Sunday 25 August 2019


PUSPAKOM
Apa itu Puspakom? Perlukah kita untuk tahu Puspakom tu apa? Ya PENTING!! Jika anda mempunyai kenderaan, anda patut tahu apa itu Puspakom.. 
Di bawah ini kami pecahkan kepada beberapa sub topik bagi memudahkan pemahaman pembaca mengenai fungsi, proses kerja dan apa saja yang ada kaitan mengenai PUSPAKOM:

1. SIAPA PUSPAKOM?

PUSPAKOM ditubuhkan pada 1994 dan berada di bawah syarikat induk DRB-HICOM Bhd yang juga satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan lantikan Kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, termasuk kenderaan persendirian bagi tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.
Hari ini, PUSPAKOM mempunyai 56 pusat pemeriksaan seluruh negara, termasuk perkhidmatan tambahan di 28 lokasi pemeriksaan dengan jumlah pemeriksaan tahunan mencecah 3 juta kenderaan. Pada 2009, PUSPAKOM baru saja diberikan konsesi bagi penggal kedua (15 tahun sepenggal), di mana 2017 ialah tahun ke-8 bagi penggal kedua konsesi berkenaan.

2. JENIS PEMERIKSAAN

Mungkin ramai keliru tentang jenis pemeriksaan PUSPAKOM. Kalau mahu disenaraikan jenis pemeriksaan memang panjang (ada 12 jenis), tetapi asasnya kami bahagikan ia kepada dua kategori besar, iaitu MANDATORIdan SUKARELA.

i) MANDATORI

Kategori mandatori ialah jenis pemeriksaan yang wajib dilakukan bergantung kepada akta ditetapkan agensi tertentu seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kastam Diraja Malaysia, pihak insurans dan lain-lain. Daripada 12 jenis, 11 pemeriksaan lain ialah kategori mandatori.
Jenis-jenis pemeriksaan yang ditawarkan:
· Pemeriksaan Awalan
· Pemeriksaan Berkala
· Pemeriksaan Semula
· Pemeriksaan Khas
· Pemeriksaan Tukar Milik
· Pemeriksaan Kenderaan Kerajaan
· Pemeriksaan Penilaian
· Pemeriksaan Lelong
· Pemeriksaan Sukarela
· Pemeriksaan Kenderaan Import Untuk Kastam (IVIC)
· Pemeriksaan Sewa Beli (HPI)
· Pemeriksaan Insurans

Boleh baca maklumat lanjut di laman web PUSPAKOM. Kesimpulannya, pemeriksaan kategori mandatori ialah syarat yang wajib dilakukan pemilik sebelum kenderaan mereka dibenarkan berada atas jalan. Antara jenis pemeriksaan mandatori popular adalah seperti Pemeriksaan Berkala membabitkan kenderaan perdagangan yang diwajibkan setiap 6 bulan sekali seperti teksi, bas atau kereta sewa.
Berapa caj?
Bayaran adalah bergantung kepada jenis pemeriksaan. Misalnya, pemeriksaan berkala bagi kenderaan awam seperti teksi ialah sebanyak RM55, manakala pemeriksaan awalan RM70. Kadar bayaran tidak termasuk caj 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Rujuk gambarajah di bawah untuk butiran lengkap bayaran yuran pemeriksaan kenderaan.

ii) SUKARELA

Ramai tidak tahu PUSPAKOM memang ada menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela yang anda boleh dilakukan di mana-mana pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bagi memudahkan proses, buatlah janji temu terlebih dahulu.
Antara bahagian yang diperiksa PUSPAKOM adalah seperti di bawah ini:



Berapa caj?
Serendah RM50 sahaja dan tidak termasuk caj 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Malah anda juga boleh melakukan pemeriksaan mengikut bahagian tertentu dengan caj RM15 per bahagian. Misalnya, anda mahu kereta anda diperiksa bahagian cermin gelap sahaja dan caj yang perlu dibayar ialah RM15.

