum bilah pengelap cermin akan merosot disebabkan faktor masa dan perlu segera diganti apabila tidak mampu lagi mengelap dengan baik. Misalnya, pandangan hadapan kereta masih tidak jelas ketika memandu dalam cuaca buruk seperti hujan.

Friday 11 January 2019


19 tip membeli kereta terpakai
1. Beli terus dgn pemilik asal
Bila beli dengan pemilik asal, segala rekod berkaitan kenderaan dapat diperoleh. Tambahan pula biasa rekod perbatuan jarang diusik oleh pemilik asal. Kemahiran berunding amat diperlukan kerana kalau kena gaya, pemilik asal boleh memberi diskaun atas harga jualan.

2. Semak mileage dengan service center
Sekiranya membeli dari penjual kenderaan terpakai, buat carian kenderaan di pusat servis jenama kenderaan. Cuba selidik bila kereta tersebut melakukan service di pusat service bertauliah, bila kali terkahir service dan pada kilometer ke berapa
3. Beli dgn 15% dari gaji, maksimum 15% dari gaji untuk kos pembayaran ansuran bulanan. Ini tak termasuk lagi kos kos tersembunyi semasa pemilikan kenderaan. Kalau bayaran melebihi15%, nanti tercekik cashflow. Semasa pilihan kereta dibuat, pastikan ini merupakan benchmark pertama
4. Cek ruangan enjin untuk marking, semasa proses pemasangan, komponen kenderaan akan ditanda dengan menggunakan pen marker atau paint marker. Tandaan ini dibuat sebagai proses meiruka (pemberitahuan) bahawa komponen ini telah dipasang dengan betul oleh juruteknik bertauliah. Kenderaan yang dibaikpulih selepas kemalangan jarang mempunyai tanda ini. So kalau tiada tanda ini kemungkinan besar kenderaan telah mengalami kemalangan
5. Spot Welding
Kepingan2 besi chassis dan body part biasanya dicantumkan melalui proses spot welding. Kepingan body part ini akan disusun di atas jig dan dicantum melalui proses spot welding. Spot welding ni mencairkan besi dan apabila sejuk, bahagian spot akan bercantum dalam bentuk bulatan seperti gambar.
Spot welding ni biasanya akan di buat di assembly line. Kalau kereta mengalami kemalangan, bengkel luar akan menggunalan kaedah MIG welding.
Semasa mengintai2 kereta terpakai, lihat bahagian bonet hadapan di sekitar absorber tower, bahagian radiator di pasang dan sekitar fender. Kalau tiada tanda spot welding, kemungkinan kereta telah mengalami kemalangan
6. Ketuk body kenderaan untuk bunyi yang sekata, untuk kemalangan yang melibatkan panel body serta tidak serius, pemilik asal biasanya akan membaik pulih panel asal dengan kaedah ketuk, melapiskan permukaan panel dengan simen khas dan akhir sekali, diakhiri dengan cat. Permukaan yang dilapisi dengan simen akan memberikan bunyi yang tidak sama dengan panel asal. Kalau di pusat service, bahagian berkenaan akan diganti baru
7. Tahap keselamatan
Bagi yang menaik taraf kenderaan dari kompak ke kereta sedan atau mpv, selain ruang bagasi luas, faktor keselamatan harus diutamakan. Cara paling mudah untuk memilih kenderaan dengan ciri keselamatan tinggi ialah memiliki pengiktirafan 5 bintang dan mencapai markah penuh 16 point dari AseanNCAP. Bagi mencapai markah penuh biasanya kenderaan ini dilengkapi dengan Electronic stability control, beg udara, brek anti kunci ABS, ISOFIX untuk kerusi bayi dan menjalani ujian di Makmal Asean Ncap (New Car Assesment Programme)
8. Pilih kereta yang menjimatkan bahanapi
Teknologi terkini seperti VVT, VVTi, Dual VVTi dan iVTEC dicipta bagi mengurangkan penggunaan bahanapi dan mengekalkan kuasa enjin. Walaupun saiz enjin sederhana seperti 1500cc, dengan bantuan teknologi ini, penggunaan bahanapi adalah lebih jimat dan berkuasa
9. Buat benchmark kereta baru dan lama, sebagai contoh sekiranya anda meminati Vios baru 2016, tak salah kalau buat pandu uji. Bila pandu uji kereta baru, kalau boleh ingat macam mana kereta baru tersebut memecut, membrek, mengambil selekoh laju dan perlahan. Perhatian juga perlu diberi terhadap bunyi yang dihasilkan semasa kereta melanggar lopak atau spped bump. Segala penelitian ini akan dijadikan penanda aras sekiranya kita membuat pandu uji terhadap model yang sama untuk membeli unit terpakai
10. Sabar dan bandingkan
Membeli kenderaan terpakai juga tidak semudah membeli kenderaan baru. Bermula dari membuat senarai pendek kereta yang ingin dibeli, pandu uji, membandingkan harga akan mengambil masa yang lama. Saya sendiri mengambil masa lebih kurang 3 bulan sebelum berjaya membeli kereta yang dihajati
11. Pilih kenderaan yg rekod senang dijaga, ada beberapa pertanyaan melalui FB meminta pendapat saya mengenai jenama Continental (Peugeot, BMW, Merz, Ford), tapi maaf saya tiada pengalaman membeli kereta jenama ini. Jenama ini memerlukan minat yang mendalam, sedikit pengetahuan teknikal dan semestinya poket yang tebal untuk membela kereta continental. Seorang peminat BMW dan juga seorang usahawan pernah berpesan pada saya, “ kalau masih lagi makan gaji, usah dicuba BMW”. Dan pada hari kami berbual, beliau baru sahaja membeli penyerap hentak jenama Koni untuk BMW beliau yang berharga RM 2500 sepasang.