3. PROSES PEMERIKSAAN



Cuba kita lihat carta aliran pelanggan di atas untuk jenis Pemeriksaan Berkala yang membabitkan kenderaan perdagangan bagi setiap 6 bulan sekali. Tidaklah sesukar mana bukan?
Anda cuma perlu beratur mengikut laluan ditetapkan, mendaftar dan buat bayaran sebelum menjalani pemeriksaan (10 poin) dan mendapat keputusan pada hari sama. Segalanya akan selesai dalam jangka masa lebih kurang dua jam sahaja.
Jika keputusan gagal, anda boleh datang membuat pemeriksaan semula dalam tempoh 30 hari dengan bayaran tambahan RM25 bagi kenderaan perkhidmatan awam seperti teksi, kereta sewa dan teksi limosin. Caj pemeriksaan kali kedua atau seterusnya (jika gagal lagi) adalah berbeza mengikut jenis kenderaan.

4. PEMERIKSAAN TUKAR MILIK SANGAT LECEH?

Sengaja kami sorotkan jenis pemeriksaan ini kerana pemeriksaan tukar milik adalah antara jenis pemeriksaan popular dalam kalangan pemilik kenderaan persendirian yang mahu membeli kereta terpakai atau menukar hak milik kenderaan mereka atau tukar nama dalam geran kepada individu lain (pembeli luar, kawan, atau saudara).
Bagaimanapun, pemeriksaan kenderaan bagi penukaran hak milik adalah lebih ringkas kerana cuma membabitkan empat ujian utama iaitu mengenal pasti identiti kereta, memeriksa bahagian atas dan bawah (jika ada isu-isu teknikal seperti potong sambung atau perubahan casis) dan akhir sekali penggunaan cermin gelap.
Proses Pemeriksaan Pindah Milik pula adalah seperti berikut:


5. STANDARD KUALITI PEMERIKSAAN DAN PERALATAN

Peralatan digunakan PUSPAKOM ditentukur secara berkala oleh Makmal Metrologi Kebangsaan SIRIM, termasuk dipantau dan disaksikan JPJ di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara. Bukan pihak Kerajaan saja yang turun memantau tetapi juga pihak ketiga seperti agensi swasta.
PUSPAKOM turut melaksanakan program Peralatan Keterulangan dan Kebolehulangan (Equipment Repeatability and Reproducibility - ER&R), berdasarkan analisis Tolok Keterulangan dan Kebolehulangan (GR&R) yang menjadi ukuran keupayaan sesuatu peralatan untuk menjana bacaan dan keputusan telus, tepat, jitu dan konsisten sepanjang masa. Proses pengukuran pula adalah mengikut ciri-ciri atau parameter dalam prosedur operasi standard (SOP) PUSPAKOM.
Aktiviti ER&R juga dijalankan secara berkala di semua cawangan dan lorong pemeriksaan berperalatan yang merangkumi peralatan Gelincir Sisi, Alat Pengujian Suspensi, Alat Pengujian Brek dan Alat Pengujian Asap.Proses pengukuran dan verifikasi ini dibuat menggunakan kereta ujian khas dan diuji petugas VE terlatih.
 Serba sedikit entry kmi kali ini..



Sumber:


Monday 19 August 2019

Insurans Kemalangan Peribadi: Suatu Keperluan Atau Pilihan?

Apakah dia insurans kemalangan?

Insurans Kemalangan Diri adalah polisi insurans tahunan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, hilang upaya atau kematian yang semata-mata berlaku akibat kemalangan. Kemalangan pula didefinisikan sebagai kejadian yang bersifat ganas, tidak disengajakan, berbentuk luaran dan jelas kelihatan.
Insurans Kemalangan Diri berbeza daripada insurans hayat atau insurans perubatan dan kesihatan dan ia boleh didapati secara individu atau keluarga dan juga berkumpulan (biasanya disediakan oleh majikan untuk pekerja-pekerja di dalam sesuatu syarikat). Insurans Kemalangan Diri juga umumnya memberikan 24 jam perlindungan di dalam dan luar negara/seluruh dunia.
Insurans kemalangan peribadi adalah satu perkara penting dalam kehidupan kita, yang ramai orang tak berapa perasan. Pada asasnya, ia adalah polisi tahnuan yang memberi anda perlindungan komprehensif terhadap malang yang tidak dijangka di depan hari.
Oleh kerana malang tak berbau, polisi seumpama ini akan memberi anda rasa dilindungi bila anda tahu anda dan orang tersayang mempunyai perlindungan yang cukup sepanjang masa. Namun, perhatikan bahawa setiap insurans kemalangan peribadi berbeza dari segi perlindungan yang diberi. Selalunya, ramai dari kita tak begitu beri perhatian kepada liputan perlindungan dan syarat-syaratnya. Contohnya, polisi mengecualikan perlindungan ke atas kes bunuh diri, kematian semasa beranak dan lain-lain jenis kemalangan. Juga, nilai perlindungan berbeza bergantung kepada jenis polisi yang anda beli.

Sejauh mana pentingnya insurans kemalangan peribadi?

Perkara pertama yang bermain di fikiran kita ialah keperluan perlindungan kemalangan peribadi. Anda mungkin telah buat perkiraan sepintas lalu mengenai kemalangan yang pernah anda lalui pada masa lepas. Sebenarnya, sesetengah dari kita memang perlukannya dan sesetengah dari kita mungkin termasuk dalam golongan yang bernasib baik dan tidak memerlukannya. Tapi macam mana kita nak tahu kita masuk golongan mana? Kemalangan tak diundang, namun ianya berlaku.

Mengikut hukum lazim, anda mungkin memerlukannya. Ini sebabnya:

Kemalangan tak dapat dijangka

Dalam kehidupan kita sentiasa bergerak. Setiap hari kita membuat perjalanan ke tempat kerja dan menghadapi situasi baru. Statistik kemalangan jalan raya pada tahun-tahun kebelakangan tidaklah memuaskan dan mengambil langkah berhati-hati sahaja tak mencukupi. Kemalangan jalan raya satu hal, tetapi juga macam-macam kemalangan boleh berlaku di rumah. Tiada tempat yang terkecuali, tapi kita juga tak perlu hidup dalam ketakutan. Mempunyai polisi kemalangan peribadi memberi anda sedikit kelegaan dan kawalan atas perkara yang tidak terjangka.

Insurans tempat kerja anda tak memadai

Kadang-kadang kerja anda mungkin mempunyai risiko fizikal dan insurans tempat kerja tak mencukupi. Ini kerana insurans jenis ini liputan perlindungannya adalah atas budi bicara majikan dan selalunya terhad. Jadi mendapatkan polisi kemalangan peribadi akan memberi anda kebebasan memilih pelan yang sesuai dan perlindungan yang anda benar-benar perlukan.

Simpanan anda mungkin tak mencukupi semasa menghadapi peristiwa yang tak diingini

Tak pelik kalau dikatakan bahawa kebanyakan dari kita tak ada simpanan lansung atau kecil jumlahnya. Kita melalui cara hidup yang tidak terjangka dan ramai yang hidup di bawa arus. Bagaimana anda nak menanganinya bila rutin biasa anda dicelah oleh kemalangan? Adakah anda dapat bayar yuran perubatan yang kosnya beribu-ribu ringgit atau lebih? Sudahlah anda cedera, ini pulak kena fikir nak bayar belanja hospital dan lain-lain kos berkenaan kecederaan. Paling teruk lagi ialah nasib orang tersayang sekiranya terjadi kemalangan yang membawa kematian. Polisi kemalangan peribadi dapat bantu anda membantu mereka menghadapi kesempitan kewangan yang mereka mungkin kena lalui.
Terdapat banyak faktor penting mengapa anda perlu dapatkan insurans kemalangan peribadi. Namun, bergantung kepada anda untuk pilih polisi insurans kemalangan peribadi yang memberi perlindungan yang diperlukan


Sumber:

https://www.imoney.my/articles/insurans-kemalangan-peribadi-suatu-keperluan-atau-pilihan-bm
https://www.eztakaful.com.my/insurans-kemalangan-diri-perlindungan-dan-pengecualian/

Friday 16 August 2019

Halal Buat Kami, Haram Buat Tuan

Satu kisah yang boleh di jadikan tauladan untuk kita bersama dalam mencari keredhaan daripada ALLAH swt.

" Si kaya berulang alik ke Mekah mencari redha Allah.. Sedangkan jaraknya dengan Si Miskin hanya di sebelah rumah.."

Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat. Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak.

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan (meriwayatkan) kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, “Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?” Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat yang satu lagi.

”Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?”

“Tiada satu pun”

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, “Apa?” Dia menangis dalam mimpi.

“Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?”
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

“Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah.”

“Bagaimana ia boleh terjadi begitu?”

“Itu adalah kehendak Allah.”

“Siapakah orang tersebut?”