12. Pilih kenderaan dgn teknologi terkini

Memang tidak dapat dinafikankan, semakin hari kereta menjadi semakin canggih, selamat dan menjimatkan bahanapi. Keadaan ini menyebabkan kereta lama yang outdated menjadi semakin murah. Walaupun murah, pastikan kenderaan tersebut memenuhi objective pembelian. Sebagai contoh, seorang bapa pasti tidak mahu membeli MPV tanpa beg udara dan brek ABS untuk membawa keluarga balik kampong sekiranya mampu.

13. Elakkan kenderaan over modified

Secara personal, saya tidak suka membeli kereta yang telah diubahsuai secara keterlaluan ala2 Fast n Furious. Objectif pembelian saya ialah untuk membawa keluarga dari point A ke B dengan selamat dan jimat, bukan mahu menyertai drag race. Apa yang saya risau ialah kereta tersebut telah diubahsuai system gantungan sport yang keras, ekzos bising ala lori balak, rim 19 inchi dan system elektronik ECU. Oilih yang standard sahaja.

14. Sentiasa pilih kenderaan dengan mileage rendah kerana kereta ini jarang digunakan dan masih mempunyai jangka hayat yang panjang. Sebagai contoh kalau mileage 200,000km pasti lambat launkomponen enjin dan kotak gear akan rosak akibat kehausan.

15. Terdapat beberapa kes dimana kereta telah terlibat dengan kemalangan yang serius dan kos pembaikan melebihi 50% dari harga kenderaan. Sebagai contoh Myvi dengan nilai yang dilindungi oleh insurance bernilai 40 ribu telah terlibat dengan kemalangan dan kos pembaikan ialah 22 ribu, melebihi separuh kos sum insured. Biasanya pihak insurance akan mengishtiharkan kereta tadi total lost dan membayar ganti rugi kepada pemilik asal. Myvi tadi biasa akan dibeli oleh pemilik bengkel, dibaik pulih dan dijual kembali ke pasaran. Kalau saya memang tidak akan beli Myvi tadi walaupun murah




16. Tetapkan objektif pembelian apabila memilih kereta dan jangan terikut dengan kawan2. Sekiranya kita membeli kereta dan merancang untuk berkahwin, salah satu pilihan yang sesuai ialah Bezza berbanding Myvi. Walaupun bentuk bezza tidak seksi, ruang bagasi yang luas itu akan berguna bagi memuatkan kelengkapan bayi, satu almari baju bini, periuk belanga dan pelbagai aksesori isteri bila pulang ke kampung isteri.. percayalah.

17. Kos kos tersembunyi apabila naik taraf kenderaan ialah kos yang jarang difikir apabila memilih kereta baru. Sebagai contoh apabila memandu myvi, saiz tayar yang biasa digunakan ialah saiz 14inchi dan saiz bateri juga kecil. Apabila melihat jiran membeli MPV, maka kita pun membuat keputusan membeli MPV tanpa membuat kaji selidik. Saiz tayar yang besar, saiz bateri, kos selenggara, penggunaan bahan api dan cukai jalan akan jadi jauh berbeza dari myvi tadi.

18. Terima kekurangan dan kelebihan kereta yang kita pilih kerana tiada kereta di dunia ini yang 100% sempurna waima dari jenama Ferrari sekali pun. Pastikan kereta yang dipilih tadi mempunyai point kebaikan melebihi keburukan semasa membuat keputusan.




19. Jangan lupa bawa bersama formen atau mekanik yang biasa dengan kita semasa membuat review. Semasa bawa mereka, jangan lupa bagi duit belanja untuk mekanik. Biar keluar kos RM 50 daripada menanggung kerugian beribu ringgit.

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...