“Sa’id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik.”
Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga.

Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa’id bin Muhafah.

“Di sana, di pinggir bandar,” kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya.

Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

“Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulamak.

“Betul, siapakah tuan?”

“Saya Abdullah bin Mubarak.”

Said terharu, “Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?”

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

“Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?”

“Wah! saya sendiri tidak tahu!”

“Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini.”

Sa’id bin Muhafah kemudian teringat, “Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika…. Labbaika la syarika laka labbaika… innal hamda… Wanni’mata… Laka wal mulka… La syarika laka…”

Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, “Ya Allah aku rindu Mekah… Ya Allah aku rindu melihat ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan.

Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

“Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji.”

“Tetapi anda batalkan?”

“Benar.”

“Apa yang berlaku?”

“Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.”

“Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?”

“Ya sayang.”

“Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya.”

“Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya.”

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.

Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.” Akhirnya dengan perlahan dia berkata, “Tidak boleh tuan”

“Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi,” kata saya tegas.

“Makanan ini bukan untuk dijual, tuan,” katanya sambil berlinang air mata.

Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, “Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan,” katanya.

Dalam hati saya, “Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, “Kenapa?”

“Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram.”

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. “Ini masakan untuk kamu.”

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. “Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”

Ya Allah… di sinilah Hajiku..Ya Allah di sinilah Mekahku..

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..

Fikirkanlah bagi orang yang pergi berkali-kali Haji tapi bakhil…

Copy paste.

Sedikit renungan untuk kita hayati bersama.

Wednesday 14 August 2019


Panduan Tukar Hakmilik Secara Sukarela
Panduan Pertukaran Hak Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Melalui Pengesahan Biometrik
1. SYARAT AM:
  1. Pemilik berdaftar(penjual) dan pemunya baharu(pembeli) bagi kenderaan persendirian individu hendaklah hadir sendiri bagi urusan pengesahan cap jari secara biometrik;
  2. Wakil hanya boleh dilantik bagi pihak pemilik berdaftar atau pemunya baharu bagi kenderaan selain milik persendirian individu;
  3. Dokumen asas:
  1. Pengesahan identiti individu: Pemilik berdaftar dan Pemunya baharu hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri antaranya seperti myKad, myTentera, myPR dan passport.
  2. Pengesahan identiti Kerajaan / bank / syarikat kewangan / insurans /  Pertubuhan /  Koperasi / Syarikat Sendirian Berhad / Syarikat Berhad / Perniagaan Milikan Tunggal / Perniagaan Perkongsian / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi / Konsulat / Pertubuhan Antarabangsa:

·         Salinan Borang 49, Salinan Resolusi / Minit Mesyuarat Berkenaan Persetujuan Penjualan Kenderaan, Borang 9 Atau Borang 13 Yang Disahkan Oleh Setiausaha Syarikat Atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) (Mana-Mana Yang Berkenaan);Atau
·         Salinan Borang D Yang Disahkan SSM;Atau
·         Apa-Apa Dokumen Lain Yang Berkaitan Pengesahan Identiti (Yang Berkaitan);
·         Surat Persetujuan Penjualan Kenderaan Motor. 

  1. Surat rasmi lantikan wakil hendaklah dibawa bersama oleh wakil;syarat di 1.a.i adalah juga terpakai ke atas wakil.
  1. Borang JPJK3 yang lengkap diisi;
  1. Perakuan pendaftaran kenderaan motor.
  1. Tiada sekatan kepada urusniaga THM seperti rekod tuntutan hakmilik oleh syarikat kewangan, rekod cukai kastam yang belum diselesaikan, rekod senaraihitam dan sebagainya;
  1. Kenderaan motor kecuali motosikal hendaklah dibawa untuk pemeriksaan di PUSPAKOM;
  1. Permit kenderaan perdagangan bagi pemunya berdaftar telah dibatalkan terlebih dahulu;
  1. Fi dibayar seperti yang ditetapkan.

2. SYARAT KHAS / DOKUMEN KHAS

a) Pemilik berdaftar yang berada di luar negara
       i. Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada;
      ii. Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada.
b) Pemilik berdaftar yang tidak dapat dikesan atau tidak dapat dihubungi
      i. Perintah Mahkamah.
c) Kenderaan milik syarikat / perkongsian yang telah digulungkan / dalam proses pembubaran yang diuruskan oleh Receivers and Managers / Liquidators
     i. Surat persetujuan penjualan kenderaan;
    ii. Salinan borang 59 yang disahkan oleh SSM;atau
   iii. Salinan borang 70 yang disahkan oleh SSM;atau
   iv. Salinan borang 72 yang disahkan oleh SSM;

d) Kenderaan Perdagangan
    i. Khusus untuk kenderaan off-road hendaklah menjalani Pemeriksaan Khas (B2) di Puspakom terlebih dahulu;
   ii. Khusus untuk kenderaan jentera / kenderaan bomba / trak tunda / kenderaan mayat / hendaklah menjalani pemeriksaan awalan PG11A / PG13B;
   iii. Surat pembatalan permit / surat kelulusan ubahsyarat oleh SPAD / LPKP / Kementerian
        Pelancongan
   iv. Surat tawaran kelulusan lesen atau surat kelulusan ubahsyarat;
    v. Borang JPJK1 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai
        decontrolled;atau
   vi. Borang JPJK11 yang lengkap diisi sekiranya kenderaan motor akan beroperasi sebagai off-road;
  vii. Salinan surat pengecualian daripada Perbendaharaan / MITI / kastam yang disahkan (jika berkenaan).



Monday 12 August 2019


BEZA INSURAN KONVENSIONAL VS TAKAFUL YANG KITA SEMUA PATUT TAHU
Semua orang ada ambil insuran, kan?
Sebagai umat Islam, kita digalakkan mengambil insuran yang berlandaskan agama supaya ia terjamin suci.
Tapi, tahu tak kita pasal perbezaan antara insuran konvensional dan insuran takaful?
Bagi yang belum tahu, mari hadamkan bersama-sama perkongsian ilmu Tuan Ariff Shah ini.

Apa beza ketara 2 jenis insuran ini?
Kalau nak cerita pendek dia, takaful ni adalah produk yang fungsinya sama macam insuran konvensional. Cuma ia lebih terjamin kesuciannya.
Manakala insuran konvensional pula tak terjamin kesuciannya. Kalau nak cerita panjang, teruskan pembacaan.
Apa yang anda patut tahu tentang insuran konvensional
 (Sumber gambar: http://bijaktakaful.com)
Konsep yang digunakan dalam produk insuran konvensional ni mudah dan boleh diterangkan dalam beberapa point bawah ni:
1) Pemegang polisi bayar premium kepada syarikat insuran. Semua duit dipegang oleh syarikat insuran.
2) Syarikat insuran akan laburkan duit kutipan premium ni tadi ke mana sahaja yang mereka rasakan sesuai.
Objektif adalah untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Bila keuntungan diutamakan, status pelaburan sama ada halal atau tak akan ditolak tepi.
3) Lebihan keuntungan pelaburan tadi adalah kepunyaan syarikat insuran.
4) Syarikat insuran akan membayar tuntutan daripada pemegang polisi berdasarkan pelan yang diambil.
Apa yang anda patut tahu tentang insuran takaful


(Sumber gambar: http://bijaktakaful.com)
Dalam konsep takaful, pemegang sijil menggunakan konsep menyumbang kepada tabung takaful.
Dana dalam tabung takaful kemudiannya akan digunakan untuk menyumbang kepada ahli takaful lain yang memerlukan.
Secara asasnya, konsep takaful lebih kepada konsep tolong-menolong antara sesama penyumbang tabung takaful.
Selain itu, takaful lebih mementingkan konsep keadilan dan kesamarataan, di mana takaful tak mengambil semua pendapatan daripada pelaburan.
Ini adalah konsep takaful:
1) Pemegang polisi menyumbang ke dalam tabung takaful.
Sebahagian daripada bayaran sumbangan bulanan dibayar kepada syarikat pengendali tabung takaful dan bayaran ini dikenali sebagai fi wakalah.
2) Bayaran fi wakalah adalah jelas dan nyata, dan tak ada bayaran lain yang tersembunyi.
Dalam dokumen polisi, akan ditunjukkan berapa fi wakalah yang korang bayar sehingga tempoh matang polisi.
3) Sumbangan yang terkumpul di dalam tabung takaful akan dilaburkan dalam instrumen patuh syariah.
Walaupun matlamat pelaburan ini adalah untuk mendapatkan pulangan yang maksimum, status pelaburan sentiasa dipantau oleh panel syariah yang dilantik oleh syarikat pengendali takaful.
4) Pulangan daripada pelaburan tabung takaful dipulangkan semula ke dalam tabung ini.
5) Mana-mana lebihan daripada tabung takaful akan diagihkan semula kepada pemegang polisi.
6) Mana-mana tuntutan perubatan pemegang polisi akan dibayar menggunakan dana yang dikumpulkan dalam tabung takaful tadi.
Pembayaran tuntutan adalah berdasarkan konsep derma / tolong-menolong.
Kelebihan konsep takaful terletak pada saiz dananya. Syarikat takaful yang popular, sudah lama bertapak dan dikenali ramai mempunyai dana takaful yang besar.
Bermakna, kalau apa-apa yang buruk berlaku, tabung takaful mampu bertahan lama.
Selain daripada itu, syarikat yang sudah lama bertapak mempunyai porfolio dana yang teguh, dan pulangan dana pelaburan yang lebih baik berbanding syarikat yang lebih muda.

Kenapa pelan insuran takaful tak sehebat pelan insuran konvensional?
Kalau dibandingkan manfaat takaful dengan insuran konvensional, korang akan nampak sedikit perbezaan pada plan takaful.
Ini memang wujud kat mana-mana sahaja syarikat takaful yang mempunyai produk insuran konvensional.
Hal ini adalah kerana produk takaful masih baru, kira-kira 10 tahun sahaja sejak ia mula dilancarkan dulu. Dari segi pembangunan dana dalam tabung takaful, ia masih lagi kati peringkat awal.
Untuk insuran konvensional, dana insuran adalah kepunyaan syarikat dan sudah lama bertapak biasanya mempunyai aset yang lebih banyak.
Majoriti syarikat insuran konvensional sudah bertapak berpuluh tahun lamanya.
Prudential Assurance Malaysia telah bertapak di negara kita sejak tahun 1924 lagi dan telah menyambut ulang tahunnya yang ke-91 pada tahun 2015.
Adalah tanggungjawab kita untuk menyokong produk takaful supaya produk ini terus berkekalan sehingga ke generasi seterusnya.
Mungkin korang atau saya tak dapat rasa manfaat yang lebih baik atau setara berbanding insuran konvensional. 
Tapi siapa tahu. Satu hari nanti, mungkin generasi kita yang seterusnya akan dapat merasainya.

Kenapa kita patut utamakan pelan takaful dulu daripada insuran konvensional?
Sebagai orang Islam, diwajibkan untuk kita mencari rezeki daripada sumber yang halal.
Disebabkan segala tuntutan daripada pelan insuran konvensional datang daripada dana syarikat insuran (yang mendapat pendapatan daripada sumber yang tak patuh syariah), secara automatiknya ia dianggap mendapat manfaat daripada sumber yang tak patuh syariah.
Bukankah kita dah menyusahkan diri bila gunakan pelan insuran konvensional?
Bayangkan. Korang berusaha setiap hari mencari rezeki yang halal dan tak buat apa-apa yang melanggar syariat untuk mencari pendapatan.
Tapi bila sakit, manfaat perubatan yang korang dapat datang daripada sumber yang korang cuba elakkan ini.
Lebih teruk lagi, sekiranya korang meninggal dunia nanti, pampasan nyawa korang datang daripada sumber yang tak diberkati.
Dan pampasan inilah yang akan digunakan oleh anak-anak korang untuk teruskan hidup. Korang tak rasa bersalah ke dengan hakikat ini?
Sekiranya korang masih memegang polisi insuran konvensional, bertukarlah ke polisi takaful sekarang.
Dalam mencari rezeki, adalah tanggungjawab kita untuk pastikan ia berasal dari sumber yang bersih, supaya ia diberkati Allah S.W.T.
Kalau tak berkat, takut nanti anak bini termakan duit yang berasal daripada pelaburan yang tak patuh syariah.
Kalau korang tengah gunakan insuran konvensional, masih sempat untuk buat perubahan. Bertindak segera.

Sumber : https://gilahartanah.com/beza-insuran-takaful-vs-konvensional/

TAHUKAH ANDA BERKENAAN CLAIM LOSS OF USE ? Loss of Use adalah kenderaan yang hilang keupayaan untuk berfungsi & perlu berada di ben...